Search This Blog

Monday, August 31, 2009

BLOG BERPINDAH KE........

http://infoduniasemasa.blogspot.com/

Mandi Wajib, Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul


Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,

berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui
perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di
badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."


Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."


Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bhgn anggota badan.

"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat
hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak
sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd
badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
bernajis,ia wajibla dibasuh.


"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai
air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya.
Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi
wajib ssorg itu tidak sah.


"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia
hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak
sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."

"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis,
bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah

dipandang dari sudut yg berbeza.


"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan

iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar
darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).


"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

* Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5
kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo'a.

* Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

* Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

* Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.


* Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


* Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Subject: FW: Rahsia 13


Assalamua'laikum wr wb........ ..


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur


5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &
Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa

mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th
" jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Sunday, August 30, 2009

Bilakah tibanya hari kiamat?????

leh : alhisham mohd

Pasti semua orang tahu apa itu Hari Kiamat. Kiamat adalah hari di mana akan mati segala hidupan dan akan musnahlah segala-galanya di muka bumi ini. Pada hari itu tiada seorang pun terkecuali dari menghadapi betapa gerunnya Kiamat.

Aku terpanggil membuat entri ini sejak terbaca tentang perbincangan dalam entri kisah tahun 2012 yang mana mengatakan bahawa pada tahun itu Kiamat akan tiba, Wallahualam. Jadi aku ingin mengajak anda semua mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan berlaku sebelum tibanya Kiamat. Berikut adalah tanda-tanda besar yang akan berlaku sebelum Kiamat:

1. Munculnya Imam Mahdi

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.

2. Munculnya Al-Masih Dajjal

Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.

Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.

Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.

Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.

Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.

Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.

Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.

3. Turunnya Isa bin Maryam

Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.

Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.

Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.

4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.

Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.

5. Matahari Terbit Dari Barat

Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.

**********************************************
Dah penat membaca menambah ilmu agama? Kepada yang dah tahu kisah ini, anda memang seorang yang prihatin dan kepada yang belum tahu, tahniah kerana anda selesai baca tanda-tanda besar Kiamat ini. Nantikan sambungannya di episod 2 kisah ini.

taken from:http://idhamlim.blogspot.com

Saturday, August 29, 2009

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri (memakai purdah), demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (paha, betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
'Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

Doktor menemui keagungan allah

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .

Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .

Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

diambil dari :: www.layan4u.blogspot.com ::

Gedung Kartun 'guna permit palsu': KDN(http://www.malaysiakini.com)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun versi bahasa Malaysia di syarikat penerbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd pada Selasa lepas kerana tiada permit penerbitan.

Sebanyak 18 keping plat percetakan majalah itu dirampas di syarikat percetakannya K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang sehari selepas itu.

Ekoran itu, Sepakat Efektif Sdn Bhd didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit, kata Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Bernama, beliau berkata rampasan itu dilakukan setelah KDN menerima maklumat mengenai pengedaran majalah kartun itu yang diterbitkan secara berkala oleh syarikat penerbitan berkenaan yang beralamat di 153-1, Jalan Sultan Abdul Samad dekat Brickfields.

"Setelah diselidik, penerbitan majalah Gedung Kartun tidak mempunyai permit bahkan permit penerbitan yang ditunjukkan adalah palsu," beliau dipetik berkata.

Jamilah berkata peruntukan undang-undang yang sama turut dikenakan terhadap K Vin Publisher kerana mencetak bahan yang tiada permit.

Tambahnya, syarikat pencetakan itu turut didapati menyalahi Seksyen 4(1)(a) akta yang sama.

"Ini kerana kementerian telah menemui bahan-bahan tidak bermoral dan lucah yang turut dicetak di kilang itu berdasarkan penemuan sisa buangan disyaki lucah sebanyak 150 helai dan satu keping plat majalah disyaki lucah," katanya, seperti dilaporkan agensi berita tersebut.

Katanya, jika disabitkan kesalahan kedua-dua pihak boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Awal minggu ini Malaysiakini melaporkan, serbuan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Friday, August 28, 2009

Kes Kartika: Siapa Mengajar Siapa Kini?

Oleh Mohd Sayuti Omar

DARI pemahaman umum filsafat sesuatu hukuman ke atas pesalah dikenakan ialah untuk menginsafkannya dan juga mengawal jenayah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Diharap dengan hukuman itu menginsafkan pesalah dan wujudlah keamanan apabila manusia lain yang ada niat untuk melakukannya dapat menghayati maksudnya lalu memadamkan niat jahat itu.



