Search This Blog

Saturday, July 11, 2009

Antara Syiar dan Syariat Islam

Oleh: Nash Ar-Rawy

Tiada yang lebih afdal perlaksanaan syariat Islam itu daripada hanya syiar atau lambang semata-mata. Syiar seumpama berpakaian baju Melayu cantik dan bersongkok atau berjubah dan berserban kemas tetapi tiada bisa solat ,.Sedang Solat itu wajib , merupakan syariat ( Law ) bisa ditegakkan walaupun tanpa baju Melayu atau berjubah serban asal sahaja pakaian apa pun yang bersih kerna bersih itu sendiri adalah syariat begitu juga berwudu’.

Syiar Islam ada di mana –mana. Di negeri komunis seperti di Rusia dan Cina , hatta di Singapura , Eropah dan Amerika pun terdapat banyak masjid –masjid. Apakah negeri Cina , Rusia dan Amerika itu juga Negara Islam justeru kerna ada elemen syiar Islam seperti masjid yang membenarkan solat ( syariat ) di tegakkan. Bank Islam pun ada di Eropah begitu juga dengan Universiti Islam juga terdapat di Temple Inn di Amerika Syarikat . Apakah itu kriteria yang bisa dipakai menjadikan sesuatu Negara itu dikira Negara Islam.

Banyak Negara umat Islam bisa laksanakan Bank Islam seperti Mesir dan negara Arab yang lain dan juga Malaysia kerna itu bisa memberikan pulangan yang baik dan keuntungan yang lumayan kepada negara . Ini bukannya Negara Islam tetapi bisa saja dipanggil Negara umat Islam ( Muslim States ) kerna negara-negara sekular tersebut terdapat ramai penduduk Islam .

Kepemimpinan teraju negara yang terdiri daripada orang-orang Islam seperti Presiden Mesir , Presiden Indonesia , Presiden Iraq dan Perdana Menteri Malaysia sekadar beberapa contoh . Apakah menjadikan Malaysia dan Mesir hatta Indonesia sebagai Negara Islam ?.

Jenama-jenama kosmetik ini seperti Bank Islam , Universiti Islam , Takafur itu semua adalah muamalat atau syariat Islam di bidang ekonomi sahaja, Sedangkan syariat Islam itu cukup luas meliputi Hukum Kisos , Hudud dan Ta’azir. Tetapi syariat Islam ini tiada bisa ditegakkan di dalam hampir 99 % negara –negara OIC kerna dikuatiri ramai kepimpinan Negara umat Islam bisa didakwa dengan banyak kesalahan-kesalahan jenayah syariah bahkan ada pemimpin yang berugama Islam terlibat dengan perniagaan judi di Genting Highland dan memiliki saham perjudian .serta agenda maksiat yang lain.

Ini bermakna Negara Umat Islam ( Muslim State) adalah Negara Sekular yang bisa ada syiar Islam sahaja dan bukannya Negara Islam ( Islamic State ) kerna menolak perlaksanaan Hudud , Kisos dan Ta’zir . Fahaman nasionalis adalah fahaman sekular yang sesat lagi menyesatkan . Justeru itu , tiada hairanlah apabila cadangan Akta Hudud yang pernah dibentangkan sebanyak tiga kali di parlimen Malaysia ditolak mentah-mentah oleh speaker . Ini satu bukti yang jelas negara yang menolak Hudud daripada diperundangkan adalah Negara Umat Islam bukannya Negara Islam kerna syiar Islam hanyalah lambang Islam sahaja belum lagi Islam kerna Hudud di tolak.

Bahkan golongan nasionalis sekular ini juga menjadikan perlembagaan persekutuan untuk mengekang perlaksanaan Hudud di Kelantan dan Terengganu. Di negeri-negeri yang diperintah puak sekular nasionalis ini sehingga sekarang tiada bisa memperundangkan hudud di negeri-negeri tersebut dengan hujah Hudud sudah ada di dalam Al-Qur’an.

“ Law is authority “ Jika syariat di dalam Al-Qur’an seperti Hudud , kisos dan ta’azir ini tiada di perundangkan di dalam parlimen masa bisa ianya terlaksa kerna tiada otoriti . Contohnya semua penunggang motosikal bisa pasang lampu walaupun di tengah panas matahari kerna sudah di perundangkan sedemikian di dalam parlimen . Mengapa tidak sedemikian dengan Hukum Hudud ? Justeru fahaman sekular nationalis ini sesat sama dengan iblis yang mengingkari dan mengkufuri perintah Allah. Apakah Hudud , kisos , Ta’zir dan larangan judi dan pengawalan penjualan arak di tempat tertentu untuk bukan Islam itu bukan perintah Allah!.Laksanakan mukadimah Hudud pun tidak bisa.!

Hujah yang menyatakan syariat Islam tiada sesuai dilaksanakan kerna masyarakat Malaysia itu majmuk hanya bisa tegakkan syiar sahaja sudah menjadi ‘Negara Islam “ adalah sandiwara politik yang melucukan dan tiada rasional samasekali.

Ini adalah kerna Hudud , Kisos dan Ta’azir hanya bisa diimplementasi ke atas orang Islam sahaja kerna orang bukan Islam bisa opt atau pilih kekal dengan “Civil Law“ di mahkamah sivil yang sediada. Golongan nasionalis sesat ini masih lagi bisa mempertahankan “ English Common Law “ sebagai undang-undang tertinggi negara .

Walaupun kolonial sudah tiada tetapi otak kolonial pemimpin negara masih lagi berbangga dengannya dan menolak Hudud.dengan senang hati mengkufuri Allah ! Apakah mereka yang diamanahkan Allah untuk memerintah Malaysia ini tiada akan di tanya di alam kubur dan di akhirat kelak akan amanah Allah yang di pertanggungjawabkan . Apakah bisa sahaja menjawab aku sudah tegakkan syiar Islam . Pasti iblis bisa ketawa besar kerna sudah ada member disana.

Sistem perundangan Islam telah dilaksanakan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan Piagam Madinah di implementasi “ Islam for All “ dan “Justice For All” mengikut addeenul Islam ; “ Nafideenillah “ ( Ikut cara Allah ) dalam keadaan umat Islam cuma minoriti sekitar 15% sahaja dan lebih majmuk lagi dari Malaysia dengan Yahudi, Nasoro, Majusi dan suku-kaum Arab yang pelbagai tetapi baginda menegakkan Negara Islam yang melaksanakan hukum hakam di dalam Al –Qur’an bukan setakat Hudud ada dalam Quir’an sahaja dan melaksanakan syiar itu sudah pun menjadi ‘Negara Islam “.

