Friday, July 17, 2009
KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY
Untuk makluman warga syok
Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.
Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.
Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.
Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.
Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?
Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!
Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.
Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.
Pilihan Raya Kecil: manek urai: ibrah dalam syukur
Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:
1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?
4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?
5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.
Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.
PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.
Semoga Kelantan terus membangun bersama Islam.
Kematian Teo Beng Hock Pasti Akan Dipolitikan
Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.
Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu.
Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa bukti yang diminta.
Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).
Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalakan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu. Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Shukri Abdullah siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.
Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.
Seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-anaidan tertentu sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka. [d'kota kl. 9:15 pm 16/07/09] Posted by mso.im at 9:00:00 P
Thursday, July 16, 2009
9 orang Kristian ditahan di UPM
Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.
Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.
Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.
Tindakan tersebut diambil susulan satu aduan polis yang dibuat oleh lima pelajar UPM terhadap kumpulan tersebut.
Seorang daripada kumpulan itu Yip Bok Wan, selepas dibebaskan, membuat aduan balas di balai polis terbabit, menafikan pembabitan mereka dan menuduh laporan awal berasaskan maklumat palsu.
Beliau dan peguam tersebut enggan memberikan butiran lanjut saat-saat penangkapan mereka.
Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.
"Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas," kata Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM Safwan Abdul Ghani dalam satu kenyataan.
"Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut."
Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.
Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.
Kisah Benar Pesakit Simptom Demam Chikungunya
Chikungunya bukanlah suatu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya. Ia adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
Di mana, virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Simptom (gejala) penyakit ini ialah demam panas mengejut; sakit teruk pada sendi; ruam pada badan dan sakit kepala. Seorang pesakit boleh demam antara 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Menurut Johari Hat, 56, pengidap simptom Chikungunya, beliau mendapat demam yang agak teruk dalam tempoh masa yang lama iaitu lebih 40 hari. Seluruh badan rasa lemah dan lenguh di bahagian sendi kaki dan tangan.
Katanya, sapa yang kena sakit macam ni, dia baru tahu rasanya. Badan jadi rimas, lenguh bahagian sendi dan malas nak buat kerja. Isteri saya kata, muka saya pun pucat… macam orang kurang zat”.
“Sakit ni saya tahu bila pergi buat pemeriksaan doktor… lepas doktor periksa, dia (doktor) kata saya ada simptom demam chikungunya”, katanya kepada wakil syarikat DBY Trade Corporation Sdn.Bhd. yang menemuinya di rumahnya di Changlun, Kubang Pasu kelmarin (14 Julai).
Johari berkata, dia mula mendapat simptom demam chikungunya pada bulan Jun lalu. Pelbagai jenis rawatan dan ubat-ubatan telah saya ambil termasuk dari hospital kerajaan, klinik swasta dan dapatkan penawar perubatan secara tradisonal”.
Katanya, macam-macam ubat dah makan…tapi nampaknya tak jalan juga (berkesan). Bukannya tak usaha, duitpun dah banyak habis”.
Di samping terus mengamalkan ubat-ubatan yang diperolehi dari pihak hospital dan klinik, Johari juga mengakui amalkan produk pemakanan kesihatan iaitu susu Gluco LPD Plus yang diperkenalkan oleh salah seorang agen Puan Fauziah Tan Sri Mohd Zahir pada 4 Julai lalu.
“Alhamdulillah..bersyukor kepada Allah SWT, ..setelah makan susu (minum susu Gluco LPD Plus) dalam 4 kali..masalah senggai-senggai kat sendi dah hilang. Macam Sakit tu..orang pi ‘kutey (cubit) tauk buang, katanya lagi dalam loghat Kedah.
Katanya, “Saya minum 2 kali sehari …..satu cawan (susu) waktu pagi dan satu cawan waktu petang. Sebelum minum saya baca sama Al-Fahtihah”.
Ketika menemuinya, wakil syarikat mendapati ia begitu ceria dan cergas.
Sementara itu, Johari berkata, mana-mana pesakit simptom Chikungunya eloklah cuba amalkan susu ini kerana memang terasa sungguh kesan baiknya.
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Bagi pesakit yang termasuk dalam golongan berumur ia boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. Seperti penyakit-penyakit bawaa virus lain , ia tiada rawatan yang khusus, sebaliknya ia diberi rawatan berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.
Sejumlah 86 kes telah dilaporkan di seluruh Malaysia pada minggu ke – 6, 2009. Kes-kes yang dilaporkan adalah melibatkan 81 lokaliti di 10 buah negeri iaitu Kelantan (27 kes), Selangor (20 kes), Perak (17 kes), Johor (7 kes), Pulau Pinang (4 kes), Perlis (3 kes), Pahang (3 kes), Terengganu (2 kes), WP Kuala Lumpur (2 kes), Putrajaya (1 kes).
kELEBIHAN SOLAT 2 RAKAAT
Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya dan berkata: "Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku"
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Tidak". kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan muncul seorang nabi yangmulia yang paling Aku cintai, namanya 'Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesunguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintanKu."
kemudian Jibrail A.S. berkata: "Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"
lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:" Ya jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."
setelah JibrailA.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah jibrail A.S. dangan mengembangkan sayap dan terbang, setiap kali dia mengembangkan sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu dia berkata dalam sujud:"Ya tuhanku apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud"Wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamutidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."
pengharaman darah dan babi dalam Islam
Bob : Tolong beritahu saya, mengapa seorang Muslim sangat mementingkan mengenai kata-kata “Halal” dan “Haram”; apa arti dari kata-kata tersebut?
Yunus : Apa-apa yang diperbolehkan diistilahkan sebagai Halal, dan apa-apa yang tak diperbolehkan diistilahkan sebagai Haram, dan Al-Qur’an lah yang menggambarkan perbedaan antara keduanya.
Bob : Dapatkah anda membrikan contoh?
Yunus : Ya, Islam telah melarang segala macam darah. Anda akan sependapat bahwa analis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat?), suatu senyawa kimia yang bisa berbahaya bagi kesehatan manusia.
Bob : Anda benar mengenai sifat beracun dari uric acid dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya kita diberitahu bahwa 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh Ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air seni.
Yunus : Sekarang saya rasa anda akan menghargai metode prosedur khusus dalam penyembelihan hewan dalam Islam.
Bob : Apa maksud anda?
Yunus : Begini… seorang penyembelih, selagi menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, membuat irisan memotong urat nadi leher hewan, sembari membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya utuh.
Bob : Oh begitu… Dan hal ini menyebabkan kematian hewan karena kehabisan darah dalam tubuh, bukannya karena cedera pada organ vitalnya.
Yunus : Ya, sebab jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak dirusak, hewan tersebut dapat meninggal seketika dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging hewan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun; hannya pada masa kini-lah, para ahli makanan baru menyadari akan hal ini.
Bob : Selanjutnya, selagi masih dalam topik makanan; Mengapa para Muslim melarang pengkonsumsian daging babi, atau ham, atau makanan lainnya yang terkait dengan babi?
Yunus : Sebenarnya, diluar dari larangan Al-Qur’an dalam pengkosumsian babi, bacon; pada kenyataannya dalam Bible juga, pada Levitus bab 11, ayat 8, mengenai babi, dikatakan, “Dari daging mereka (dari “swine”, nama lain buat “babi”) janganlah kalian makan, dan dari bangkai mereka, janganlah kalian sentuh; mereka itu kotor buatmu”.
Lebih lanjut lagi, apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher karena mereka tidak memiliki leher; sesuai dengan anatomi alamiahnya?
Muslim beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi konsumsi manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang hewan ini dengan memiliki leher.
Namun diluar itu semua, saya yakin anda tahu betul mengenai efek-efek berbahaya dari konsumsi babi, dalam bentuk apapun, baik itu pork chops, ham, atau bacon.
Bob : Ilmu kedokteran mengetahui bahwa ada resiko besar atas banyak macam penyakit. Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya.
Yunus : Ya. Dan diluar sana itu semua, sebagaimana kita membicarakan mengenai kandungan uric acid dalam darah, sangat penting untuk diperhatikan bahwa sitem biochemistry : babi hanya mengeluarkan 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.
Ini dapat menjawab sebagian pertanyaan mereka, khusunya jika kalangan Non-Muslim bertanya mengapa Umat Islam tidak boleh mengkonsumsi babi.
Ulasan 2: Pilihan raya Manik Urai :Cikgu Rahim & Fatah Penasihat 30%
PENASIHAT operasi Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) Pas Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tampil memberi penjelasan kenapa Pas telah membuat prediction awal mengatakan Pas menang dengan majoriti 1,700 undi sedangkan proses pengundian sedang berjalan.
