Search This Blog

Saturday, August 15, 2009

Agama, bangsa dan tanah air

Oleh : Nash Ar-Rawy

Hanya Islam yang bisa menyelamatkan bangsa dan tanah air. Orang bukan Islam bisa saja menghina Islam apabila para pemimpin umat Islam celupar sekali mulutnya mempertikaikan kebenaran Islam. Ini adalah pengkhianatan agama dan jenayah agama yang telah di lakukan oleh pemimpin umat Islam yang berfahaman sekular nasionalis.

Di dada akhbar pernah acapkali pemimpin sekular nasionalis mengatakan bahawa hukum Islam tiada sesuai untuk masyarakat majmuk dan Hudud hanya ada satu peratus sahaja di dalam Qur’an. Penghinaan ke atas hukum Islam ini dilakukan sendiri oleh para pemimpin sekular nasionalis . Justeru itu, tiada menghairankan jika pemimpin hindu menyatakan , “ Kerajaan juga yang bikin jalan raya! Qur’an apa boleh buat ? Disambut dengan tepukan gemuruh dan ketawa oleh hadirin di kalangan puak nasionalis sekular.

Ramai di kalangan mereka yang kurang asam dengan tuhan ; sedangkan perbuatan yang terkutuk itu boleh membatalkan tauhid dan rosak syahadah. Para mufti, IKIM , Pusat Islam dan sebagainya tiada berani menegaskan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah kerna takut kehilangan kerusi empuk yang diduduki. Akibahnya, berlakulah pengkhianatan yang ketara ke atas kesucian agama Islam yang dilakukan oleh para pemimpin negara.

Bahkan, allahyarham bekas Mufti Selangor yang tegas dengan obligasi agamanya di pecat hanya kerna menggezetkan fatwa mengharamkan gadis Islam menyertai pertandingan ratu cantik dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang terlibat justeru kerna memang ada peruntukan undang-undang serta mengarahkan tindakan yang sama di ambil ke atas wanita Islam yang bekerja di The Ship sebagai pelayan minuman keras.

Sesungguhnya pengkhianat agama dan penjenayah agama adalah makhluk perosak yang lebih jahat dan hina daripada pengkhianat bangsa dan negara kerna semuanya berpunca daripada fahaman dan pegangan yang sesat . Yakni, perjuangan assobiyyah atau kebangsaan yang sama sesatnya dengan komunis.

Justeru itu, tiada hairanlah biasiswa yang pernah dini’mati oleh semua pelajar Islam bumiputera di hapuskan sekalipun iannya mengkhianati peruntukan yang sediada dalam perlembagaan persekutuan. Penderhakaan yang sebenar yang dilakukan ke atas institusi raja juga di khianati oleh puak nasionalis sekular ini apabila kuasa imuniti raja dihakis oleh mereka. Bukankah ini suatu pengkhianatan yang nyata yang di lakukan oleh puak nasionalis sekular yang cuba dialihkan kepada orang lain. Sendiri yang menjadi pencuri tetapi berteriak di khalayak , “ Pencuri! Pencuri ! Pencuri “ .

Pulau Pinang dan Pulau Singapura pernah dikuasai oleh penjajah British hasil daripada penjanjian dengan Sultan Kedah dan Johor. Akan tetapi, setelah merdeka , almarhum Profesor Dr. Burhanuddin Al Helmy pernah menyusulkan agar kedua- dua pulau itu dikembalikan kepada pemerintahan beraja iaitu kepada jajahan takluk Sultan Johor ( Singapura) dan jajahan takluk Sultan Kedah ( Pulau Pinang ) yang di tolak oleh Tunku; justeru kerna Malaysia sudah pun merdeka dengan British; yang sekaligus segala perjanjian lama terbatal dengan sendirinya bagi negeri yang sudah merdeka. Sekarang, siapa yang sebenarnya meneruskan agenda dasar pengkhianatan ke atas agama , bangsa dan tanahair.