Baginda tiada syok sendiri dengan propaganda ONE MADINAH tetapi syiar sahaja tiada syariat Islam yang dilaksanakan. Justeru itu, baginda MENOLAK ‘Unity Government” ( Kerajaan Perpaduan Dua Abu ) yang ditaja oleh rejim Abu Jahal dan Abu Lahab walaupun di tawarkan untuk menjadi Raja. dan diberi ‘kunci’ khazanah negara . Justeru One Malaysia adalah polemik murahan dan umat Islam tiada bisa tertipu dengan propaganda syiar Islam yang merupakan kosmetik sedang Akta Hudud di tolak bulat-bulat daripada diperundangkan .Rakyat sekarang sudah fahami dan menerima ‘Islam for All “ yang lebih praktis dan hebat daripada ‘one Malaysia ‘ tanpa rasa ‘Islamophobia’ dalam GAGASAN KESE-PAKATAN KERAJAAN RAKYAT yang bisa menentang ISA , OSA , rasuah politik salahguna kuasa dan kepolitikan dalam mahkamah., SPRM. PDRM . SPR, Jabatan Pendaftaran Negara , Peguam Negara dan Hakim Negara. ‘One Malaysia” adalah satu ‘ eye wash’ untuk menutup autokrasi dan penipuan yang berlaku ..Masa ada ‘Negara Islam” yang menolak syariat kerna yang ada cuma lah syiar Islam sahaja bagi Negara Umat Islam , itu sahaja , jangan temberang dan buka belang pasti tak gemilang dan malang.Tegakkan Negara Berkebajikan yang merubah dengan Islam .

Islam For All “ Apa masih bisa lagikah puak nasionalis sekularis ini menolak Islam ? . Tepuk dada tanya Iman , jangan tanya Presiden. !

Keajaiban wayarles





KEMUDAHAN hari ini membolehkan umum mendapat pelbagai maklumat dari dalam dan luar negara sepantas kilat.

KEMUDAHAN hari ini membolehkan umum mendapat pelbagai maklumat dari dalam dan luar negara sepantas kilat.

Semuanya menjadi mudah apabila peralatan yang diperlukan berada di hujung jari dan tanpa jangkauan.


Menurut perangkaan, pada masa ini sekurang-kurangnya 21.2 peratus isi rumah di negara ini menggunakan Internet dan ia dijangka meningkat 50 peratus menjelang 2010.

Dan tidak hairanlah Malaysia disenaraikan antara 10 negara popular yang memiliki ramai pelayar Internet.

Ketika Internet mula diperkenalkan, negara diperkaya dengan penggunaannya di rumah menerusi satu talian tetap. Jika sekadar melayari Internet tanpa mengambil masa yang lama mungkin tidak menjadi gangguan kepada pengguna lain tetapi bagaimana pula jika hendak bermain permainan atas talian?

Pengguna sendiri pasti tidak berasa seronok sekiranya permainan yang rancak terencat akibat masalah talian.

Kemudian negara dibanjiri dengan limpahan kafe siber yang meluaskan lagi penggunaan Internet kepada orang ramai terutama di kalangan remaja yang semakin gila dengan permainan atas talian.

Kafe siber mewujudkan sikap saling berkongsi maklumat namun di sebalik itu ia turut menyebabkan berlakunya gejala sosial. Ini bermakna tiada istilah 'rumahku syurgaku' bagi mewujudkan komuniti kekeluargaan yang lebih mesra.

Pada zaman serba maju terutama di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, konsep rumahku syurgaku perlu disesuaikan ke setiap kediaman mengikut gaya hidup terkini yang semakin mudah mengikut kepelbagaian arus teknologi.

Ibu bapa perlu meneruskan pemantauan agar dapat melihat kegiatan serta aktiviti anak mereka, sekali gus perlu mencari peluang dan kaedah bagi menerapkan aspek kekeluargaan yang lebih bernilai.

Penerapan nilai kasih dan sayang turut boleh dizahirkan dengan kedatangan teknologi hari ini menerusi konsep kediaman mesra media (media-enabled home).

Kediaman mesra media yang diperkenalkan Cisco Malaysia dianggap sebagai satu pembaharuan ke arah gaya hidup digital yang lebih mudah menerusi keluaran terbaru rangkaian produk media tanpa wayar Linksys by Cisco.

Konsep ini membawakan kelas terbaru dalam pengalaman komunikasi dan hiburan yang bakal mempertingkatkan gaya hidup digital ke tahap seterusnya, memudahkan capaian pengguna kepada kandungan multimedia seperti foto, muzik, video dan fail dalam pelbagai peralatan ketika berada di dalam atau di luar rumah.

Pengarah Jualan Serantau Asia, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Cisco, Boon Ping Tang berkata, kediaman mesra media bakal menjadi kenyataan dengan adanya teknologi jaringan terbaik Cisco yang tidak terikat kepada satu lokasi tertentu, tidak lagi perlu menguruskan peralatan yang berasingan dan dunia tanpa wayar.

"Kini pengguna di rumah boleh menikmati pengalaman menggunakan hiburan tanpa wayar dengan audio dan visual yang berkualiti tinggi yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah di samping capaian kepada maklumat yang lain juga,"

katanya.

Berdasarkan statistik kumpulan penyelidik Wireless Federation, tahap penembusan tanpa wayar di Malaysia dijangkakan meningkat kepada 96.8% pada 2010 kerana penggunaan peralatan mudah alih yang semakin meningkat.

Pembangunan dan penyediaan jalur lebar yang berterusan dengan Internet dan video menjadi sumber hiburan di rumah membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang serba terhubung ini, konsep kediaman mesra media ini datang tepat pada waktunya.

"Cisco sudah bersedia membawakan pengalaman ini ke setiap rumah di Malaysia dengan tawaran siri terbaru tanpa wayar dan media Linksys by Cisco yang menjadi asas kepada konsep terbabit.

"Produk bersesuaian direka bagi memudahkan pemasangan Kediaman Mesra Media dengan aplikasi mesra pengguna yang menjadikannya sesuai untuk semua pengguna.

"Linksys berjaya mencipta Media Hub yang berkapasiti 500GB sebagai penyimpan data pengguna. Pengguna mampu mengakses data di Media Hub tidak mengira lokasi dan masa dengan adanya jaringan Internet. Produk terbabit turut menggabungkan faktor reka bentuk baru yang sesuai bagi setiap rumah tanpa menjejaskan prestasi, ketahanan dan kualiti tanpa wayar," kata Boon.

Andai kata, pengguna berada di luar negara, capaian maklumat ke atas komputer di rumah di Malaysia masih boleh dilakukan sama ada menggunakan Internet Explorer (IE), Firefox atau Safari, meskipun berada jauh ribuan kilometer.

Menurut Boon, pengguna tidak perlu risau mengenai keselamatan kerana untuk berhubung dengan Media Hub pengguna perlu memasukkan maklumat seperti nama pengguna dan kata kunci.

Ia menitikberatkan aspek keselamatan pengguna sama seperti rangkaian keselamatan tanpa wayar lain, yang akan meminta kata kunci jika pengguna luar cuba memasuki rangkaian terbabit.

Keselamatan menerusi akses remote diperketatkan menerusi kata kunci dan jaringan 'https://' (perkataan 's' menandakan jaringan terbabit selamat).

"Kediaman mesra media adalah langkah terkini dalam evolusi jaringan di rumah. Pengguna mahukan lebih daripada jaringan mereka berikutan peningkatan kandungan, permainan atas talian dan muat turun media yang dikongsi.

"Pengguna boleh memasang jaringan rumah yang mudah yang menyambungkan pelbagai peralatan digital serta membenarkan akses pengguna kepada Internet dan fail media di mana saja di rumah.

Ini bermakna, kita sekarang boleh bergerak jauh dari meja dan melakukan strim muzik dan video yang disimpan di dalam komputer peribadi terus ke ruang tamu," katanya.