Menurut cikgu Rahim kenyataan yang dianggap sebagai over confident oleh Fatah itu juga bertujuan melumpuhkan keghairahan kempen jentera UBN dua jam terakhir untuk mendapatkan undi. Bagi perkiraan mereka bila diwar-warkan Pas sudah menang besar maka UBN akan lemah dan mengaku kalah sebelum sampai saat nokhtah.
Kenyataan atau penjelasan cikgu Rahim itu senada dan seirama dengan jawaban Fatah mengenai kemunasabahan beliau berbuat penyataan mendahului takdir. Menurut Fatah pengumuman awal kemenangan besar Pas itu sebagai strategi politik tanpa mengira maruahnya sebagai pemimpin yang boleh diragukan.
Mungkin bagi mereka yang bukan strategis menerima penjelasan cikgu Rahim dan Fatah itu mentah-mentah dan menganggap mereka berdua bijaksana. Tetapi bagi mereka yang tahu seluk belok politik dan dapat membezakan mana strategi yang positif dan negatif boleh mempertikaikan kewibawaan mereka selaku pengarah dan penasihat jentera pilihan raya.
Mungkin cikgu Rahim berbuat begitu dengan tujuan seperti mana disebutkan itu. Bila UBN telah mengetahui Pas menang besar menyebabkan mereka (UBN) lemah semangat untuk berkempen dan akhirnya akan meninggalkan pusat pengundian begitu saja. Maknanya UBN akan memberi kemenangan percuma kepada Pas.
Tetapi soalnya apakah bilik gerakan Pas mendapat maklumat tepat mengenai apa yang berlaku di pihak UBN untuk mengguna pakai strategi itu? Dan apakah cikgu Rahim dan Fatah tidak terfikir apabila mereka membuat kenyataan itu menyebabkan pengundi Pas yang rasa selesa dengan angka itu merasakan tidak perlu keluar lagi? Ini merugikan di pihak Pas!
Ataupun tidak terfikirkah dengan kenyataan itu juga menjadikan pengundi atas pagar dan yang bersimpati dengan UBN tidak jadi lemah longlai sebaliknya mereka menguatkan lagi usaha dan semangat untuk keluar mengundi. Sudah tentu jentera UBN yang benar-benar mengharapkan mereka dapat mengurangkan majoriti juga akan meningkatkan usaha mereka habis-habisan apabila mendengar kenyataan itu.
Strategi yang dibuat Cikgu Rahim dan Fatah ini nampaknya tidak begitu bijak dan mengambil kira berbagai aspek dan kemungkinan yang kemudian membidas balik kepada Pas. Pertamanya mengenai moral Pas itu sendiri. Ternyata apabila Pas akhirnya menang dengan hanya 65 undi menyebabkan kenyatana itu memakan diri sendiri. Orang akan melihat bahawa kenyataan atau prediction mereka berdua meleset sama sekali dan di sinilah wibawa mereka sebagai pengarah dan penasihat jentera pilihan raya boleh dipertikaikan.
Mungkin di sinilah menyebabkan timbul persoalan sejauh manakah mereka ini mempunyai kepakaran dalam mengatur strategi dalam pilihan raya yang terkapit seperti di Manik Urai itu? Sepatutnya mereka tidak menggunakan strategi serangan psikologis yang boleh memakan diri seperti itu.
Dalam keadaan begitu apa yang sepatut dilakukan ialah merendah diri atau pun bersikap tenang menunjukkan Pas dalam keadaan kalah. Dengan cara itu ia boleh menggamit mana-mana pengundi Pas untuk jadi lebih agresif untuk keluar mengundi bagi memastikan calon mereka menang.
Pada saya strategi ini adalah strategi songsang menggambarkan kesempitan dan kelemahan jentera pilihan raya yang dipandukan oleh kedua-dua Abdul ini. Apa yang berlaku itu sudah pasti ada kena mengena dengan tindakan mereka yang enggan menerima pandangan tokoh-tokoh lain kerana begitu yakin dengan kebolehaan mereka yang sememanya belum teruji.
Sekiranya mereka meluaskan meja perundingan pasti strategi yang 'leweh' itu tidak digunakan. Apabila mereka mengguna pakai strategi ini maka kelas mereka sebagai pengarah dan penasihat bertaraf penasihat 30%.
Sepatutnya Pas tidak membiarkan cikgu Rahim menjadi penasihat kepada JPN dan memainkan peranan penting dalam pilihan raya kecil itu. Pas harus melihat sejauh mana kemampauan Wan Rahim semasa beliau menjadi pengarah pilihan raya umum Kelantan tahun 2004 dulu. Seharusnya orang yang sudah kondem tidak lagi terus digunapakai kerana kelemahannya sudah jelas. Makanya keputusan buruk pilihan raya itu seharusnya dijadikan ukuran untuk menerima pakai khidmat cikgu Rahim dan juga Fatah.
Dalam pilihan raya 2004 dulu beliau jadi pengarah. Pas mengalami kekalahan teruk sehingga hampir kehilangan kerajaan. Dalam masa sama juga beliau turut bertanding di Kuala Krai dan turut kalah. Sepatutnya sebagai pengarah beliau tidak bertanding dan menumpuan kepada kerja-kerja pengarahan kepada seluruh jentera di Kelantan.
Atau pun mungkin juga dengan politik liberal yang dipraktikan Pas sekarang ini strategi ataupun ilmu siasah Cikgu Rahim dan Fatah sudah usang dan tidak relevan lagi. Maka elok kalau Pas Kelantan mula mencari dan mengenal bakat-bakat atau ahli strategi baru yang lebih bijaksana, bersikap terbuka serta luas pengetahuan dalam aspek perancangan politik dan diplomasi. [wm.kl. 1:00 am 16/07/09]
Pilihan Raya Kecil: Kemenangan Tipis 'Pengajaran' Kepada Pas
Oleh Mohd Sayuti Omar
SEPERTI mana diduga awal-awal (tetapi dugaan ini sangat tidak disukai oleh sesetengah orang Pas), keputusan pilihan raya kecil Manik Urai hari ini tepat. Bahawa Pas bukan saja menang dengan majoriti (dijangkakan) 500 undi, tetapi jauh merudum dari itu. Pas hanya menang tipis dengan mendapat 65 undi sahaja.
Dengan majoriti sebanyak ini, bermakna UBN hanya perlu merampas 33 undi saja lagi untuk memenangi kerusi Manik Urai.
Apakah undi sebanyak 65 itu disumbangkan oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dihalang turun oleh Pas Kelantan tetapi turun juga disaat-saat akhir demi penghormatannya kepada pilihan raya berkenaan?
Keputusan sekejap tadi sudah pasti menggembirakan UBN. UBN boleh berbanga kerana kejayaan mereka mengurangkan majoriti diraih Pas menerusi Pak Su Weil dalam pilihan raya umum dulu dari 1,352 undi kepada hanya 65 undi sahaja, iaitu penurunan sebanyak 1,267 undi.
Kejayaan ini memberi kebanggan berganda kepada UBN kerana dalam lima pilihan raya kecil lain sebelum ini mereka kalah. Setengahnya dengan majoriti bertambah kepada pembangkang tetapi berlainan di Kelantan. Undi UBN bukan merosot tetapi bertambah berpuluh kali ganda.
Apa lagi dalam keadaan Pas dikatakan begitu kukuh dan kerajaannya (kerajaan Kelantan) menjadi kebanggaan seluruh orang Pas, tiba-tiba ia berjaya dikejutkan UBN begitu rupa sekali? Di lihat dari sudut mana sekalipun Pas Kelantan harus merasa malu dan perlu mahasabah diri dengan apa yang berlaku hari ini.
Keputusan ini sudah pasti akan dijadikan kayu pengukur dek UBN untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya di masa akan datang termasuk pilihan raya umum. Mustapa Mohamed yang diberi tanggungjawab semula selaku Pengerusi Umno Kelantan sewajarnya boleh tersenyum dengan keputusan itu.
Mustapa boleh mendakwa bahawa beliau lebih diterima dari sesetengah pemimpin Pas di Kelantan yang mendabik dada dan cuba menunjuk hebat dan kononnya digilai rakyat Kelantan pada masa ini.
Baiklah... melihat kepada nasib yang dialami Pas ini, apakah ianya boleh dibiarkan begitu saja dan dianggap sebagai satu takdir Allah? Ataupun orang Pas Kelantan masih boleh terus ‘manggak’ dengan beranggapan bahawa mereka masih menang dan masih berkuasa dan masih kuat? Begitukah? Anggapan demikian pada saya tak ubahlah si buta yang jatuh ke dalam telaga tetapi berhelah untuk menutup malu dengan mengatakan dia sengaja turun kerana ingin minum air di bawah.