Hukuman sebat ke atas seorang perempuan di Aceh. Apakah ini hukuman sebat mengikut Syariah Islam sebenarnya? Foto carian John.

Dalam konteks perundangan Islam (hudud) ia pula ia lebih daripada itu. Hukuman dikenakan disamping untuk pengajaran ia juga untuk memberi peluang pesalah mendapat keampunan Allah s.w.t.

Dalam kepercayaan beragama keampunan daripada Allah adalah mutlak untuk kehidupan seseorang. Betapa ia dipuja diusung oleh manusia ke hulur ke hilir kalau tidak mendapat keampunan Allah hidupnya tetap sia-sia. Jumlah penyokong yang ramai dan kuasa yang besar yang ada padanya tidak menjamin secara automatik akan mendapat keampunan dari Allah!
Atas prinsip itu maka undang-undang itu dieprkenalkan dan dilaksanakan. Baik undang-undang sivil ataupun undang-undang syariah itulah tujuan dan rohnya.

Apabila Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat enam rotan ke atas model sambilan Kartika Seri Dewi Shukrnor, 32 yang didapati bersalah meminum arak di khalayak tujuannya dengan harapan akan menginsafkan kita semua dan model itu bagi mendapat keampunan daripada Allah. Sebatan enam kali dan denda RM5,000 itu adalah terlalu sedikit dan rendah nilainya berbanding dengan keredhaan Allah yang tidak ternilai. Bagi orang yang beriman adanya syurga dan pahala akan sanggup sakit dan pedih di dunia jika jaminan syurga ada di akhiar.

Bagaimana pun malamat dan tujuannya itu nampaknya bersimpang siur dan bersimpul-simpul dan diterjemahkan berbagai versi oleh manusia. Terjemahan dan ulasan itu pula mengikut kadar atau telaga ‘khausar’ masing-masing. Perdebatan mengenai apa yang menimpa Kartika kini tampaknya bercelaru dan ada unsur-unsur untuk menegakkan kepercayaan dan bukan kebenaran walaupun semuanya bertolak atas rasa ingin memperbaiki perkara itu.

Dari seg kronologi isu ini timbul apabila pelaksanaan sebat ke atas Kartika yang sepatutnya dijalankan ditangguhkan. Penangguhan inilah membawa kepada perdebatan, perbahasan dan polemik bebagai pandangan mengikut kadar ilmu masing-masing. Penangguhan yang membawa kepada perdebatan hangat kini pula telah menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri. Apa lagi yang tidak faham mengenai undang-undang syariah atau sediakala sinis kepada keadilan dan kebenaran Islam menjadikan perdebatannya bertele-tele dan isu ini menjadi forum menegakkan benang basah.

Dilihat dari proses biasa dan peruntukan undang-undang berkenaan, awal-awal lagi dalam kasus Kartika ini sudah tersembol kepincangan. Dari perspektif pengamal undang-undang ianya sudah semacam bercanggah dan tidak mengikut prosuder biasa. Banyak sudut yang boleh didebat dan dipertikaikan.

Dalam Undang-Undang Syariah negeri Pahang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali dan sebatan enam kali kepada pesalah minum arak. Jika dilihat kepada urutan hukuman ini menjelaskan hukuman bermula daripada denda, kemudian penjara dan sebatan. Sebaliknya apa yang terjadi terhadap Kartika dia hanya dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali tanpa penjara.

Persoalan yang mungkin timbul dari segi teknikal di sini apabila Kartika tidak di penjarakan dimanakah tempat untuk beliau menjalani hukuman sebat itu. Sebab itulah pada pagi untuk menjalani hukuman sebat Kartika hendak dibawa ke penjara Kajang Selangor. Secara logiknya juga hukuman itu tidak menjamin untuk mengawal pesalah yang sudah dijatuhi hukuman kerana ianya masih bebas bergerak? Apakah kalau ketika hendak dibawa ke penjara itu Kartik lari?

Menurut seorang peguam terkemuka yang juga Peguam Syarie, Md Radzi Mustafa (foto) dari firma Peguamcara dan Penguambela Radzi – Abdullah, langkah membawa Kartika untuk melaksanakan hukuman di luar negeri Pahang itu sudah tidak tepat. Seperti mana yang difahaminya bidang kuasa Undang-Undang Islam tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.