Pakar Niaga Produk, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Cisco, Rico Allan Ongcoy berkata, masyarakat di negara ini semakin mementingkan capaian kepada maklumat dan pelbagai data digital yang lain sama ada berkaitan dengan pekerjaan mahupun untuk hiburan semata.

"Media Hub dianggap sebagai peranti yang memudahkan penyimpanan dan pencapaian pelbagai data digital seperti muzik, video dan foto yang boleh diakses dari mana saja. "Ia menampilkan antara muka yang mudah, bersesuaian dengan kehendak pengguna menerusi laman web www.ciscomediahub.com sebagai perantaraan.

"Peranti canggih ini amat mudah dikendali, lengkap dengan pemain program untuk memutarkan muzik, video, foto dan carian fail disokong program pencari data.

Setiap fail disusun mengikut jenis yang dihubungkan ke Media Hub dan boleh diakses di komputer atau telefon bimbit.

"Menerusi Media Hub, pengguna boleh menerokai kandungan fail (contohnya muzik) dan memainkan muzik berkenaan secara langsung daripada failnya tanpa perlu memasang aplikasi muzik atau video. Menariknya, kandungan Media Hub juga boleh dimainkan secara terus ke skrin televisyen," katanya.

Menurut Rico, bagi peminat permainan playstation, ia boleh dihubungkan ke router menerusi kabel atau WiFi. Manakala, kamera yang bertindak seperti CCTV dihubungkan ke router. Pengguna boleh mengaksesnya jika dihubungkan ke alamat Internet Protocol (IP) di rumah dan mengawasinya di komputer.

Katanya lagi, pengguna boleh mengakses data telefon bimbit menerusi Media Hub atau mengakses kandungan Media Hub melalui telefon bimbit sekiranya telefon terbabit disambungkan ke router. Hanya telefon yang menyokong aplikasi Universal Plug and Play (UPnP) saja boleh digunakan.

Media Hub yang dihubungkan ke seisi rumah, boleh diakses oleh sesiapa saja.

Ini bermakna, ibu bapa boleh memantau aktiviti anak-anak di Internet secara langsung seperti melihat perbualan anak-anak di laman sembang dan laman web yang dilawati mereka.

Ia turut bertindak sebagai data sokongan yang boleh diakses lebih daripada seorang pengguna pada masa yang sama.

Manakala, fail dalam Media Hub boleh diisyaratkan untuk dikongsi bersama atau terbuka untuk diakses oleh sesiapa sahaja. Bermakna, masih ada lagi kebebasan kepada pengguna untuk melindungi peribadi masing-masing.



>Info

Dengan gabungan produk tanpa wayar dan media terbaru Linksys by Cisco, pengguna pastinya seronok menikmati Internet tanpa wayar yang melangkaui sempadan jaringan di rumah. Produk baru yang memenuhi keperluan kediaman mesra media ialah WRT610N Dual-Band Wireless-N Router, WUSB600N Wireless-N USB Network Adapter with Dual Band, NMH300 Media Hub dan WVC54GCA Wireless-G Internet Home Monitoring Camera.

> Router tanpa wayar WRT610N berperanan sebagai penyokong standard tanpa wayar-N yang terbaru. Ia adalah peralatan utama yang direka bentuk untuk menggandakan lebar jalur dan prestasi optimum menerusi penyambungan tanpa wayar yang lebih pantas dan tiada gangguan. Menggunakan dua jalur tanpa wayar-N, teknologi tanpa wayar termaju masa kini iaitu jalur 5GHz dan 2.4GHz direka untuk berfungsi secara berasingan, tetapi selari agar anda dapat menentukan konfigurasi yang ideal.

> Adapter rangkaian USB tanpa wayar WUSB600N memberikan lebih kebebasan dan kemudahan kepada pengguna dengan penyambungan tanpa wayar yang fleksibel dan pantas. Keupayaan dua jalur tanpa wayar-N menawarkan fleksibiliti untuk menyambung kepada frekuensi 2.4GHz atau 5GHz agar pengguna dapat mencapai kedua-dua jenis rangkaian secara maya tanpa mengira lokasi.

> Kamera rumah Internet tanpa wayar WVC54GCA adalah unit kamera tunggal yang kecil direka untuk memberikan video dan audio berkualiti tinggi secara langsung, terus ke jaringan rumah pengguna tanpa wayar. Ia tidak memerlukan sambungan kepada komputer memandangkan pelayan Web yang dibina secara dalaman membolehkannya penyaluran imej dan bunyi secara terus melalui Wireless-G ataupun sambungan Ethernet. Ia sesuai untuk mengawasi keluarga, harta benda ataupun apa juga yang dirasakan penting di rumah.

> Media Hub NMH300 direka bentuk untuk memudahkan akses dan interaksi dengan kandungan digital yang berperanan sebagai pengumpul dan mempersembahkan data ke pelbagai peralatan pengguna yang ada di rumah. Pengguna boleh menikmati semua media melalui antara muka yang diakses di rumah serta di seluruh dunia melalui laman web.

Ustaz Nasharudin turun solat sunat Dhuha di Manek Urai PDF Cetak Emel
SATURDAY, 11 JULY 2009 13:31


MANEK URAI, 11 Julai 2009 - Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersolat sunat Dhuha bersama-sama dengan Mursyidul Am dan Presiden PAS di Sungai Peria, Manek Urai, membuktikan tidak ada masalah antara ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS tersebut.


Ketidakhadiran beliau di dalam penamaan calon pada 6 Julai lalu dan beberapa siri ceramah bersama Tuan Guru Nik Abd Aziz, cuba digambar oleh beberapa media bahawa kononnya beliau masih tidak sefahaman dengan Mursyidul Am selepas isu Kerajaan Perpaduan.

Isu tersebut juga dimainkan oleh pihak BN di atas ketidakhadiran beliau sebelum ini. Antaranya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu turun berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai dua hari telah memfitnah bahawasanya Tuan Guru Nik Aziz terpaksa membawa dan menarik balik larangan Ustaz Nasharuddin ke Manek Urai kerana terdapatnya sebilangan besar penyokong Pas di Manek Urai marah atas tindakan tersebut.

Ketidakhadiran Ustaz Nasharudin ke Manek Urai sebenarnya adalah disebabkan beliau masih dalam proses rawatan kesihatan beliau dan bukannya disebabkan isu tidak sefahaman dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

kelmarin, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang, Selangor.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bachok memberitahu akan memulakan kempen membantu calon, Abe Uji hari ini ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan kemungkinan tidak dapat menyertai berceramah hari ini kerana masih dalam keuzuran.


Beliau bersama-sama dengan Mursyidul AM, Presiden dan calon PAS turut sempat bersarapan bersama-sama

MANEK URAI : Petronas Pun Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Petronas Jangan Tipu Rakyat Kelantan.

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir telah menandatangani perjanjian dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang diwakili oleh Pengerusinya, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Perjanjian tersebut adalah bersesuaian dengan penggubalan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memansuhkan beberapa bahagian penting Akta 95 Perlombongan dan Petroleum 1966 dan memberi ekslusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum di pantai atau di luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Salah satu butiran perjanjian itu adalah seperti yang tercatat di dalam seksyen 1 (1) yang berbunyi,

“Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan…”

Rujukan kepada Malaysia di seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 di tafsirkan mengikut Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan (iaitu undang-undang tertinggi), antara lain Artikel 1 menyebut,


  • Persekutuan hendaklah di kenali sebagai Malaysia di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Negeri-negeri Persekutuan hendaklah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  • Wilayah-wilayah Negeri ini adalah seperti yang wujud sebelum merdeka. (meliputi perairannya).