Bagi pemerhati politik mereka tetap akan membuat analisa mengenai keputusan hari ini. Mereka yang rasional dan faham politik tidak boleh menerima kemenangan Pas yang tipis ini sebagai takdir atau kehendak Allah begitu saja. Sebab dan musabab 'kekalahan' itu perlulah diselidiki untuk menjustifikasikan keputusan hari ini bagi dijadikan iktibar di masa depan.
Analisa ini perlu telus dan saksama untuk memberi ingatan kepada Pas agar tidak merana dilain kali. Dan ahli Pas termasuk yang taksub juga hendaklah terima dengan terbuka dan rela hakikat yang berada di hadapan mata.
Selama lapan hari berkempen tidak ada kejadian yang buruk berlaku. Tidak kedengaran UBN bertindak secara agresif ataupun berlaku jahat dan bermain kotor seperti mana dakwaan-dakwaan dilakukan UBN sebelum ini. Keseluruhan pilihan raya itu berjalan dalam suasan baik dan bersih.
Jadi kakalahan ini Pas tidak boleh menunding kepada Umno...seperti mana selalunya. Seperti kerana ada pengundi hantu, ugutan, rasuah dan sebagainya. Dalam hal ini kemenangan tipis itu Pas hendaklah meletakkan petaka dan celakanya ke atas batang tubuhnya sendiri. Pas jangan mencari kambing 'jamnapari' hitam untuk dipersalahkan!
Apa yang sempat dihimpunkan di sini dalam melihat kemenangan tipis Pas ini ialah disebabkan beberapa faktor berikut;
- Pas telah silap dalam meletakkan tema pilihan raya berkenaan dengan cuba melokalitikan pilihan raya berkenaan dan tidak mahu ianya dilihat sebagai pilihan raya nasional. Ini bertentangan dengan skop perjuangan Pas itu sendiri yang bersifat nasional yang memakai slogan Pas for All.
- Pas terlalu mempercayai kepada kredibiliti dan personaliti Tok Guru Nik Aziz sebagai modal dan aset, sehingga Pas merasakan tokoh-tokoh lain tidak memberi sumbangan kepada Pas dan mereka tidak penting malah dianggap sebagai libaliti kepada Pas.
- Pas bersikap cuba menghadapi pilihan raya itu dengan anak beranaknya sendiri tanpa mahu melibatkan orang luar. Pas cuba menunjukkan keheroan ataupun cuba menampilkan hero lokal mereka dalam berpilihan raya dengan harapan akan menjadi hero di peringkat nasional. Justeru kerana itu ada petugas tidak rasmi Pas dari Kelantan yang menghalau petugas negeri lain agar tidak datang bergelewat di Manik Urai.
- Begitu juga, mereka merekakan cukup kekuatan tenaga dan kewangan kerana mereka memegang kerajaan selama 18 tahun maka mereka merasakan tidak lagi memerlukan sumbangan dari ahli luar. Sikap ini menyebabkan komitmen ahli luar dalam pilihan raya Manik Urai tidak sekuat komitmen mereka pada pilihan raya kecil sebelum ini.
Rumusan daripada itu semua menjelaskan Pas menghadapi pilihan raya itu tanpa sokongan menyeluruh ahli Pas dari negeri-negeri lain. Begitu juga tanpa sokongan rakan dalam pakatan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan. Ini terbukti bilamana tokoh-tokoh Pas dari negeri lain tidak disenaraikan ataupun ada yang sama sekali dilarang agar menghadiri diri di Manik Urai manakala tenaga dan sumbangan PKR dipandangan lekeh.
Tindakan-tindakan itu pula secara tidak langsung menjelaskan Pas menghadapi pilihan raya Manik Urai dalam keadaan bermasalah dan tempang. Paling parah lagi ketempangan itu bukan saja Pas melarang penceramah dari luar tetapi tokoh-tokoh Pas dari Kelantan juga diketepikan ataupun tidak diberikan peranan sewajarnya. Tindakan ini ialah kerana ada golongan yang ingin menonjolkan ‘tanah rancanganya’ saja dan dalam masa sama mahu menenggelamkan ‘tanah rancangan’ orang lain.
Perkara lain yang nyata dalam pilihan raya ini ialah kelemahan pada jentera pilihan raya Pas bermula dari peringkat pengarah dan pegawai. Ternyata pengarah pilihan raya kecil Manik Urai termasuk juga penasihatnya operasinya sudah usang dan ketinggalan zaman.
Arahan-arahan atau keputusan yang dibuat oleh JPN ini khasnya Abdul Fatah Haron tidak profesional dan berbau ‘perkauman’ sesama sendiri dan sikap ini dapat dirasai oleh kebanyakan ahli Pas. Sepatutnya sikap jumud dan manggak ini tidak ada kepada JPN dan sepatutnya ia menerima semua orang sebagai satu saf dalam perjuangan tanpa diasingkan dengan motif politik peribadi yang merugikan parti.
Mungkin sikap ini berlaku kerana over confident? Sebab itulah awal-awal lagi JPN telah meletakkan sasaran Pas boleh menang sehingga 2,000 undi dan enggan sumbangan pemimpin di luar Kelantan daripada ikut berkempen di Manik Urai? Perang saraf dengan angka ini agak melampau dan ego. Keadaan ini terbawa sehingga ke hari mengundi bila mana belum apa-apa Fatah terlah membuat kenyataan media kononnya Pas menang dengan majoriti 1,700 undi.
Dengan keputusan hari ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Aziz Nik Mat melipat ganda sembahyang tahjut atau hajat bagi mencari di mana silap dan salahnya dan mendapat petunjuk dari Allah bagaimana untuk memperbetulkan semula keadaan menyebabkan Pas menang tipis. Sekiranya beliau merasakan badan perhubungan Pas disusun semula maka beliau perlu bertindak tanpa bertanya kepada para penasihat yang sifatkan menyesatkan itu untuk mendapat pertunjuk dan formulanya.
Adalah lebih baik kalau kali ini beliau cuba untuk tidak akur kepada penasihat yang sebegitu dan cubalah melihat kepada arah mana bayang mentari jatuh. InsyaAllah Pas boleh perbetulkan apa yang pincang dalam Pas Kelantan hari ini.
Kemenangan tipis siang tadi menjelaskan bahawa para general yang dipercayai Tok Guru kini ditolak oleh rakyat menerusi peti undi di Manik Urai itu. Kalaulah pengundi Manik Urai yang dianggap sebagai pengundi pedalaman dan buta IT boleh melihat kemudaratan itu apa lagi dengan pengundi yang celik IT dan bijak menikah politiking pemimpin, tidak hairanlah kalau mereka akan lebih menolak Pas!
Sementara seafdal-afdal tindakan mereka yang merasa hero dan bangga kerana diberi kepercayaan untuk mengatur tektik dan strategi pilihan raya kecil itu ialah dengan melepaskan jawatan sebagai membuktikan bahawa mereka gantlemen dan mengambil tanggungjawab atas kemenangan tipis itu. Lakulah demi masa depan Pas Kelantan! [wm.kl. 10:30 pm 14/07/09]
MANEK URAI : UMNO Terus Berpaut Majoriti Tipis Untuk Tutup Malu
Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Fauzi Abdullah menepati ramalan dengan memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai semalam dengan kutipan undi sebanyak 5,348 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat dengan 5,283 undi.
Fauzi menang dengan majoriti 65 undi.
Seperti yang dijangka pengamal politik dan orang ramai, bilangan majoriti yang tipis ini akan dijadikan modal oleh UMNO Barisan Nasional bagi menutup satu lagi siri kekalahan mereka untuk kali yang keenam dalam pilihanraya kecil dinegara ini.
Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub berpendapat, kemenangan PAS kali ini menunjukkan kepercayaan rakyat pada parti itu masih kukuh walaupun diasak dengan pelbagai janji manis Barisan Nasional untuk menghadiahkan 1001 pembangunan kepada penduduk Manek Urai.
"Saya berpandangan setelah berada disepanjang kempen Manek Urai bahawa dakwaan pengaruh PAS terhakis adalah tak benar. Sebab dalam mana- mana pilihanraya kecil dinegara ini, khususnya di Negeri Kelantan yang rakyatnya begitu bijak dan peka dengan politik semasa, bilangan majoriti turun naik adalah perkara biasa. Apa yang penting kejayaan PAS kekalkan kerusi ini dalam keadaan mereka diserang oleh parti UMNO tapi kekuatan kerajaan yang digunakan semaksima mungkin.
Ini membuktikan PAS masih utuh. Apatah lagi keadaan geografi dan politik yang begitu mencabar, Manek Urai adalah kawasan pedalam yang begitu kuat dipengaruh dengan politik wang yang jadi senjata UMNO.
Barisan Nasional. Dengan seluruh kekuatan yang mereka gunakan contohnya janjikan pembangunan dan mereka sering kali bandingkan kekuatan calon mereka yang berpendidikan tinggi dan rendah- rendahkan calon kita. Tetapi apa yang lebih penting, pengaruh peribadi dan perwatakan calon kita yang dekat dengan rakyat.