Maknanya di sini perbicaraan, proses menjatuhi hukuman dan perlaksnaaan hukuman ke atas seseorang pesalah jenayah syariah itu perlulah dilaksanakan di negeri di mana ianya melakukan kesalahan.
Menurutnya perkara ini penting dipatuhi kerana tujuan hukuman itu ialah untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada penduduk di sesutau tempat itu dan bukannya penduduk di luar negari atau wilayahnya.

Bukan setakat itu saja kini perbincangan dan perdebatan mengenai isu Kartika ini menyerlahkan beberapa kecacatan dan kelemahan lain yang sangat memalukan. Ia menunjukkan kerajaan negeri Pahang dalam menggubal atau mengkanunkan undang-undang itu tidak cermat dan memahami konsep undang-undang berkenaan menyebabkan ia jadi tidak sempurna.

Ada dua kepincangan dan kelemahan besar berhubung hal ini di Pahang. Pertama tidak menyediakan tukang sebat wanita, kedua penal rayuan mahkamah syariah pun tidak dibentuk. Adalah anih dan ganjil kenapa undang-undang dan hukuman digubal tetapi terlupa melantik tukang sebat, pelaksana hukuman? Apabila tukang sebat wanita tidak ada, maka pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dijalankan. Bukankah kelembatan melaksanakan hukuman ini satu penyeksaan prsikologis kepada pesalah?

Begitu juga bila penal rayuan syariah tidak ada menyebabkan keadilan kepada tertuduh tidak terjamin kerana mereka tidak boleh merayu disebabkan tidak ada penal untuk mendengar rayuan mereka.

Mungkin soal tiada rayuan dan peluang merayu inilah menyebabkan mata-mata yang anti kepada perundangan Islam mudah jadi juling menuduh ianya kejam. Walhal di sini kesalahannya bukan kepincangan hukuman bersumberkan Quran dan Hadih itu tetapi manusia yang menggubal dan hendak melaksananya yang lemah dan kejam!

Kesimpulannya di sini kes melibatkan Kartika telah membuka ruang bicara yang cukup menarik. Banyak ilmu dan maklumat berhubung undang-undang ini mula didedahkan satu persatu. Semua cerdik pandai, ulama, Mufti nampaknya tampil memberi pandangan masing-masing. Karika telah mengejutkan semua golongan ini daripada lena dalam gebal ketaksuban kepada kepandaian masing-masing.

Yang agak mendiamkan diri dan seolah tidak berminat mengenai isu ini ialah orang politik. Kita faham kenapa kalau mereka tidak mahu mengambil bahagian proakif kerana takut prestasi merudum dan kepentingan politik mereka terjejas. Dalam dunia politik selalunya yang merosakkan imej mereka bukan kerana dilanggar lori tetapi kerana tersilap cakap. Maka iulah sesetengahnya sanggup menjadi syaitan bisu.

Kita masih belum mendengar sepatah ulasan dan pandangan daripada Menteri Agama Islam Malaysia. Biro Agama Umno juga tidak mengeluar apa-apa pendapat. (Ada lagikah biro agama dalam Umno?) Begitu juga dengan Dewan Ulama Pas belum mengeluarkan pandangan secara rasmi atas polemik yang timbul kini.

Menguntip apa yang berlaku kini nampaknya tujuan asal undang-undang syariah yang bertujuan hendak mengajar dan memberi keinsafan kepada pesalah itu telah bertukar menjadi sebaliknya. Kartika yang sedia untuk menjalani hukuman itu atas maslahat yang beliau sendiri yang tahu nampaknya telah memberi pengajaran kepada umat Islam negara ini termasuknya pihak berkuasa.

Sekiranya ada peruntukan dalam mana-mana kanun, yang berbunyi; apabila kamu (penguasa) gagal untuk menjatuhkan hukuman atau melaksnaakan hukuman ke atas pesalah yang dijauhi hukuman atas sebab-sebab kelemahan kamu (penguasa dan mahkamah) baik secara teknikal atau fakta, maka diberikan (dipulangkan) kuasa kepada si pesalah untuk menjalankan hukuman seperti dihukumkan ke atasnya kepada pihak penguasa dan mahkamah.” Kalaulah ada kanun memperuntukan demikian maka jelas orang yang mempunyai kuasa (kerajaan) dan membentuk mahkamah syariah itu semuanya perlu disebat oleh Kartika Seri Dewi Shukarnor termasuk kini yang memberi undi? [wm.kl 1:00 t/hari 27/08/09]

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Abdul Hadi Awang
Ogos 26, 09
5:51pm

komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara Hukum Pemerintah Dan Hudud

Oleh: Nash Ar-Rawy

Hukum hudud adalah hak Tuhan yang merangkumi ; sariqah ( rompakan bersenjata ) , hirabah ( mencuri ), zinah /liwat ( 4 orang saksi yang bukan fasik), qazaf ( Penuduh zinah/liwat tanpa 4 saksi yang bukan fasik ) , syurb ( arak ) dan murtad ( di hukum bunuh jika enggan taubatan nasuha setelah dinasihati berkali-kali ).