Oleh yang demikian setiap kali kalimah “onshore” dan “offshore” di gunapakai dalamAkta 144 Kemajuan Petroleum 1974 ianya bermaksud “onshore” atau “offshore” kepada satu daripada 13 Negeri dalam Persekutuan dan bukannya Persekutuan secara keseluruhan.

Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) Hasil Petroleum yang ditemui dan diperolehi di perairan Malaysia (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri yang disebut dalam Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mutlak sepanjang masa kepada Kerajaan Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kalimah “offshore” juga tidak dipecah tafsirkan didalam akta yang sama dan juga didalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan kepada sub kategori seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.

  • Territorial sea iaitu 22 km dari daratan.
  • Contagious zone iaitu 44 km dari daratan.
  • Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 370 km dari daratan.

Oleh yang demikian, setiap kawasan di dalam Perairan Malaysia adalah milik salah satu daripada 13 negeri yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memahami JDA

Joint Development Area melibatkan kawasan pertindihan tuntutan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara bersetuju membangunkannya mengikut model kawasan pertindihan Australia – Indonesia. Kedua-dua negara menggubal undang-undang dang diluluskan di Parlimen masing-masing.

JDA hanyalah kawasan pembangunan bersama dan bukan wilayah khas. Kawasan Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) pula dipersrtujui menerusi undang-undang agar terbahagi dua dan menggunapakai undang-undang negara masing-masing. kedaulatan, hak, tuntutan dan keistimewaan mana-mana pihak tidak terhapus menerusi akta yang digubal dan ini jelas tercatat di dalam Akta 440 Malaysian-Thailand Joint Authority 1990 (rujuk lampiran). Ini bererti Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih supreme law disitu.

Akta yang sama juga menjamin hak Kelantan ke atas perairan tersebut serta terus mengangkat sebarang perjanjian yang dimeterai sebelumnya.

Berdepan Dengan Petronas

JDA Location MAP


Rakyat Kelantan harus bersedia berhadapan dengan Petronas jika Petronas tidak bersedia menegakkan kebenaran dan mengotakan perjanjian. Rakyat Kelantan diseluruh dunia harus bersedia jika Petronas membelakangkan perjanjiannya dengan Kerajaan Kelantan.

Dunia korporat dan dunia sukan lumba kereta F1 merupakan medan-medan terbaik untuk dunia mengenali Petronas sebenar-benarnya.

Hasil Bumi Di Pantai Kelantan

JDA Gajah Ular


Petronas tidak boleh mudah berkata tiada hasil gas atau petroleum di Kelantan. Petronas harus juga jelas dengan dua buah telaga di luar JDA iaitu Gajah-1 dan Ular-1 yang terletak di blok PM 301 dan PM 302 tetapi dikaburi dengan nama JDA. Begitu juga dengan Lawit dan Jerneh, pengeluar Gas yang mampu menampung keperluan satu pertiga keperluan Semenanjung. Lawit dan jerneh terletak di Blok PM 303. Dibayar royaltinya kepada Terengganu walaupun kesahihan kedudukannya boleh dipertikaikan oleh rakyat Kelantan.

Petronas juga harus menjelaskan penemuan-penemuan di Blok PM 301 dan PM 302 yang dalam lingkungan kedalaman air kurang 70 meter. Di dalam hal ini jelas Petronas tidak boleh membiarkan dirinya dijadi tunggangan politik UMNO. Sudah lama kebobrokan ini menjadi resam permainan Petronas dan UMNO.

Lampiran

Akta Perlombongan - header

Akta Perlombongan - Define tanahContinental Shelf Act - headerContinental Shelf Act - Seabed

ORDINAN DHARURAT 1969

Emergency ordinan - headerEmergency Ordinan- Teritorial waterEEZ Act - headerEEZ Act - DistancePetroleum Development Act - HeaderPetroleum Development Act - Cash PaymentPetroleum development Act - Cancelling 1966MTJA Act - Header

MTA Act - Define

MTJA Act - LocationAdmiralty ChartMTJA - RoyaltyMTJA - respecting original RightsMTJA - Power of MinisterMTJA - PaymentMTJA - Malaysia AreaMTJA - JDA Not Special territory




Jika Anwar Ibrahim dipenjarakan

. Pembicaraan DS Anwar Ibrahim masih belum selesai. Terbaru, ia ditangghasbieuhkan ke 15 Julai kerana peguam Sulaiman Abdullah masih belum sihat sepenuhnya.

2. Saya berdoa semoga kebenaran timbul jua. Samada kebenaran milik Saiful atau milik Anwar, itu soal kedua. Yang penting ia (kebenaran) hadir dalam perbicaraan kali ini.



3. Bercakap tentang Anwar, dia mungkin akan disabitkan bersalah. Kalau itu berlaku apa akan jadi pada Pakatan Rakyat?

4. DAP dan PAS memang punyai dua kutub berbeza. Payah nak bertemu apatah lagi bersama. Setakat ni hanya Allahyarham Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim saja yang mampu mengikat mereka (dengan izin Allah). Tanpa mereka atau pemimpin yang sepintar mereka, barangkali DAP dan PAS akan kembali berseteru.

5. PAS dan DAP yang berseteru adalah rahmat besar buat UMNO-Barisan Nasional (UBN). Pasca PRU 1999, DAP tewas teruk termasuk Kit Siang dan Karpal Singh. Waktu itu keadaan masih harmoni. Sesudah PAS kehilangan Ustaz Fadzil, suhu hubungan mereka semakin membahang. DAP keluar Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan agenda Negara Islam tajaan PAS.

6. Perang mulut mereka di media pun tak kurang hebatnya. Paling parah bilamana Ustaz Hadi melabelkan Kit Siang dan Karpal Singh sebagai ‘ubat tamat tempoh’. Dalam PRU 2004, PAS pula yang menderita. PAS kalah teruk termasuk Ustaz Hadi dan Timbalannya Ustaz Nasha kalah di Marang dan Besut. Pada waktu itu , Anwar Ibrahim belum dibebaskan.

7. Pada tahun 2004, Anwar Ibrahim dibebaskan. Dalam tempoh 2004 hingga 2006, beliau banyak membuat anggangement dengan pimpinan PAS dan DAP. Anwar dihentam juga sebab banyak dilihat keluar ke luar negara. Namun dalam masa yang sama, beliau berusaha menyatukan parti pembangkang terutama PAS dan DAP.

8. Natijahnya, PRU 2008 parti pembangkang tidak bertembung sesama sendiri. Kemenangan besar diraih dalam pilihanraya.

9. Anwar Ibrahim bukanlah faktor mutlak, namun dia juga adalah antara faktor penyumbang. Memang PAS ada sejarah hitam dengan dengan Anwar. Siapa tidak kecewa bilamana beliau memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya meninggalkan PAS yang terkial-kial pada tahun 1982. Pada waktu itu, PAS ibarat melukut di tepian gantang. Tiada siapa berminat. Kaderisasi PAS di kampus-kampus juga pernah tergugat dengan pengaruh Anwar.