Beliau dikenali di Manek Urai sebagai seorang yang berpengalaman dalam perniagaan dan seorang usahawan yang berjaya. Ini kejayaan kita walaupun dengan hanya majoriti 65 undi. Tapi apa yang lebih penting PAS berjaya kekalkan pengaruhnya di Manek Urai," kata Sallehddin.
Sallehuddin berkata kekalahan kali keenam UMNO Barisan Nasional telah menunjukkan isyarat yang jelas bahawa rakyat semakin menolak pimpinan korup UMNO Barisan Nasional walaupun parti itu dilihat bersungguh- sungguh mahu menawan hati rakyat Manek Urai.
"Bagi saya itu satu alasan yang hanya mahu hiburkan hati mereka selepas satu siri kekalahan yang memalukan. Apa yang penting isyarat yang jelas di Semenanjung, trend membentuk satu gelombang yang boleh saya sifatkan satu penolakan kearah menyisihkan pengaruh UMNO pada pilhanraya umum akan datang. Apa yang penting walaupun UMNO berusaha keras untuk menang dalam pilihanraya kali ini, dengan kepimpinan baru dengan mereka cuba tonjolkan pengaruh perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang berkubu di Manek Urai. Tetapi yang jelas rakyat tetap menolak sepenuhnya UMNO Barisan Nasioanl walaupun mereka digula- gulakan dengan 100 hari kepimpinan najib dengan rakyat diutamakan yang saya lihat rakyat tidak termakan dengan semua ini yang memberikan kemenangan di Manek urai," tambahnya lagi.
Sallehuddin membidas pandangan sinis sesetangah penganalisis politik yang menyimpulkan kemenangan tipis Fauzi di Manek Urai bertitik tolak dari latar belakangnya sebagai pemborong ikan dan tidak berpendidikan tinggi seperti mana calon UMNO Barisan Nasional.
"Disini kita melihat bertapa seni yang poltik. Ia satu backdrop bagi kemenangan calon yang bertanding. Disini saya melihat bahawa seseorang itu mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi tapi politik ini adalah satu yang berlegar antara kekuatan peribadi dengan sentimen dan keadaan semasa pada masa itu. Kalau saya ambil pengalaman politik pada suatu masa dulu, PAS mencari pemimpin yang rapat dengan panduduk iaitu Pak Su Wei. Dia dikenali dengan sikap kekampungannya yang baik hati dan dianggap hero untuk jaga penduduk. Jadi apa yang penting Fauzi adalah seorang usahawan yang begitu lama mereka kenali dengan watak yang begitu mesra dengan rakayat bahawa mereka mahukan seorang calon yang memiliki ciri yang baik dan sesuai mewakili mereka, " katanya.
Wednesday, July 15, 2009
TAHNIAH YB ABE UJI!! Selamat menjalankan tugas sebagai ADUN Manik Urai.
Menurut sumber tidak rasmi, PAS menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja.
Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi
Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi
Analisa Awal PRK Manek Urai
Ada 2 elemen penting yang perlu dihalusi. Unsur luaran dan dalaman PAS merupakan faktor yang penting mempengaruhi pengundi Manek Urai. Faktor calon juga adalah amat penting mempengaruhi keputusan Manek Urai. Faktor luaran faktor Najib PM baru juga mempengaruhi. 100 hari najib umum 11 hadiah buat rakyat juga mempengaruhi. Jentera UMNO di Manek Urai lebih tersusun berbanding di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan taktik yang mereka gunakan juga berbeza.
Jentera PAS paling lemah adalah di Manek Urai. Ini adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam PAS. Kita boleh nafikan di media tetapi inilah hakikat yang sebenar. Dari segi jentera kita terpaksa akui bahawa jentera UMNO di Manek Urai pada kali ini jauh lebih baik dan tersusun dari jentera PAS. Ingatlah pesan Saidina Ali " Kebatilan yang disusun dengan rapi dan terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak disusun dengan rapi dan teratur.."
Kita harus berlapang dada menerima teguran jika kita mahu terus mencapai kemenangan. Kita wajib bermuhasabah.
Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS mahupun B-End. Maknanya mahu tidak mahu mulai hari ini kita tidak boleh langsung abaikan rakyat. Rakyat semakin cerdik untuk menilai. Jangan ada lagi sikap pembangkang dalam Pakatan Rakyat setelah membentuk kerajaan.
Jangan lagi bila sudah memerintah asyik mahu salahkan kerajaan B-End. Kita wajib tangani dan selesaikan semua masalah yang ada. Barulah rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang cukup berwibawa.
Akhir sekali saya amat berharap, kepada pimpinan Pakatan Rakyat , kukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak harus bermuhasabah dan berlapang dada menerima teguran. Kalau pemimpin sudah tidak boleh lagi ditegur, ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT.
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com
Pilihan Raya Kecil: Analisis Majoriti UNDI : Mengapa 65 undi?
"
Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dibanggakan sangat UMNO BN dengan kemerosotan majoriti undi PAS di Manek Urai. Perkara ini walau sukar untuk diramal, namun telahpun berlaku sebelum ini. Antara faktor yang jadi penyumbang adalah "Calon Wakil Rakyat Yang Dipilih." Kepada PAS,keputusan semalam (menang majoriti 65 undi) memperlihatkan PAS masih boleh berbangga dengan kejayaan itu.
Sejarah telah memperlihatkan, sejak dari dahulu lagi, warga Manek Urai memberikan mandat dan kepercayaan kepada calon PAS Ismail Yaakob untuk menjadi wakil rakyat kawasan mereka.
Namun setelah pemergian Ismail Yaakob yang dikenali dengan PakSu Will, dan diganti dengan calon lain, ia tidak mampu menarik ramai pengundi Manek Urai seperti yang telah berlaku pada tahun 2004, PAS kalah di tangan UMNO dengan majoriti sangat tipis, iaitu hanya 53 undi.
Meski pun tempoh khidmat Allahyarham Paksu Will tidak menyamai beberapa pemimpin lain, rekod tanpa kalahnya amat mengagumkan. Apatah lagi ia dicapai tidak secara berturut. Kita tengok kejayaan Pak Su Will sepanjang bergelar wakil rakyat Manek Urai.
Paksu Will mula memenangi kerusi Dun Manek Urai pada Pilihan Raya 1986. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan majoriti 594 undi. Paksu Will memperolehi 3650 undi berbanding Wan Zaid yang mendapat 3056 undi.Tahun 1990 adalah tahun 'sapu bersih' bagi PAS dan Parti Semangat 46 di Kelantan, yang bergabung membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Paksu Will turut mengekalkan kemenangan di Manek Urai dengan majoriti lebih besar.
Kemenangan selesa itu dikecapinya dalam dua pilihan raya berikutnya, sebelum mengambil keputusan tidak bertanding pada 2004 lalu. Nasib tidak menyelebahi calon PAS yang menggantikan Paksu Will di Manek Urai. Beliau kecundang dengan majoriti 53 undi.Ekoran itu, ada cakap-cakap yang mensabitkan kekalahan itu dengan pengunduran Paksu Will. Bahkan ada yang berkata, kalaulah Paksu Will yang bertanding ketika itu, adat katanya kerusi Manek Urai masih kekal milik PAS.Barangkali di atas keyakinan itu PAS Kelantan menampilkan semula Paksu Will dalam pilihan raya lalu. Suratan atau kebetulan, beliau membuktikan kekuatan pengaruh peribadinya masih kuat dan berjaya merampas semula kerusi berkenaan dari tangan BN.
Setelah pemergian Pak Su Will, Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dilantik mengganti tempat. Seorang pengganti yang hanya berlatar belakang pemborong ikan semata. Namun walau siapapun dia, ia tidak menjadi faktor yang besar kepada warga Manek Urai.Yang sebenarnya, mereka belum kenal rapat dengan calon PAS yang bertanding, sebagaimana mereka telah kenal lama dengan Arwah Pak Su Will. Justeru, menjustifikasi Mohd Fauzi Abdullah selaku pengganti yang baru terbaik seperti arwah Pak Su Will adalah mustahil. Warga Manek Urai memerlukan masa yang cukup untuk mengenali beliau selaku wakil rakyat yang baru . Dan Alhamdulillah, rakyat masih mahukan pemimpin yang berkopiah/berketayap serban sebagai wakil kawasan mereka. Warga Manek Urai telah membuktikan bahawa mereka masih mahukan PAS mentadbir kawasan mereka. Dan diharap sepanjang kurang satu penggal warga Manek Urai dibawah penjagaan Abe Uji, warga Manek Urai dan Abe Uji memanfaat kesempatan dan masa yang ada untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Komitmen Abe Uji akan dinilai dan dibandingtara dengan jasa dan bakti Arwah Pak Su Will, oleh itu, manfaatkan ia.