Jenayah syariah di atas tiada bisa di laksanakan di Malayisa samada di mahkamah tinggi ‘syariah’ ( yang sebenarnya adalah mahkamah UBN) apalagi di mahkamah sivil yang dipaksakan ke atas umat Islam. Yakni, ‘English Common Law” di perturunkan kepada anak emas dan anak didik British ( UBN) yang mengekang kebebasan perlaksanaan hukum hudud , kisos dan ta’azir ; oleh pemerintah thoghut nasionalis sekular: SMS ( Satu Malaysia Sekular ) yang berkuasa di era mutakhir ini.

Sementara Qisos adalah hak manusia yang bersabit kes pembunuhan dan pencederaan ( ‘battery’) ke atas mangsa. Ini adalah kerna si pembunuh bisa dilepaskan jika mendapat keampunan daripada pewaris si mati berserta dengan pembayaran ganti rugi yang setimpal dengan penyaraan keluarga si mati. Di sinilah keadilan Islam bukannya pemerintah ( atas nama Agung) yang berhak memberi keampunan kepada si pembunuh tetapi waris yang sebenarnya yang berhak.

Namun hak tuhan, yakni, hudud tiada bisa di buat rayuan kepada pemerintah untuk meringankannya kerna itu hak Tuhan dan hukumannya adalah qat’ie ( mandatory) . Dalam kes Kartika , penghakiman tiada berdasarkan syariat Islam kerna hukuman yang jatuhtuhkan ke atas beliau ; bukannya hukum hudud, atau kisos atau ta’azir tetapi hukuman syariat parti pemerintah ( UBN ) yang di ubahsuai sendiri dengan tangan-tangan pemerintah. Di dalam Al- qur’an dalam suratul al- maidah, secara terang-terangan dan jelas ( ‘crystal clear’) tanpa sebarang keraguan langsung bahawa pemerintah yang berhukum dengan bukan syariat Islam di kategorikan oleh Yang Empunya Hukum ( ‘The Absolute Law Giver’) sebagai samada : kafirun, zolimum atau fasikun; satu di antara tiga ini tidak bisa terlepas.

Dalam hal syurb ( arak ) mengikut hukum hudud atau syariat Islam yang sebenarnya ; yang asli mengikut Al-Qur’an ( ‘The Last Testament’) adalah sebatan 40 kali ( minima) atau 80 kali ( maksima). Manusia ( pemerintah ) tiada hak samasekali untuk mengambil hak Tuhan dalam perundangan yang sudah pun ditetapkannya dengan memberi fasiliti membuat rayuan kepada si pesalah jenayah syariah. Wang denda sebanyak RM5,000 ke atas Kartika oleh mahkamah tinggi ‘syariah’(UBN) Kuantan tiada bisa menebus dosa beliau di akhirat kelak Begitu pun, sebatan 6 kali jika dilaksanakan memberikan kesan yang sama kerna itu bukan Hukuman Tuhan ( Hudud) tetapi; hukuman bikinan manusia melalui tangan jahat mereka (UBN) terhadap Tuhan.

Justeru itu, yang bisa menanggung dan tertanggung dosanya di akhirat kelak adalah penguasa atau pemerintah yang menolak Hudud sebagaimana yang berlaku sebagai bukti ke atas Kartika di akhirat kelak ; kerna beliau bersedia dan redha di hukum dengan hukuman yang Maha Pencipta dan Yang Empunya Hukum , iaitu sebanyak 40 kali sebatan . Bukannya dengan hukuman ciptaan manusia ( Mahkamah syariat UBN ).