10. Namun usah dinafikan Anwar juga banyak berjasa kepada PAS. Kemenangan 27 kerusi dalam PRU 1999 banyak disumbangkan gelombang Reformasi pada ketika itu yang Anwar gerakkan. Begitu juga dengan kemenangan 23 kerusi (tidak termasuk Ibrahim Ali) dalam PRU lepas.

11. Apapun, saya berharap kebenaran milik Anwar. Tetapi antara Anwar dan kebenaran, saya tetap memilih kebenaran.

————-

*Penulis ialah Pengerusi Economics Student Leaders Council (ECONS), sebuah badan pemikir dan NGO bebas terutamanya dalam isu-isu sosio-ekonomi negara, mengembangkan pemikiran kritis dalam politik dan ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Blog Pencak Bicara MHM kini menjadi ruang analisis dan perkongsian beliau.

MUSLIM DI XIANJIANG TAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT

Email : tebing tinggi

Ingat lagi pasal Xianjiang? Saya pernah menulis tentang Xianjiang sebelum ini.Xianjiang terdiri dari Etnik Uighur(berasal dari Turki) yang beragama Islam dan Etnik Cina Han yang mana ada yang beragama Islam dan ramai beragama Buddha. Xianjing ini adalah wilayah awal yang menerima Islam di China pada zaman Khalifah Utman ibn Affan dimana Saad ibnu Waqqas telah dihantar mengetuai misi dakwah ke sana. Xianjiang atau disebut Turkistan Timur sebelum ini adalah di dalam wilayah Islam Turkistan bersama wilayah Bukhara yang terdiri dari Uzbekitan, Tajikistan dan Kyrgistan.

Ia berjaya dibebaskan oleh melalui titisan darah Syuhada yang dipimpin oleh Panglima terbilang, Tariq bin Ziyad. Ia pernah digelar "tiang Islam" kerana wilayah

Selepas kejatuhan Xianjing kepada pemerintahan Komunis China, jumlah ummat Islam dari lebih 48 juta telah berkurang kepada kurang 10 juta dalam tempoh beberapa tahun pemerintahan Mao. Ummat Islam tidak dibenarkan solat, membaca Alquran hatta menyambut hari Raya sekalipun tidak dibenarkan. Akibatnya ramailah yang syahid setelah diseksa dan dizalimi di luar batas kemanusiaan.

Tabik hormat saya kepada Muslim Uighur. Walaupun diseksa sedemikian rupa mereka berani mengibarkan bendera khilafah walaupun akibatnya mereka dibunuh dengan kejamnya. Penyeksaan terhadap Uighur dan penentangan mereka terhadap pemerintah tirani China tidak pernah padam. Hizbut Tahrir mendapat sambutan hebat di wilayah Xianjiang. Tetapi satu persatu dihapuskan oleh pemerintah komunis menjelang tahun 2000. Kini ledakan dakwah Hizbut Tahrir merebak dari Uzbekistan, Tajikistan dan Kyrgistan merebak kembali ke bumi Turkistan Timur ini. Ummat Islam di Xianjiang memang rindukan khilafah dan mereka sanggup bekorban untuk menegakkan kembali Islam. Pemerintah China cuba mengaitkan Hizbut Tahrir dengan aktiviti militan tetapi tidak diendahkan oleh ummat Islam di Xianjiang. Mereka hendak khilafah dan Hizbut Tahrir berusaha ke arah itu. US sendiri telah menaja beberapa orang dari Etnik Uighur ini untuk menjadi proksi mereka. Dan kini pelbagai huru hara sengaja dicetuskan dan mengaitkannya dengan Al Qaeda.

Dari huru hara yang mengakibat lebih 100 orang terbunuh dan lebih 1000 orang cedera, pemerintah China mengambil tindakan ketenteraan. Sampai hari ini, hari Jumaat, ummat Islam tidak dibenarkan mengerjakan solat Jumaat di Masjid-masjid di Urumqi, ibu kota Xinjiang.

Jadi, sekali lagi persoalan. Apakah jawapan bagi semua kezaliman terhadap ummat Islam? Adakah kita mahu boikot barangan buatan China pula? Atau kita terima hakikat, kita sangat terdesak untuk mendirikan semula khilafah Islamiah secepat mungkin!!!

Xinjiang adalah biladul Muslimin yang wajib dikembalikan kepada ummat Islam.

Tentang Kematian : Bersedialah Diri

Sedikit ilmu dan perkongsian ana titipkan di ruangan ini buat pengetahuan bersama. Insya`allah. Ana dapat ini ketika menjalani Kursus Bilal, Pengurusan Jenazah baru-baru ini.Moga ianya menyedarkan diri kita dengan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan mati, iaitu dengan memperbanyakkan amalan yang diperintahkanNya.
Kitab-kitab yang berkaitan mati sangat banyak kini. Namun apa pun yang baik dan berguna, terimalah sebagai persediaan diri menghadapinya.


Hayati dan mengertikanlah untuk perjuangan diri menyambut sebuah kematian itu..

Allahu Akbar..
***

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi itu mampu berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghazali atsar dari Al-Hasan).
Tamunya Suatu Kematian
1. Kematian bersifat memaksa dan sedia menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan risiko-risiko kematian itu.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. -Ali Imran :154
2. Kematian akan mengejar sesiapa pun meski dia berlindung di sebalik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya dari sisi Allah.” Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?-An-Nisa : 78-
3. Kematian akan mengejar siapa pun walaupun dia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. -al-Jumu`ah : 8-
4. Kematian bertamu secara tiba-tiba
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat. dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. -Luqman : 34-
5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat.
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. -Al-Munafiqun :11-
Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam

“Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” -HR Tirmidzi-Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang tersobek?” -(HR Bukhari) Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah-
Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bahagian tubuh yang sangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Imam Ghazali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghentam jiwa dan mennebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan disiat-siat dari setiap urat nadi, urat saraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga ke kaki”
Imam Ghazali juga mengetengahkan suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati suatu pekuburan berdoa pada Allah Subhanahu Wa Ta`ala agar Dia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka boleh mengetahui gambaran sakaratul maut itu. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang lelaki yang muncul dari salah satu kuburan.
“Wahai manusia!”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kalian inginkan dariku? Lima puluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perit bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”

Proses sakaratul maut sangat memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang.
Mustafa Kamal Attaturk, bapa modenisasi (sekularisasi) Turki, yang menggantikan Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.
Rasa sakit sakaratul maut akan dialami setiap manusia, dengan pelbagai tingkatan rasa sakit. Sebuah riwayat mengatakan bahawa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah Kuasa Allah.

Allahu `alam.

Menteri - Menteri BN Tidak DiPeduli Rakyat Manek Urai

Oleh Misbahul Munir

Kedatangan menteri-menteri ke Manek Urai tidak dihiraukan oleh masyarakat di sini. Timbalan Perdana Menteri yang sering berulang alek dengan helikopter dari Kuala Lumpur tidak dipedulikan oleh penduduk tempatan, ceramahnya tidak sampai 100 orang yang menghadirinya, sekiranya tidak ada penyokong-penyokong BN dari luar, kerusi yang disediakan kosong.

Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya sempat beberapa ketika sahaja di Manek Urai Lama, dia sendiri mengakui payah nak dapat sokongan dari penduduk tempatan, sehingga sekarang, ketua Wanita UMNO tidak lagi nampak kelibatnya di Manek Urai.