Anak bangsa yang kecundang di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerna pembelajaran di dalam bukan bahasa ibunda tetapi di dalam bahasa penjajah . Yakni, bahasa Inggeris di tangguhkan bukannya di mansuhkan terus, kerna demi menjaga periok nasi para kroni pemegang kontrak yang lebih utama daripada masa depan dan pembelajaran anak bangsa yang menelan belanja RM 5 Billion dihabiskan .

Saham-saham yang di khususkan kepada bumiputra di sapu-habis oleh beberapa kerat suku –sakat kroni Umnoputra yang sepatutnya di berikan kepada persatuan dan pertubuhan bumiputra . Tetapi, digunakan untuk mengkayakan Tan Sri dan Datuk Sri bukannya golangan marhein. Inilah kerja puak-puak nasionalis sekular yang menipu bangsa sendiri( Melayu ) meneruskan agenda pengkhianatan mereka dengan menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan tuhan kepada mereka.

Peruntukan perkapita sekolah agama rakyat dinafikan kerna di khuatiri akan melahirkan ramai lagi pejuang –penjuang Islam yang silih berganti. Bukankah ini satu lagi agenda pengkhianatan yang berterusan di lakukan oleh mereka yang cuba membendung dan mengekang perkembangan Islam di negara ini.

RM 1Billion yang sepatutnya menjadi hak rakyat Trengganu hasil pendapatan petronas, iatu sebayak 5% kepada kerajaan negeri di nafikan . Tetapi , boleh pula di salurkan kerna UBN yang memerintah. Di manakah hak orang Islam sebelum ini yang di nafikan dan di manakah konsep federalisme kerajaan pusat ? . Yang paling mutakhir, penafian hak rakyat Kelantan RM 1 Billion; peruntukan petronas 5% kepada rakyat Kelantan ( Kerajaan Negeri ) . Umat Islam sekali lagi dianiayai oleh agenda dan dasar pengkhianatan UBN yang berterusan sehingga kini, dulu dan akan datang.

Pembunuhan umat Islam di Memali merupakan satu lagi detik sejarah yang ditinta dengan darah umat Islam yang dizalimi. Para syuhda’ ini mendapat iktiraf Al Sultan Kedah yang mengziarahi kuburan mereka . Puak ekstremis nasionalis ini masih lagi terhutang dengan perbuatan khianat mereka kerna sehingga kini , mereka yang terlibat dengan trajedi Memali tiada bisa dibuktikan bersalah di mahkamah . Siapakah sebenarnya pengkhianat agama, bangsa dan tanah air ?

Semua bangsa terlibat sebagai demonstran Anti- ISA , tetapi hak perlembagaan mereka dinafikan . Lebih kurang 500 para demonstran di tangkap. Ramai yang di aniayai dengan semburan gas pemedih mata dan pancuran air bercampur asid. Ini lah gambaran Satu Malaysia yang bermula dengan pengkhiatan ke atas peruntukan perlembagaan yang membenarkan kebebasan bersuara dan perhimpunan secara aman.

Hentikankan propaganda pembohongan puak nasionalis sekular ini kerna rakyat sudah celik politik bukannya hidup di era tahun 60an atau 90an , tetapi di zaman siber yang luas terbuka tidak lagi jumud dan primitif seperti otak-otak nasionalis sekular yang berada di penghujung hayat ; menantikan zaman kejatuhan ibarat roda yang berputar. Sekarang , giliran mereka pula untuk berada di bawah sebagai ketua pembangkang di peringkat pusat dan negeri . Insya Allah Hu Ta’ala.