Apapun,keputusan semalam (menang majoriti 65 undi) memperlihatkan PAS masih boleh berbangga dengan kejayaan itu. Perkenalan yang singkat antara pengundi dengan Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah membibitkan kejayaan kepada PAS yang terus diberi mandat dan kepercayaan sebagai wakil rakyat. Tahniah sekali lagi kepada Abe Uji Kita. ~!
JilFityan
Kekalahan Tipis BN Akan DiCanang Berbulan - Bulan
Saya yakin BN melalui media pengampunya akan mencanangkan kekalahan tipis mereka berbulan-bulan lamanya untuk menggambarkan bahawa sokongan rakyat kepada BN kembali pulih. Keduanya BN akan mendakwa bahawa kejayaan mereka mengurangkan majoriti 1,300 undi kepada 65 undi merupakan isyarat bahawa rakyat telah menerima kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menter juga berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.
''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.
''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.
Bagi pengundi tegar PAS iaitu ahli dan penyokong setia PAS ianya tidak menjadi masalah kerana aqidah perjuangan dan kefahaman Islam dapat menghindarkan mereka dari terjebak dengan rasuah berbentuk kebendaan dan janji sebegini. Namun bagi pengundi atas pagar dan tidak berparti rasuah politik, rasuah wang, ugutan dan tawaran sebegini mudah mencairkan pegangan mereka walaupun mungkin sebelum ini mereka mengundi PAS.
Sudah sampai masanya jentera kita bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Kita tidak boleh mengharapkan SPR dan Polis untuk bertindak secara telus dan professional kerana kita semua sedia maklum mereka bagaikan dicucuk hidung oleh kerajaan.
Tuesday, July 14, 2009
Pilihan Raya Kecil: Pas Dijangka Menang Tapi Majoriti Turun!
Oleh Mohd Sayuti Omar
MUNGKIN penjenguk blog ini tertanya-tanya kenapa tidak ada posting baru sejak kelmarin. Maaflah kelmarin seharian berada atas jalan raya, jadi tak sempat dan sukar untuk membuat apa-apa posting. Banyak perkara yang hendak ditulis dan tersendak dalam kepala di sepanjang perjalanan kelmarin tapi tak ada masa untuk dikongsikan.
Sekarang baru terluang untuk membuka laptop dan membuat catatan ini. Rasanya catatan yang paling ditunggu-tunggu ialah mengenai perkembangan pilihan raya kecil N 41 Manik Urai. Bagaimana peluang dan harapan kedua parti tradisi dalam pilihan raya berkenaan?
Jadi kebetulan perjalanan kelmarin melewati Manik Urai untuk ke Yala dan Pettani, maka sempatlah saksi sendiri suasana yang sedang berlaku di kawasan pilihan raya berkenaan. Seperti biasa gambaran umum pada sesuatu pilihan raya ialah perang poster. Perang poster ini sudah menjadi satu kemestian. Meskipun ia membazir kerana kedua-dua pihak mengeluarkan wang banyak namun inilah satu fenomena yang tidak dapat dihindarkan.
Tidak ada poster semacam tidak sah sesuatu pilihan raya itu. Sebaik saja memasuki kawasan pilihan raya selepas daerah Dabong, kiri kanan jalan utama (Gua Musang - Kuala Krai) dipenuhi bendera dan gambar calon. Bendera Pas dan BN seling seli, berkibar persis memerli antara satu sama lain. Adakala bendera Pas di sebelah kanan dan BN di sebelah kiri. Poster dan papan tanda gergasi pula turut kelihatan melambangkan kekuatan kedua-dua buah parti. Suasana di Manik Urai bagaikan 'janawari' kata orang Kelantan.
Kedua parti nampaknya tidak mahu mengalah. BN pasang poster gergasi berlatarkan
gambar Najib Razak bersama Mustapa Mohamad dan calon Tuan Aziz Tuan Mat, Pas juga pasang papan tanda gergasi berlatar belakangkan gambar pemimpin agung mereka Nik Aziz bersama Abdul Hadi Awang dan Mohd Fauzi Mohamad.
Papan tanda gergasi itu sama hebat dan sama gagah, sama cantik pula. Ini menunjukan kekuatan kewangan kedua-dua parti sama rata! Tidak cukup dengan itu berbagai jenis banner dan kain rentang di pasang ke muka-muka pintu masuk ke jalan atau lorong menuju ke perkampungan atau tanah rancangan. Pendeknya Manik Urai bermanik dengan poster, papan iklan dan kain rentang pelbagai rupa dan saiz.
Keadaan dimeriahkan lagi dengan penjual buah-buahan tempatan, durian, duku, langsat, rambutan dan mangis yang berselerakkan di tepi-tepi jalan. Ia ditambah pula dengan wujudnya gerai-gerai jualan berhampiran markaz Pas. Sekurang-kurangnya ada dua kawasan yang jualan yang diwujudkan oleh para penyokong Pas di simpang Peria dan Lakloh. Manik Urai berubah menjadi pekan sehari.
Kempen sudah memasuki ke tahap terakhir ketika saya melalui kawasan berpilihan raya itu. Kempen terbuka sudah berkurangan. Apa yang berlaku sekarang ini ialah kempen senyap dan startegi dan tektik-tektik terakhir digunakan. Dipercayai tektik itu mula berjalan sejak kelmarin dan kemuncaknya malam tadi.
Malam tadi adalah malam dikira paling kritikal dan mencabar, dan malam penentuan. Jika rasuah hendak dilakukan oleh kedua-dua pihak malam inilah waktunya. Justeru petugas parti akan memperkuatkan kawalan, agen-agen perisik juga akan melipat ganda rodaan untuk menangkap para perasuah.
Secara umumnya melihat kepada suasana dan senario sejak kelmarin, Pas masih lagi mendahului UBN. Rata-rata berpandangan Pas boleh mengekalkan kerusi berkenaan. Apa yang menjadi tumpuan dan harapan besar kini ialah kepada pengundi luar dan pengundi atas pagar.
Dari maklumat dalaman Pas sejak semalam Pas mendahului UBN sekitar 500 hingga 800 undi. Dari kira-kira hampir dua ribu pengundi di luar katanya Pas telah menguasai hampir 70%. Dari sekitar 1000 pengundi luar yang telah pulang seramai 700 telah mendaftar atau melaporkan diri kepada petugas Pas.
Bagaimana pun tidak ada stastik daripada pihak UBN. Adalah dipercayai UBN hanya memperolehi kurang daripada 20% pengundi luar.
Namun begitu ia bukan perkara senang untuk Pas menang selesa. Sasaran Pas untuk meraih hingga 2,000 majoriti mungkin tidak akan kecapaian. Tentangan diberikan UBN begitu bersungguh sekali kerana UBN mahu menghilangkan ‘phobia kalah’ di Manik Urai ini. Untuk ini UBN akan melakukan apa saja terpaksa tindakan diluar susila demokrasi seperti ungut dan sebagainya. Khabarnya UBN seang menumpukan untuk memastikan kira-kira lebih 500 pengundi yang dikenal pasti pengundi Pas agar tidak keluar mengundi.
Manakala dari laporan pihak UBN malam tadi, menurut penculaan mereka parti itu memperolehi kira-kira 4,600 undi iaini bertambah sekitar 300 undi berbanding dengan pencapaian dalam pilihan umum lalu. UBN meletakkan keadaan itu masih lagi dalam kalah tipis. Angka ini menjelaskan sukar untuk UBN memang. Melainkan kalau usaha untuk menghalang sekurang-kurang 500 pengundi berjaya mungkin UBN berpelung menang, tetapi itu amat tipis sekali. Sekiranya UBN menang majoritinya adalah dibawah 100 undi!
Kemenangan dipihak UBN hanya terletak kepada tektik dan strategi yang dilakukan pada sepanjang malam tadi saja. Sekiranya perkembangan malam tadi tidak banyak berubah dengan hari kelmarin, maka jelas Pas akan memenangi pilihan raya ini.
Yang jelas pengumuman Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan 'emas' di Manik Urai dikira tidak banyak mengubah pendirian pengundi tegar kerana mereka sudah lali dengan janji sebegitu. Lainlah kalau kemarin Muhyiddin terus meletakan batu asas pembinaan jambatan itu mungkin pengundi Manik Urai teruja dan mengalih sokongan disaat-saat akhir.