Menteri Pelancongan , Dr Ngah Yeng Yeng datang berkempen di rumah penduduk keturunan Cina di Kampung Manek Urai Lama juga mengalamai nasib yang sama apabila tidak dihiraukan tuan rumah dan ahli keluarganya. Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke rumah Ong Guan Chong yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Tuan rumah tidak mahu keluar menemuinya walaupun mereka sesama orang Cina.

Berbeza sekali apabila calon PAS Abe Uji berkunjung pula ke rumahnya sehari selepas itu, kehadirannya disambut oleh Ong atau Pak Chong, malahan Pak Chong menghimpunkan seluruh ahli keluarga besarnya untuk turut menyambut Abe Uji. Pak Chong merupakan pengurus pasukan Seri Muay (tomoi) yang ramai pelatih-pelatihnya orang Melayu. Abe Uji diberi penghormatan besar oleh Pak Chong dan ahli keluarganya.

Pengundi Cina di Manek Urai hanya berjumlah 51 orang, namun sokongan mereka tetap diperlukan, Pak Chong memberi jaminan semua pengundi Cina akan menyokong Abe Uji. Pak Chong mengakui walaupun beliau tidak rapat dengan Abe Uji sebagaimana rapatnya beliau dengan arwah Paksu Wil, tetapi cerita-cerita tentang keramahan, kemesraan dan kebaikan Abe Uji telahpun didengari sebelum ini lagi, sikap yang ada pada Abe Uji hampir menyamai Paksu Wil yang penduduk Manek Urai sangat sayangi itu.

Friday, July 10, 2009

Banyak Lagi Yang Kita Tidak Tahu.

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.



3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja) 27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

kekekeke!!! OK dah pegi buat keja kekeke!!!

Fitnah telefon bimbit





SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.

SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.

Kita tidak hanya bergantung kepada media massa untuk mendapatkan berita kerana banyak media pilihan boleh dijadikan sumber maklumat.


Paling dominan ialah telefon bimbit, kerana cirinya lebih mesra pengguna dan kos yang murah menyebabkan segala urusan menjadi mudah.

Alat komunikasi itu yang diperkenalkan di Jepun 30 tahun lalu, bukan sekadar penghubung komunikasi malah dilengkapi pelbagai fungsi seperti aplikasi e-mel, siaran radio, televisyen dan capaian internet.

Kajian mendapati ada 3.3 bilion pengguna telefon bimbit pada 2007 dengan 2.4 bilion pengguna mesej pesanan ringkas (SMS).

Ini membuktikan telefon bimbit sebagai media interaktif popular bagi penduduk dunia.

Asasnya, media itu membawa kebaikan, tetapi ia tidak sunyi daripada keburukan, khususnya apabila jatuh di tangan golongan tidak bertanggungjawab.

Golongan terbabit akan menggunakannya sebagai saluran menabur fitnah, membuka aib orang lain dan menyampaikan maklumat tidak tepat hingga bertentangan dengan prinsip agama.

Fitnah secara umumnya bererti menyebarkan sesuatu yang palsu seperti berita, cerita, gambar dan rakaman yang tidak benar, khusus membabitkan hal yang menjatuhkan imej dan personaliti orang lain.

Dalam al-Quran istilah ini dikatakan mempunyai pelbagai makna, tertakluk kepada konteks ayat seperti bermakna syirik, ujian dan cubaan, seksa, dosa, kekufuran, pembunuhan dan kebinasaan, berpaling dari jalan benar dan sesat.

Makna yang boleh difahami melalui hadis, seperti perselisihan dan peperangan, ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, kemungkaran dan maksiat, tertakluk kepada keadaan.

Bagaimanapun, fitnah bagi pemahaman orang Melayu ialah penyebaran berita bohong atau desas-desus mengenai seseorang yang tidak selaras dengan kenyataan dan kebenaran.

Semua itu dilarang keras dalam Islam, namun disebabkan dengki, suka mengadu domba dan memutarbelitkan fakta oleh segelintir pihak menyebabkan perbuatan itu tidak pernah sunyi dalam kehidupan masyarakat.

Perbuatan fitnah sangat kejam dan balasan kepada yang melakukannya sangat keras. Huzaifah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah." (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, bagi mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu dan berunsur fitnah, kita bertanggungjawab menyelidiki dulu. Ini sesuai dengan firman-Nya, bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Al-Hujurat: 6)

Selain itu, blog iaitu laman sesawang yang diselenggara secara individu, bagi menyampaikan maklumat dan komentar mengenai sesuatu topik, terutama yang menarik minat masyarakat turut diminati masyarakat.

Blog memberikan kebebasan kepada pemiliknya memuatkan maklumat termasuk berbentuk gambar dan klip video digemari, namun kebebasan itu bukanlah lesen besar untuk menabur fitnah, membuat tuduhan, hasutan dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

Laman sesawang terbabit seharusnya tidak menjadi gelanggang untuk tuduh-menuduh yang akhirnya menimbulkan suasana tidak tenteram, bahkan setiap komentar harus diberikan secara adil.

Islam melarang umatnya terbabit dengan perbuatan keji dan tidak membina, termasuk fitnah dan tuduhan palsu. Malah, dalam bab menuduh perbuatan keji (zina), ada hukuman qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan di khalayak ramai.

Hukum qazaf dikenakan jika penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik.

Justeru, pengguna media baru, sama ada generasi baru atau lama wajar beretika berpandukan lunas agama dan nilai kemasyarakatan, bukannya menurut kehendak hedonis atau keseronokan semata-mata.

Darah Tragedimu Masih Basah

Oleh Mohd Sayuti Omar

BARU Subuh ini saya mendengar berita kematian Bertha Hertogh atau Maria Heberania Hertogh atau lebih dikenali dengan nama Natrah di Malaya ini. Beliau meninggal dunia dalam usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, begitulah laporan berita. Natrah adalah satu nama yang cukup nostalgik bagi umat Islam negara ini. Satu nama yang boleh menitiskan air mata bila menghimbau sejarah dan kisah yang melakari hidupnya.



Mereka yang mengingati kepada Natrah atau hidup sezaman dengannya akan memalingkan kenangan kepada tragedi yang pada 1950 yang meletus di Singapura sebegitu mendengar nama Natrah disebut

Mungkin juga perasaan sebak dan terharu akan memenuhi diri apabila mengenangkan nasib dan liku-liku kehidupan yang pernah ditempohi Natrah yang begitu sulit, tragis dan menyedihkan.

Sebenarnya perjalanan Natrah atas dunia ini sungguh mencabar peribadinya dan tidak terungkap oleh sesiapa pun secara hakiki.

Natrah tidak asing kepada mereka yang cintakan Islam bukan saja di negara ini bahkan umat Islam di seluruh dunia juga. Tragedi yang menimpa dirinya dan juga gara-garanya menjadi lambang kepada betapa pengorbanan umat Islam dalam membela agamanya terlalu tinggi dan luhur. Umat Islam bukan saja sanggup melakukan apa saja, hatta darah untuk menjaga kesucian agamanya sanggup digadai.