Oleh yang demikian, adalah menjadi dosa besar bagi orang-orang Islam yang menaikkan penguasa atau parti pemerintah (UBN) yang sedemikian rupa; yang telah melakukan dosa subahah menjadikan orang yang menolak Hudud, Kisos dan Ta’azir sebagai penguasa umat Islam yang sekaligus ; mengekalkan pula ‘British Common Law yang mengatasi Hudud , Kisos dan Ta’azir yang di paksakan ke atas umat Islam Satu Malaysia dengan kethoghutan mereka.SMS. Cara untuk menebus dosa tersebut ialah dengan menyokong dengan tangan anda ( mengundi ) pada PRU 13 ; dengan mengundi Gerakan Islam ( Pas bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat) yang sudah pun menyediakan Hukum Hudud, Kisos dan Ta’zir dengan diperundangakan Kanun Jenayah Syariah di dalam DUN Kelantan dan Terengganu.

Namun seperti yang sedia maklum , kerajaan pusat di kuasai oleh parti nasionalis sekular yang mengekang perlaksanaan hudud melalui perlembagaan persekutuan dan ugutan mageran. Insya Allahu , jika anda beriman dan mahu Hudud di laksanakan , berkewajipan bagi anda untuk menggunakan tangan ada( mengundi) memenangkan dan memerdekakan Islam untuk memelihara maruah Islam , umat Islam dan tanah air daripada penjajahan bentuk baru (“Neo-Colonialsm) ; yang membelenggu dan mengongkong kebebasan Islam dan ummah untuk memilih Islam dan meletakkan Kanun Jenayah syariah ( Bukan syariat UBN ) pada kedudukan dan tempatnya yang sebenar .

Kes Kartika boleh dijadikan ‘iktibar bagi orang yang beriman dan bijaksana untuk menilai setelah lima dekad ; merdeka dariapda kolonial British , namun Satu Malaysia (SMS ) masih lagi belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya . Justeru kerna ‘Neo Colonialisme” UBN meragut kemerdekaan rakyat melalui akta dayus dan opresi( “ Draconian Law ‘) seperti ISA( Ikut Suka Aku) tangkap tanpa bicara, Akta Cetak dan Universiti yang tiada selari dengan syariat Islam .Lantaran itu, memperkudakan SPRM, Mahkamah, polis dan SPR yang kononnya terkejut besar dengan kemerosotan peratusan yang keluar mengundi di DUN Permatang Pasir . Sedangkan sebenarnya SPR lawak besar kerna memaksakan rakyat keluar mengundi pada hari bekerja.Pengundi di Taiping, Ipoh , KL dan lain-lain tidak bisa pulang kerna masaalah cuti , sedangkan hari Ahad bukankah ada.

Namun, bagi kes Kartika ini, layak mendapat penghormatan daripada seluruh umat Islam Satu Malaysia dan dunia kerna keinsafannya bertaubat untuk kembali kepada syariat Islam demi untuk menebus dosa beliau di akhirat kelak;sekalipun yang berjalan adalah syariat UBN. Itu bukan persoalan beliau , tetapi persoalan yang akan tertanggungjawaban oleh parti pemerintah di hadapan Rabbul Jalil nanti. Masyarakat majmuk bukannya alasan kerna Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan bukan Islam bisa ‘opt ‘kepada ‘Civil Law”. Tetapi, malang sekali UBN tiada bisa memperundangkan Akta Hudud di dalam parlimen sekaligus menolak cadangan tersebut daripada PAS.

Hudud adalah bertujuan untuk menghapus dosa si pesalah di akhirat kelak , mendidik ummah dan mencegah kemungkaran. Justeru, rotan yang diguna-pakai itu pendek , tidak tebal dan menyebat sederhana sahaja , tidak bisa melebihi bahu mengangkat tangan; ibarat si bapa merotan si anak( berusia sembilan tahun) yang enggan solat dengan penuh kasih sayang dan mendidik sebelum ia akhir baligh tanpa sebarang kecederaan dan bisa di tonton di khalayak yang bisa menberi kesan saikologi mencegah kemaksiatan zina, qozaf( 80 kali sebatan) syurb( minum arak) dan lain-lain.