Manakala isu yang ditimbulkan Pas mengenai royalti minyak cukup merangsang pengundi Manik Urai untuk tidak mempercayai kepada kerajaan UBN
Kehebatan Islam dari kacamata bukan Islam
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Apabila mendengar ucapan dari sahabat Kelab Penyokong PAS di Muktamar PAS yang baru berlalu, saya merasa gembira bercampur cemas. Gembira kerana golongan bukan Islam tidak takut dan kekok bersama-sama dengan PAS. Cemas kerana harapan yang tinggi mereka letakkan pada PAS takut-takut diambil ringan oleh pemimpin PAS di segenap peringkat.
Atas kesedaran itu saya bercadang untuk menulis di ruangan ini berkaitan kehebatan undang-undang Islam berbanding undang-undang buatan manusia (man made law) sebagai satu renungan para sahabat bukan Islam atau orang Islam (baca Umno) yang masih tidak yakin dengan undang-undang Islam.
Di dalam buku yang ditulis Dr Ali Akbar Velayati (mantan Menteri Luar Iran) bertajuk "The Encyclopedia of Islam and Iran", penulis memberitahu bagaimana ketika beliau menjadi Menteri Luar Iran dan berjumpa dengan Menteri Luar Jerman, Hans Detrisch Ganscher, pemimpin Jerman itu telah meminta Iran menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan pemerintah Sudan agar meninggalkan hasrat menegakkan undang-undang Islam (syariah) di negara tersebut.
Dr Velayati mengatakan bahawa daripada apa yang dikatakan oleh Menteri Luar Jerman kepada beliau, adalah jelas bahawa rakan sejawatnya itu tidak mempunyai idea apakah undang-undang Islam yang sebenar.
Sebab itu tidak pelik jika kita membaca buku yang ditulis oleh Murad Wilfried Hofman (seorang bekas diplomat German yang memeluk Islam) bertajuk "Islam the Alternative" (Der Islam als Alternative). Buku itu menjadi perbahasan hangat di Bundestag (Parlimen Jerman) dan beliau telah dilabel sebagai fundamentalis oleh rakyat Jerman.
Namun buku yang ditulis oleh Murad Hofman diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuk bahasa Arab (al-Islam ka Badil).
Di dalam buku itu beliau telah berhujah dengan menarik sekali tentang kehebatan sistem Islam. Sebagai contoh ketika membincangkan tajuk undang-undang antarabangsa, Murad Hoffman menyatakan:
"Al-Quran memberikan landasan yang sangat baik untuk undang-undang antarabangsa mengenai kontrak dan perjanjian, status golongan minoriti dan hukum suaka politik dan hukum perang. Al-Quran menekankan prinsip bahawa perjanjian harus dipatuhi hatta dengan orang-orang bukan Islam.
"Surah Al-Maidah dimulai dengan kalimat: "Wahai orang-orang yang beriman tepatilah semua janji kamu". Prinsip menghormati perjanjian sekarang ini diguna pakai di dalam undang-undang antarabangsa di bawah doktrin "pacta sunt servanda".
Mengenai hak golongan minoriti kata Murad Hoffman, undang-undang al-Quran menunjukkan toleransi yang amat luar biasa. Undang-undang ini dan amalan yang serupa tidak akan dijumpai di tempat lain baik pada abad ke tujuh atau seribu tahun kemudian.
Kita hanya perlu mengingat kembali nasib kaum Hugenout, orang-orang Protestan di Salzburg, bangsa Yahudi di Rusia dan kaum Muslim di Andalusia, India (misalnya pembunuhan di Gujerat) dan Bosnia bagi membolehkan kita menghargai kehebatan Islam dalam melindungi nasib golongan minoriti.
Keberkesanan Islam melindungi hak dan kepentingan kaum minoriti terbukti dari berkembangnya masyarakat Yahudi di seluruh dunia Islam ? dari Maghribi ke Yaman dan Istanbul hingga abad ke-20 ini. Bangsa Yahudi di Sepanyol yang telah mengenal kaum Muslim mencari perlindungan di kawasan kediaman orang Islam di Sepanyol dan Saloniki Turki ketika mereka diusir oleh golongan Kristian pada awal abad ke-16.
Saya tidak pasti sama ada orang Barat atau orang Islam sendiri sedar bahawa pada 7 Julai 1951 satu persidangan yang dinamakan sebagai "Minggu Undang-undang Islam" (Week of Islamic Law) telah diadakan di Perancis. Program bersejarah tersebut telah dihadiri oleh ramai cerdik pandai atau sarjana undang-undang dari Timur dan Barat dan program tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Milliot dari Universiti Paris.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekelian adalah resolusi yang diluluskan sebulat suara di akhir persidangan tersebut.
Antara resolusi yang diluluskan adalah seperti berikut:
"Kami para delegasi yang amat berminat dengan masalah yang dibangkitkan ketika persidangan 'Minggu Undang-Undang Islam' dan melalui perbahasan yang dilakukan amat jelas menunjukkan bahawa prinsip undang-undang Islam adalah satu nilai yang amat berharga dan tidak boleh dipertikaikan.
"Kewujudan pelbagai mazhab di dalam sistem undang-undang yang hebat ini menunjukkan wujudnya nilai dan unsur penghakiman dan teknik-teknik hebat yang membuatkan undang-undang ini amat mudah untuk menjawab dan mengadaptasi keperluan-keperluan semasa yang berlaku di dalam kehidupan moden ini.
"Dan adalah disyorkan suatu jawatankuasa dibentuk untuk membuat satu Kamus Undang-Undang Islam bagi memudahkan orang ramai merujuk hasil-hasil karya berkaitan sekaligus menjadi satu khazanah maklumat undang-undang Islam mengikut kaedah moden."
Mantan Pengerusi Majlis Peguam Britain Stephen Hockman QC pernah menyatakan bahawa syariah pasti akan menjadi sebahagian sistem undang-undang British dan kerja-kerja perlu dilakukan untuk memasukkan syariah ke dalam undang-undang British.
Hockman berkata demikian ketika berucap dalam satu pertemuan yang dianjurkan oleh Website Islam4UK.
Ketika memberitahu Daily Express, Hockman berkata: "Mengambil kira jumlah besar penduduk Islam di Britain adalah penting kita mencari jalan untuk menyatukan budaya Islam ke dalam tradisi kita."- tajdid_
Monday, July 13, 2009
Jangan Percayakan UMNO
UMNO sudah terdesak sekarang. Mereka berjanji nak bina jambatan baru yang harganya antara RM7 hingga RM10 juta dan nak jadikan MU sebagai agropolitan. Hebat tu. Tetapi pengundi Mu disuruh pangkah BN. Kalau tak pangkah tak dapat.
Tidakkah ini bermakna kena sokong UMNO baru boleh dapat sesuatu? Inilah yang dikatakan rasuah. UMNO memang parti rasuah.
UMNO sudah janjikan agropolitan di Bukit Gantang hari tu. Tapi tak jalan. Kini ulang sekali lagi di MU. Biarkan benda tu tak jalan juga.
Kalau sudah ada jambatan baru yang elok, lori besar kroni UMNO boleh masuk. Mereka akan angkut hasil agropolitan itu. Adakah penduduk MU ada tanah yang luas. Yang tak bertanah berapa ramai. Akhirnya semua dikaut oleh kroni. Rakyat biasa tak dapat apa-apa juga. Itulah yang sering berlaku dan dilakukan oleh UMNO. Di mana-mana pun.
Berhati-hati dengan taktik jahat UMNO. Mereka telah lama menipu rakyat. Presidennya tidak malu jadi penipu. Obama cakap lain, dia cakap lain. Pemimpin seperti ini selalu berbuat sesuatu seperti udang di sebalik batu.
Tunggulah sampai UMNO benar-benar berubah dan ikhlas. Pada masa itu bolehlah sokong UMNO. Bila mereka akan berubah? Ini persoalan yang besar. Kalau sudah kalah pun masih bernafsu buat rumah agam, ada kemungkinankah mereka berubah? Kalau sudah kalah pun mereka rampas kuasa di Perak, tidak mungkinkah mereka buat perkara yang sama di negeri lain? Orang jahat akan buat apa-saja asalkan dapat untung untuk diri sendiri.
Jika demikian, jangan berfikir panjang lagi. Sokonglah PAS.
Apabila menyebut hudud ada yang rasa jelek dan tidak kurang juga yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya hudud itu. Yang demikian itu dirasai oleh umat Islam yang berbangsa Melayu apatah lagi yang belum beragama Islam.
Sesetengah orang tidak mahu bercakap soal hudud kerana terlalu sinonim dengan agenda parti politik. Pada mereka hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk. Manakala orang bukan Islam langsung tidak mahu menyebut hukum hudud kerana sering dinegatifkan oleh orang politik.
Hari ini saya ingin mengajak ahli jemaah sekalian keluar dari persepsi di atas dan melihat kembali hudud di sudut hukum Islam yang sebenar. Barangkali benarlah, “tidak kenal maka tidak cinta”, ramai yang tidak kenal dengan hudud lalu mereka membencinya, apatah lagi jika sering diberi gambaran salah tentang hudud.