Tragedi yang berlaku di sebalik pencaroba dilalui Natrah adalah satu simbol dan papan tanda sejarah untuk umat Islam negara ini khususnya, yang mungkin sengaja dicetuskan Tuhan dengan tujuan-tujuannya yang harus ditafsirkan dengan makrifah mendalam. Justeru apa yang berlaku di sebalik diri Natrah tidak boleh dilupakan atau dihayati bagaikan menelaah buku sejarah saja. Ia perlu diingat dan diambil sebagai iktibar berguna.

Sebaik mengetahui berita kematiannya, Rabu lalau saya melayari internret mencari kisah-kisah mengenai Natrah. Membaca semula kronologi apa yang berlaku terhadap diri Natrah. Ringkasnya, Natrah seorang gadis berbangsa Belanda yang menjadi polimek dan rebutan dua agama dan dua budaya. Agama Islam dan Kristian dan budaya Melayu dan Belanda. Secara tidak langsung Natrah juga menjadi penguji kepada sejauh mana keimanan umat Islam negara ini.

Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.

Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.

Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.

Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.

Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.

Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.

Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.
Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.

Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah.

Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka.

Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu.

Mengenai meletusnya tragedi ini, Natrah tidak boleh dipersalahkan. Beliau tidak boleh berbuat sesuatu. Dalam usianya itu dia hanya mengikut saja. Ia tertakluk dibawa kekuasaan siapa yang kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya.

Yang jelasnya pemulangan Natrah ke Belanda menerusi keputusan mahkamah itu tidak menyeronokkannya? Betapa tidak Natrah terpaksa meninggalkan dua jiwa, ibunya (Che Aminah) dan suaminya (Mansor Adabi) serta kehidupan hakikinya di bawah penjagaan Che Aminah.

Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya manakala yang berada di Belanda hanya lembaga raganya yang kosong saja.

Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.

Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.

Semoga Natrah atau Bertha Hertogh damai dalam persemadian. [d’kota 6:10 am 10/07/09]

Thursday, July 9, 2009

Ustaz Azizan dan warna-warni politik Kedah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pergolakan politik di Kedah baru-baru ini memang menarik perhatian ramai. Sebagai salah sebuah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam tsunami politik Mac 2008, apa jua perkembangan di Kedah dilihat berupaya mempengaruhi kecenderungan pengundi di peringkat nasional, seterusnya boleh membayangkan keputusan pilihan raya umum akan datang.



Hasrat untuk melihat Pakatan retak dan berpecah tidak kesampaian. Pemimpin Umno-BN terpasa menggigit jari kempunan. Isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar, mungkin bagai tiupan angin kencang yang hanya meneguhkan lagi akar mengikat bumi.

Pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati antara pimpinan PAS, KeADILan dan DAP diharap dapat merumuskan gerak langkah yang lebih mantap, di samping mengenal pasti wilayah sensitif yang adakalanya mudah dilupakan.

Negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri dan seorang presiden PAS - yang dikagumi kawan dan lawan itu - disifatkan agak terlewat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sebelumnya dikenali sebagai Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS secara solo.

Pemerhati politik menyifatkan sejak kebangkitan PAS dalam pilihan raya umum 1969, yang menyaksikan antara lain calon Perikatan, Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abdul Rahman tewas mengejut, majoriti pengundi Melayu dianggap sentiasa lebih memihak parti Islam itu. Penyelamat BN hanyalah pengundi bukan Melayu.

Keadaan berubah dalam pilihan raya umum ke-12. Kemenangan awal calon PAS mula dikesan di kawasan yang jumlah pengundi bukan Melayunya agak signifikan. Ada kerusi majoriti Melayu yang dimenangi PAS pada 1999 tetapi kali ini tewas. Akhirnya PAS membentuk kerajaan bersama KeADILan dan kemudiannya DAP turut dilibatkan, walaupun tidak mendapat peruntukan kerusi Exco.

Hal sama berlaku di Pulau Pinang apabila DAP menerajui kerajaan dengan majoriti lebih selesa dan Adun tunggal PAS juga tidak diberi jawatan Exco. Bagaimanapun keadaan itu tidaklah sampai menggugat persefahaman dalam Pakatan.

Keunikan politik Kedah

Kebijaksanaan PAS mengemudi kerajaan negeri teruji di Kedah, sebuah negeri yang berbeza dari segi komposisi penduduknya berbanding Kelantan dan juga Terengganu.

Justeru, MenteriBesar Ustaz Azizan Abdul Razak, seperti pernah diakui oleh Dr Mahathir sendiri, begitu cermat dan berhati-hati untuk melakukan perubahan, dan bagi bekas PM itu, ia menyukarkan peluang BN untuk menawan semula Kedah.

Mungkin sesetengah kalangan agak tidak sabar untuk melihat pembaharuan, atau sekurang-kurangnya suatu kelainan ketara berbanding pemerintahan BN. Namun, Ustaz Azizan pastinya sudah merencana pendekatan terbaik agar kepentingan rakyat tidak terjejas, kestabilan politik terus utuh dan kemenangan dapat dipertahan. Apatah lagi ada pihak meramalkan, selepas 'rampasan kuasa' di Perak, ia mungkin berjangkit ke negeri Kedah.

Bukan sedikit usaha dan gerak diatur bagi memburukkan kerajaan Kedah. Isu babi dan hubungan PAS-DAP hanya senarai hujung daripadanya. Mungkin melalui media, ia seperti bergegar tetapi di peringkat akar umbi rakyat tidak mudah dipengaruhi tuduhan sensasi.

Malah, difahamkan pengarang akhbar-akhbar milik Umno-BN di Kuala Lumpur hadapi kesukaran untuk 'memaksa' wakil mereka di Alor Setar untuk memanipulasi berita Kedah, khususnya yang membabitkan menteri besar. Ini disebabkan wartawan-wartawan negeri 'malu alah' dengan Ustaz Azizan sendiri.

Bagi PAS, Kedah adalah pengalaman terbaik untuknya menunjuk teladan merintis kejayaan di negeri-negeri yang lain. Petugas PAS Kedah misalnya dikenali sebagai pekerja terbaik dalam hal-ehwal pilihan raya. Komitmen mereka juga sudah teruji dalam beberapa insiden tragis yang menelan korban nyawa. Semoga kemenangan tidak merencatkan istiqamah mereka.

Dan, jika sokongan pengundi bukan Melayu dapat dipertahan terutama melalui urustadbir kerajaan yang antirasuah dan mesra rakyat, serta kepemimpinan Ustaz Azizan dapat menambat hati lebih ramai masyarakat Islam, maka impian BN untuk merebut kembali Kedah, seperti dibayangkan Dr Mahathir, tentu bertambah sukar dan kelam.

Jika institusi menteri besar dalam BN sarat dengan daki rasuah (ya, dengan mudah kita dapat menamakan daripada Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Isa Samad, Khir Toyo, Khalil Yaakob dan banyak lagi) tetapi dalam PAS, seperti ditunjukkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Abdul Hadi Awang dan kini Ustaz Azizan (juga tidak lupa Ir Mohamad Nizar Jamaluddin), ia tetap tidak tercemar._

Nik Aziz tak faham makna 'kebangsaan'?

leh Dinsman

Cadangan dan undangan Tok Guru Nik Aziz untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia mengenai Islam itu sebenarnya bukanlah satu perkara baru yang ditimbulkan-nya secara tiba-tiba menjelang pilihan raya kecil Manek Urai, untuk tujuan politik. Tidak.



