Sebanyak 18 keping plat percetakan majalah itu dirampas di syarikat percetakannya K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang sehari selepas itu.
Menurut Bernama, beliau berkata rampasan itu dilakukan setelah KDN menerima maklumat mengenai pengedaran majalah kartun itu yang diterbitkan secara berkala oleh syarikat penerbitan berkenaan yang beralamat di 153-1, Jalan Sultan Abdul Samad dekat Brickfields.
Jamilah berkata peruntukan undang-undang yang sama turut dikenakan terhadap K Vin Publisher kerana mencetak bahan yang tiada permit.
Tambahnya, syarikat pencetakan itu turut didapati menyalahi Seksyen 4(1)(a) akta yang sama.
"Ini kerana kementerian telah menemui bahan-bahan tidak bermoral dan lucah yang turut dicetak di kilang itu berdasarkan penemuan sisa buangan disyaki lucah sebanyak 150 helai dan satu keping plat majalah disyaki lucah," katanya, seperti dilaporkan agensi berita tersebut.
Awal minggu ini Malaysiakini melaporkan, serbuan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."
Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.
No comments:
Post a Comment