Sebenarnya hudud ialah satu dari hukum-hukum Islam yang melibatkan kesalahan jenayah. Selain hudud ialah qisas dan takzir.
Hudud ialah hukum yang ditentukan oleh Allah atas beberapa kesalahan terhadap Allah dan ia telah ditetapkan bentuk hukumannya. Hukuman itu tidak boleh dimaafkan oleh manusia tetapi yang bersalah boleh bertaubat kepada Allah.
Kesalahan hudud
Apakah kesalahan seseorang manusia yang membabitkan Allah? Terdapat kesalahan yang disepakati oleh ulama dan ada juga yang masih khilaf.
Senarai yang sepakati ialah:
1. Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.
2. Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan.
3. Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.
4. Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.
Senarai yang tidak disepakati ialah:
1. Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.
2. Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.
Semua kesalahan di atas dianggap melakukan kesalahan terhadap Allah dan mereka wajar diberi hukuman hudud. Hukuman ini perlu dilaksanakan oleh pemerintah yang sah, bukan individu yang mendakwa dia berkuasa. Hukuman ini tidak boleh bertolak ansur apatah lagi dimaafkan oleh pihak tertentu.
Bentuk hukum itu juga telah ditentukan oleh Allah iaitu untuk kesalahan zina, sebat 100 kali rotan bagi yang bujang sama ada lelaki mahupun perempuan. Tetapi rejam dengan batu sehingga mati bagi mereka yang berkahwin.
Bagimanapun jika mereka bertaubat dalam tempoh kesalahan itu sama ada semasa menunggu hukuman dia terlepas lari atau kerana belum ada hukuman hudud dalam negara itu, Allah bersedia menerimanya. Mereka yang bertaubat adalah seperti tidak dosa lagi, demikian janji Allah.
Perlu diingat kesalahan zini tidak sampai melibatkan keceraan atau kematian seseorang. Jika berlaku begitu lelaki yang terlibat telah melakukan dua kesalahan iaitu kesalahan di bawah hudud dan satu lagi kesalahan di bawah qisas yang akan dibincangkan nanti.
Bagi kesalahan qazaf (menuduh), pelakunya dikenakan hukuman sebat 80 kali rotan. Kes ini sering berlaku dalam masyarakat kita tanpa mereka sedari bahawa yang demikian satu dosa qazab. Sebagai contoh, suami melihat isterinya keluar dengan seorang lelaki dan kebetulan isterinya mengandung, lalu dia menuduh isterinya curang kepadannya.
Perbuatan suami itu ada qazab dan boleh dihukum 80 kali rotan. Jika negara kita belum laksanakan hukum itu lagi maka dia perlu bertaubat dan hilangkan rasa curiga itu dan terima seadanya anak dalam kandungan isterinya itu. Begitulah ajaran Islam.
Bagi kesalahan mencuri, pelakunya perlu dihukum potong tangan sebelah untuk satu kesalahan. Tujuannya supaya dia tidak boleh mencuri lagi pada masa hadapan. Tetapi jika negera ini belum laksanakan hukum itu, dia wajib bertaubat sepenuhnya.
Bagaimanapun jika di samping mencuri dia turut mencederakan orang lain seperti meragut, merompak dan sebagainya, dia telah melakukan dua kesalahan iaitu mencuri di bawah hudud dan mencederakan di bawah qisas.
Bagi kesalahan minum arak, pesalah perlu dihukum dengan hukum sebat 40 kali rotan. Jika hukuman itu tidak dilaksanakan di negara itu, dia perlu bertaubat dengan sesungguhnya. Bagaimanapun jika dengan minum itu dia melakukan zina atau membunuh orang, maka banyak lagi hukuman yang mununggunya.
Jika semua umat Islam tahu hukum ini, pasti mereka tidak mahu melakukan kesalahan itu walaupun belum ada perlaksanaan hukum hudud. Tetapi jika ada manusia yang degil, terus melanggar hukum itu, maka di sinilah perlunya hukum hudud itu dilaksanakan oleh pemerintah.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah
Hadiah ke tanggung jawab!! |
Oleh DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN
Terbeliak biji mata rakyat berfahaman UMNO bila meneliti hadaiah yang dijanjikan PM 100 hari semalam. Ana bukan apa, terkejut kerana PM kita ni sanggup melanggar adat dan budaya yang telah kemas tertanam dalam benak rakyat semua bahawa 100 hari seolah-olah harinkeramat untuk menilai seseorang baik atau tidak masa depan politik beliau dalam negara .
Terkedu juga bila terlalu banyak hadiah yang dilakarkan dalam akhbar harian hari ini pasal sebelas hadiah tu, kenapa tidak seratus atau beratus-ratus hadiah lagi.
Naik hairan juga ana kenapa semua yang dihadiahkan itu hanya merupakan hak rakyat yang dirompak oleh kerajaan UBN selama ini.
Apakah yang dikatakan hadiah itu adakah duit elaun atau gaji PM kita atau pun hasil dari kocek beliau sampai dinamakan hadiah kepada rakyat.
Ataukah selama ini rakyat yang jenuh membayar tol sehari dua kali pergi dan balik kerja yang disekat oleh bekas Menteri Kerja Raya setiap hari tidak lagi layak mendapat diskaun, hanya kalau bayar 80 kali baru boleh.
Kalau macam tu maknanya setiap pekerja yang kena melalui jalan bertol untuk pergi kerja tidak adalah harapan untuk hadiah ini. Kenapa tidak dimasukkan saja diskaun kedalam setiap kali kita hendak top up saja, bukan kepada 80 kali bayar tol .
Begitu juga dengan kos mendapat lesen, kenapa dipayahkan proses sehingga begitu sekali mahal harga nak ambil test lesen motosikal sehingga tak sanggup anak sekolah yang layak hendak belajar memandu sehingga mereka lebih rela merempit daripa mengambil lesen.
Janji nak kurangkan jenayah, dah berapa kali dah janji hanya tinggal janji, nak kurangkan rasuah, tubuhlah apa badan pun kalau yang masih merasuah pun masih lagi jadi menteri dan orang besar politik pemerintah, rasanya sampai kiamat pun rasuah ini tak boleh dihapuskan.
Lihat saja apa yang berlaku kepada dakwaan didalam parlimen pasal penglibatan KPN dengan along saperti terdapat dalam ucapan MP Kubang Kerian.
Apakah tindakan SPRM kepada aduan Kak Min semasa PRK Penanti hari tu, dah selesai siasatan ke atau bila habis PRK maka kes pun habis , mana bukti dan mana orang yang benar-benar terlibat atau SPRM hanya menjadi anggota BN yang ke 16 saja atau saperti kata LKS MACC ini hanya Malaysian agency for cars and cows.
Kalau pasal lembu dan kereta cepat-cepat siasat, mana pergi pegawai adakah telah menjalankan siasatan terhadap rumah bernilai 24 juta atau 3 juta saja , dah buka fail ke belum.
Begitu juga dengan amanah saham, apa sudah jadi dengan ASn dan ASB yang merangkak naik macam kora bau ( kata Dato' Fadhil Nor), dan amanah saham negeri-negeri yang jauh lebih murah berbanding harga mula dilancarkan dulu, yang letih kena bayar hanya hutang bank yang menimbun dek terpengaruh degan janji amanah saham dulu.Nasib baik mereka yang tak pernah terpedaya dengan janji kora bau ini.
Permit teksi, adakah ini hadiah yang menggembirakan pemandu dan penyewa teksi, dalam suasana 2 ribu permit yang ada sekarang ini pun, merangkak mereka nak dapat penumpang dan membayar hutang, bayangkan ditambah dengan 3 ribu lagi, kalau mereka duduk dibandar besar mungkin ada penumpang bagaimana dengan yang berada dibandar kecil dan sederhana, dah pasti hutang kereta pun agak sukar nak lunas nanti.
Pasal pembangunan Sabah dan Sarawak, ana rasa inilah penipuan yang maha dahsyat diabad ini yang sanggup dilakukan oleh PM sorang ini yang itu adalah tanggungjawab sebagai kerajaan bukannya hadiah kepada rakyat.
Bahkan kalau ikhlas, mana dia royalti minyak dan gas untuk rakyat Kelantan yang dikaut oleh Petronas. Tak kan dikambing hitamkan petronas padahal yang cekau duit adalah kerajaan. Kalau pun dikatakan kawasan bertindih, kenapa didaratkan di Songkla yang jauh lebih jarak berbanding dengan Bachok yang lebih dekat. Adakah kepada Thaiand dan Vietnam boleh beri, tetapi kepada Kelantan tiada diberi faedah atas hasil bumi mereka.