Akhir kalam , selagi hukum hudud tiada bisa di laksanakan ke atas umat Islam ( sahaja) dalam Satu Malayisia. Maka semua umat Islam berada di dalam keadaan subahah dan berdosa ; selama mana mereka itu redha dan menyokong syariat UBN di kekalkan oleh Penjajahan Bentuk Baru ( kesinambungan thogut, sekular British) . Justeru itu, untuk melepaskan dosa tersebut; semestinyalah dengan kesadaran dan keinsafan kendiri dan taubatan nasuha kerna membiarkan selama lima dekad Islam , ummah dan tanah air terus berada di dalam cengkaman qorun kroni UBN; di jajah oleh penguasa thoghut sekular . Laksanakanlah tanggungjawab anda kerna tangan yang memangkah itu pastinya akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak, Lakukannya semata-mata ‘lil Lahi Robbil ‘alameen’ sebagai memenuhi tuntutan Jihad Fi Sabilillah dalam Satu Malaysia : melaksanakan Ad-deen Waddaulah

Thursday, August 27, 2009

Temuramah bersama bekas Paderi - part 8

Siapa sasaran Kristian
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan
masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar..
Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa
bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam
pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang
memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang
menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN
meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu
kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana
mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang
berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau
memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini.
Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada
salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,
“Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung
kamu itu”.
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian
beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja
memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya
dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil
rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak
atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak
remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada
juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah
paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki
Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara
asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian
mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan
kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang
dijanjikan kepada kamu.’

SEBAGAI UMAT ISLAM ….. JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN ARTIKEL
INI …………

Temuramah bersama bekas Paderi - part 7

Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya
dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru
khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak
sudah boleh membaca al-Quran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak
tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah
berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga
melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan
angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah
keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong
itu?”
Saya katakan, “Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau
menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan
kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa
walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah
yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di
hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika
ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah
pengetahuan agamanya?

Temuramah bersama bekas Paderi - part 6

Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk
disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia . Begitulah
kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah
untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk
Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan
semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak..
Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,
mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya
Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam
simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada
awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak
berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah
mengetahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu
tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi
orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah
pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengansaesdVtedu.eapn ntaka y aadsansa mrtpnedki -r nas
D ntapa saya; “Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan
nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam
salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan
Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan
Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.”
Saya katakan kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca
al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat
itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul

Temuramah bersama bekas Paderi - part 5

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika
di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang
pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya.
Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu
sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya
dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab
terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa
tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari
keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya
menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu
rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di
Sabah . Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata
kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi mengapa perlu
tinggalkan Islam?”
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin
murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga
sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya
terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat
Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung
untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di
seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh
tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika
di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi
mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap
hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang
ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab
itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.

Temuramah bersama bekas Paderi - part 4

Paderi tersebut mengatakan kepada saya,
Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu
tidak boleh membuka almari.”
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana
beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan
kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin
dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi
kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron . Ia masih
saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya,
dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah
utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin
menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak
berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana
dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab
tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa
upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39,
setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut
dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan
membukanya dan isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya
paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan
bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan
tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku
dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan
seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan
saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah,
disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci
al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti
kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah?
Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir,
apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak
beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran
tetapi kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat
belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah . Pada suatu malam Ahad pada
tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan
saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).
Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya
selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya
berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah
tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis
diatasnya, “Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku
telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku
manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku”. Setelah itu, tak
tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak
pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung
tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya
mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin
Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan
seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga
tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan
saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada
seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi.
Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya
kepadanya, “Negeri apakah ini?”
Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini
negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.”
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak
membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan
umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani
katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika
itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas
jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki.
Penjaga itu berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).”
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang
kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut
dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok
sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan
membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia
membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya
ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya
memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba,
mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika
sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam
yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk
Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, “Awak ini di
bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan
awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah .”
Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun,
hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
peluk Islam.”
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak boleh masuk Islam sekarang
sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu,
baru awak boleh masuk Islam.”
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, “Kalau beginilah caranya untuk
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari
ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya
turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati,
maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?”
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka
pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
Kekuatan diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui
kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali
lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya
keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, “Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak
sembahyang lagi bagus.”
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya
meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga
sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap
diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka
sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali
Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah
dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya
membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah
bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di
Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa.
Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini
adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam.”
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli
keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, “Tadi
saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap.
Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam.”
Bapa saya berkata kepada saya, “Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!”
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa
ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap
di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas
dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun
dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.. Dari
segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada
agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi
mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri
saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar
dan keluar dari Sabah . Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung
pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya
saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat
pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga
selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian.
Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan
Sabah , saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin
Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating
walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah
mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya.. Dalam
usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun
setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak
dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan
dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Blog Widget by LinkWithin