Bagi mereka yang rajin mengikuti setiap perkembangan dalam kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, ini adalah suatu kemuncak kepada serentetan hujah dalam perjalanan dakwah beliau, khasnya sejak memegang jawataan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Kita tentu mudah ingat yang Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan bahawa PAS sanggup membubarkan partinya sekiranya Umno komited dengan perjuangan Islam dan melaksanakan syariat Islam dalam pentadbiran negara. Kenapa saya katakan kita mudah ingat? Sebab Tok Guru Nik Aziz bukan sekali menyatakan demikian, tetapi berulang-ulang kali.

Hairannya ketika Nik Aziz menyatakan demikian, walaupun berulang-ulang kali, ia tidak pernah menarik minat pimpinan Umno untuk memberi reaksi atau respons kepada kenyataan tersebut. Walhal kenyataan itu cukup provokatif.

Provokatif kerana, pertama, Nik Aziz sebagai pimpinan tertinggi PAS menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti PAS. Kedua, kenyataan itu menegaskan yang Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Ketiga, kenyataan itu juga memberi implikasi makna yang dakwaan pimpinan Umno mengatakan mereka berjuang untuk Islam itu adalah dusta semata-mata.

Begitu pun implikasi maknanya, namun pimpinan Umno tidak pernah peduli. Mereka tak pernah memberi respons kepada kenyataan Nik Aziz itu. Mereka memang tidak serius dengan Islam. Mereka hanya berminat (dan serius) dengan Islam apabila mereka dapati ada bahagian-bahagian tertentu dalam Islam itu yang boleh membantu agenda mereka.

Ternyata Islam bukanlah agenda Umno. Islam hanyalah alat atau bahan penting yang mereka pergunakan untuk membantu mereka mencapai sesuatu agenda lain.

Itulah hakikatnya Umno. (Saya pernah menganalisisi perkara ini dalam buku "Mahathir (Ekonomi) Perang 'Aqidah", 1999). Tetapi pimpinan Umno tak akan mengakui hakikat ini, kerana mereka tahu sentimen orang Melayu. Orang Melayu pasti akan menolak Umno sekiranya mereka tahu yang dakwaan Umno berjuang untuk Islam itu semata-mata dusta. Tetapi itulah hakikatnya.

Hakikatnya ialah sama ada Umno berdusta, ataupun memang pimpinan Umno tidak memahami Islam sebenar, atau mereka tidak komited dengan akidah Islam.

Apabila Nik Aziz mengatakan Umno menolak Islam kerana Umno menerima 'kebangsaan' atau 'nasionalisme' sebagai ideologi, ramai orang tidak mengerti maksud sebenar Nik Aziz. Saya pun pada mulanya tidak faham apa maksud sebenar Nik Aziz berkata demikian. Sebab apa saya tidak faham? Sebab pada masa itu saya berpendapat kebangsaan itu adalah suatu 'semangat cintakan negara'. Jadi apa salahnya kebangsaan?

Islam tentu tidak melarang penganutnya mempunyai 'semangat cintakan negara' ? fikir saya. Jadi, Islam dan kebangsaan boleh wujud serentak dalam diri seseorang. Dalam masa sama dia menerima Islam sebagai agama dan cara hidupnya, dan dalam masa sama dia juga ber'semangat cintakan negara' atau bersemangat 'kebangsaan'.

Jadi, kenapa Nik Aziz mengatakan Umno menolak Islam apabila Umno menerima 'kebangsaan' sebagai ideologi? Mungkinkah Nik Aziz kurang memahami istilah 'kebangsaan' atau 'nasionalisme'?

Begitulah fikir saya pada waktu itu. Dan saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia pun tentu berfikir begitu. Tak mengapalah, barangkali Tok Guru Nik Aziz kurang faham dengan istilah 'kebangsaan' atau 'nasionalisme' itu. Tak mengapalah. Maka kita pun kuranglah mengambil kisah sangat apabila Nik Aziz berkata demikian.

Tetapi Nik Aziz mengulangi lagi kenyataannya itu. Dan dia banyak kali mengulang-ulangnya, hingga saya pun terfikir lagi - apakah mungkin Nik Aziz tidak memahami istilah 'kebangsaan', ataupun dia memang ada maksud tertentu yang dia hendak sampaikan supaya orang faham sepertimana yang dimaksudkannya?

Soalan itu menyebabkan saya terus berfikir, dan kemudiannya barulah saya faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Yakni apabila ia dihubungkan dengan satu lagi perkara yang sering disebut oleh Nik Aziz kebelakangan ini - mengenai semangat perkauman Melayu, Cina dan sebagainya, di mana perkara tersebut tidak ada atau tidak diiktiraf oleh Islam. Tidak ada semangat perkauman dalam Islam. Yang ada hanya semangat Islam, tanpa mengira apa bangsa dan apa keturunan pun dia.

Demikian jugalah dengan semangat atau ideologi kebangsaan/nasionalisme itu. Apabila kita benar-benar memahami dan menerima Islam sebagai cara hidup dan satu-satunya cara hidup kita, yang menjamin kesejahteraan kita di dunia dan akhirat, maka dengan sendirinya tertolaklah apa pun cara hidup yang lain selain Islam. Nasionalisme atau kebangsaan pun menjadi tidak relevan lagi.

Itulah hakikatnya. Tetapi bukan senang orang hendak memahami dan menerima hakikat itu. Nik Aziz sudah berusaha memberi kefahaman itu, dengan dia selalu membuat kenyataan mengatakan Umno menolak Islam dan menerima kebangsaan. Namun orang seperti tak mengambil kesah akan kenyataan yang diulang-ulangnya itu. Nik Aziz pun melangkah lagi selangkah ke depan, dengan menyebut Umno sebagai ajaran sesat.

Maka melentinglah orang Umno mendengar kenyataan yang pahit walaupun benar itu, hingga mereka bertindak membuat laporan polis. Tok Guru Nik Aziz menyambut langkah mereka, dengan membuat tawaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Dia serius. Dia menghantar surat rasmi pada 2 Julai.

Sama ada Najib menerima atau tidak tawaran Tok Guru Nik Aziz itu, sesungguhnya Nik Aziz telah mengambil langkah yang bijak. Bahawa ada sesuatu yang penting, yang perlu diperdebatkan dengan pimpinan Umno. Bahawa ada suatu kesalahan akidah dalam dasar perjuangan Umno. Perkara ini serius, tak boleh ditangguh-tangguh lagi.

Marilah kita berdepan, untuk mencari penyelesaiannya secara gentleman. Ini perkara akidah. Orang-orang yang berpengetahuan agama dalam Umno, tolonglah bersuara dalam perkara yang sangat penting ini. Cukup-cukuplah bermain dengan hal-hal keduniaan. Ini hal akidah, marilah kita hadapi dengan keinsafan.

Sama ada Najib dan para pimpinan atasan Umno bersedia untuk menghadapi perkara akidah yang serius ini atau tidak, tak mengapa. Kerana selain mereka, ada lagi pihak yang perlu diutamakan, iaitu rakyat yang ramai. Najib dan pimpinan Umno tak mahu berdebat, biarlah mereka. Tetapi rakyat ramai perlukan 'debat' ini. Rakyat ramai perlu disedarkan akan hakikat ini. _

Beautiful but dangerous... .

Beautiful but dangerous... .

















Blog Widget by LinkWithin