Janganlah nak kelentong rakyat, apakah Manik urai menjadi alasan untuk umumkan hadiah yang bukan jadi hadiah tersebut.
Rakyat sudah cerdik sekarang ini, internet menjadi sumber kecerdikan rakyat, RTM sudah jadi sampah masyarakat saperti dalam rancangan ISu yang menampilkan Prof Ramlah Adam malam tu.
Malu ana menjadi bekas pelajar Kolej Islam mempunyai senior saperti itu punya pemikiran.
Sunday, July 12, 2009
Pilihan Raya Kecil: Strategi Jahat Umno Menyuburkan Pas
Oleh Mohd Sayuti Omar
MARAH betul kawan saya (seorang bloger) kepada sepasang guru yang juga pengundi di Manik Urai kerana tidak bersedia mengizinkan rumahnya dijadikan tempat makan malam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin. Pasangan itu adalah guru, suami mengajar di Sekolah Menengah Manik Urai dan isterinya mengajar dii sekolah Menengah Lakloh.
Menurut catatan kawan itu dalam blognya, suami isteri itu mengunci rumahnya dan lari meninggalkan rumah apabila menyedari Umno mahu menjadikan rumahnya sebagai tempat makan malam atau persinggahan sambil berkempen oleh Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.
Alasan kenapa rumah pasangan itu dipilih ialah kerana ia mungkin agak selesa berbanding dengan rumah orang lain.
Membaca catatan itu saya bukan terkejut dengan tindakan pasangan itu tetapi terkejut dengan kawan itu yang marah kepada pasangan guru berkenaan. Katanya sikap guru itu sebagai tidak tahu nilai kemanusiaan dan sebagai ‘out date’ kerana tidak menyokong Umno dan tidak membenarkan menteri naik ke atas rumahnya.
Saya tidak tahu apakah relationship kawan saya itu dengan guru itu. Tetapi yang jelasnya kawan saya itu ahli Umno Kelantan. Pernah bertanding sekali tetapi kalah. Pernah pegang jawatan Ketua Pemuda peringkat kawasan. Apakah pasangan guru itu warisnya maka beliau begitu marah sekali?
Saya turunkan catatan kemarahanya;
Disini nampaklah bahawa masih ada dikalangan guru-guru yang 'out date' kerana tidak menyokong UMNO/BN mereka rela tidak mahu menerima seorang pemimpin negara naik kerumahnya yang pelik lagi mereka tidak sedikit pun memberi muka kepada Menteri Pelajaran iaitu majikannya untuk bertemu mata.
Itulah yang dikatakan penganut parti yang kolot, yang bodoh, yang tidak ada nilai kemanusiaan, dah lah mujur dapat mengejar didepan rumah, ditunjuk pula dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Kerajaan, Hagas, Hagas benar (Sombong benar). Tapi orang UMNO Kuala Krai tak ada batu kalu.
Nampaknya kawan ini beremosi benar. Sudahlah marah kepada pasangan berkenaan tetapi dihalaknya supaya Umno mengambil tindakan kepada pasangan berkenaan. Beliau mencabar dan menyindir Umno Kuala Krai sebagai tidak ada 'batu'... maknanya orang Umno boleh pandang begitu saja kepada pasangan itu tanpa mengambil tindakan.
Saya hanya tersenyum saja membaca catatan itu sambil bertanya diri sendiri siapakah sebenarnya yang ‘out date’ meminjam istilah kawan itu. Apakah pasangan itu atau pun dirinya sendiri yang 'out date' atau kolot dan tidak memahami erti dan makna demokrasi?
Saya rasa walaupun kawan ini sudah berpolitik sejak bah merah lagi, (bah besar melanda Kelantan tahun 1960-an) tetapi dia tidak faham-faham mengenai demokrasi dan politik. Dia tidak faham mengenai hubung-tara antara pegawai kerajana (guru) dengan Umno dan kerajaan. Masih lagi dia beranggapan Umno dan kerajaan itu dua perkara yang sama, tidak terpisah. Seolah demokrasi mewajibkan semua pegawai kerajaan menyokong UBN. Kalau begitu di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan dalam demokrasi!
Kalau dalam agama tidak ada paksa untuk menerima mana-mana agama, apa lagi dengan parti politik?
Atau pun dia faham tetapi kerana merasakan Umno terdesak di Manik Urai maka buat-buat tidak faham. Guru itu adalah pegawai kerajaan. Dia harus taat kepada Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran (majikan) tetapi bukan sebagai Timbalan Presiden Umno. Mungkin pada firasat pasangan itu kehadiran Muhyiddin itu atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Umno bukannya sebagai meteri pelajaran maka mereka tidak benarkan Muhyiddin memijak rumah mereka.
Mungkin pasangan itu menganut ideologi politik Pas. Jadi dalam rukun parti dan oragnisasi adalah satu kesalahan kalau dia membenarkan orang nombor satu Umno pergi makan di rumahnya apa lagi dalam keadaan sekarang, berpilihan raya kecil. Tetapi kalau Muhyiddin hendak tumpang sembahyang di rumahnya di luar keadaan hari ini mungkin akan diizinkannya, bahkan akan ditanak pulut makan dengan durian kunyit.
Mengenai cadangan agar Umno mengambil tindakan ke atas pasangan guru itu, ia adalah tindakan yang kolot dan tidak tamadun. Inilah perangai orang Umno dulu, kini dan selamanya. Bila mereka mendapati mana-mana pegawai kerajaan khasnya guru tidak menyokong mereka, maka ditukarlah guru jauh ke pedalaman. Disusapayahkan kehidupan mereka, diasingkan dari isteri ayah, anak-anak dan ibubapa dan keluarga lain. Tujuannya supaya tidak aktif dalam Pas.
Tahun-tahun 1960an, 70-an dulu mana-mana guru yang dikenali pasti menyokong Pas, hatta tidak menjadi ahli pun dan hanya pergi ke tempat cermaah Pas saja nombor kereta mereka akan dicatat dan dihantar ke pejabat pelajaran. Dua tiga bulan kemudian guru berkenaan akan dikirimkan jauh di pedalaman termasuk ke kawasan Manik Urai itu sebagai hukuman.
Umno harus sedar dan membuang tektik dan kerja-kerja jahat bersifat hukum rimba itu. Umno tidak sedar disebalik tindakan jahat mereka itu menyebabkan Pas berkembang subur. Mereka yang menghidupkan Pas di kawasan pedalaman, menubuhkan cawangan-cawangan Pas di hulu ialah guru-guru yang mereka hantarkan itu. Strategi jahat Umno itulah yang mengembangkan Pas.
Makanya bila hari ini Umno cuba berjinak dengan mereka, sudah pastilah mereka akan menutup pintu rumah mereka. Mungkin juga pasangan berkenaan adalah mangsa tindakan jahat Umno sekitar tahun 70-an dulu, di mana mereka bermukim di situ barangkali kerana ayah mereka ditukar ke kawasan pedalaman itu. Sebab itulah mereka jadi alergik kepada UBN. [wm.kl. 6:15 pm 10/07/09]
Isu Ke Manek Urai : UMNO Perkudakan Jemaah Tabligh
Beberapa hari sebelum Ijtima tersebut ada juga jemaah tabligh di tempat aku yang mempelawa aku untuk bersama Ijtima tersebut namun aku hanya tersenyum.
Pengalaman berhujah dengan jemaah tabligh membuat aku rasa membuang masa saja untuk berdebat dengan mereka. Tiada titik noktah.
Berbalik pada kunjungan PM dan TPM ke Ijtima tersebut hari ini bolehlah di lihat dari sudut mengambil kesempatan politik untuk UBN bagi menunjukkan kepada umat Islam khususnya di Malaysia yang UBN ni tidak pernah menolak Gerakan Islam! Ciss Munafik punya UBN! Dengan Jemaah Tabligh yang berfahaman menolak politik mereka bolehlah di perbodohkan tetapi tidak pada kami yang memahami Islam secara total.
Tangan-tangan zalim UBN yang menggunakan ISA dan merompak harta rakyat mungkin di pandang sama sahaja dengan parti politik lain oleh sebahagian Jemaah Tabligh. Yang penting hanyalah AMAL bagi mereka.
Akhir sekali, UBN berharap dengan sokongan mereka pada jemaah Tabligh akan dapat membantu menaikan imej mereka sedikit sebanyak serta memungkinkan mereka mendapat sokongan dari pengundi Islam? Ciss jangan harap.....
Ikuti soal jawab ini (di petik dari laman web ustazazhar.com )mengenai jemaah Tabligh
http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/jamaah-tabligh.html
Assalamualikum ustaz..
saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terangkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih
.......................
w.salam
Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.
Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.
Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan.
Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad.
Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa.
Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt.
Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabht r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia.
wallahua'lam - nuriman