Bangun dan merdekakan agama, bangsa dan tanah air daripada kongkongan , belenggu dan pengkhianatan demi pengkhianatan yang di lakukan oleh pemerintahan “Neo- Colonialism” : penjajahan bentuk baru yang menjajah agama , bangsa dan tanah air untuk kepentingan segelintir suku-sakat kroni umnoputra yang hidup dengan talian hayat ISA , memperkudakan SPRM, polis, mahkamah dan propaganda media termasuklah RTM milik rakyat Malaysia

Sederhana resepi kelangsungan Pakatan Rakyat

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Untuk menafikan Pakatan Rakyat tidak menghadapi sebarang masalah tentulah tidak munasabah, namun untuk mendakwa ketiga-tiga parti komponennya sering berbalah, sehingga menggugat asas-asas persefahaman, lagilah tidak berasas. Begitulah adat dan kelaziman permuafatan politik, pasti ada yang mudah terguris dan terusik



Di samping ada prinsip utama yang dipersetujui bersama, tentulah masih berbaki perbezaanpendapat yang memerlukan darjah toleransi yang tinggi, sikap berlapang dada dan dingin kepala, keutamaan mematuhi janji, dan tidak juga melupakan masih perlu elemen tegur-menegur dan kritikan membina. Bagaimanapun rasa syak wasangka dan prejudis hendaklah diminimumkan. Pakatan bukan seperti BN, yang menutup ruang bicara parti komponen atau pemimpin yang tidak berpuas hati, atas asas keputusan ketua adalah muktamad.

Sejarah penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat menjelang pilihan raya umum 1990 mungkin tidak begitu kompleks berbanding pembentukan Barisan Alternatif pada 1999. Parti yang dikatakan "berlainan kutub", PAS dan DAP, mencipta sejarah ketika itu apabila dapat bersama dalam BA, berkongsi manifesto, namun ia tidak kekal lama apabila DAP menarik diri ekoran isu Negara Islam.

Senario itu mudah difahami memandangkan usia BA masih muda dan pemimpinnya mungkin mudah terangsang dengan provokasi nakal bikinan Umno-BN. Lagipun hanya PAS kelihatan "paling beruntung" dalam pilihan raya umum ke-10 itu, meninggalkan DAP dalam kedukaan dan KeADILan yang belum berjaya mengasaskan tapak yang kukuh.

Tsunami politik Mac 2008 memang mengejutkan. Rakyat yang sebelumnya agak diam - tidak sepertimana riuh-rendah kebangkitan reformasi September 1999 - memanfaatkan sepenuhnya peti undi. Kemenangan paling gemilang April 2004 hilang begitu sahaja sehingga memaksa Abdullah Ahmad Badawi berundur lebih awal daripada pelan asal. PAS, KeADILan dan DAP, yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat, masing-masing hampir seimbang mencapai kemenangan.

Lebih penting, setiap parti berpeluang menerajui kerajaan negeri, misalnya PAS di Kedah, DAP di Pulau Pinang dan KeADILan di Selangor, malah eksperimen 10 bulan di Perak begitu menarik dan mahal harganya terutama dalam konteks hubungan PAS-DAP. Dan semua ini merupakan pengalaman paling berguna untuk memperkukuhkan lagi persefahaman sehingga masalah-masalah dalaman yang timbul tidak mudah untuk meretakkan Pakatan.

Maka, isu-isu seperti arak di Selangor dan babi di Kedah, mungkin di peringkat awal nampak kalut tetapi dengan mudah dileraikan secara bijaksana oleh pemimpin Pakatan. Saya yakin aktivis Pakatan tidak akan memandang remeh kuasa rakyat yang kini sudah mempunyai "pilihan dalam pilihan raya", yang seterusnya memperkukuhkan lagi konstruksi sistem dua parti gabungan di Malaysia. Anwar Ibrahim ada mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tidak perlu terlalu banyak karenah atau perbicaraan di kalangan penyokong yang mudah ditafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif."

Masyarakat boleh memahami karenah media talibarut (istilah Zulkifli Yahaya) yang cepat menangkap peluang untuk mengadu-domba parti-parti seteru BN, tetapi mereka tidak akan memaafkan jika harapan besar rakyat yang ditunjukkan dalam pilihan raya 2008 dikhianati apabila kepentingan umum diketepikan, hal peribadi dan kelompok pula yang diutamakan. Janji-janji reformasi harus ditunaikan, selain gaya hidup pemimpinnya - walaupun sudah berkuasa - mesti kekal sederhana dan dekat dengan degup jantung rakyat.

Rumusan pensyarah sains politik UKM, Muhamad Nadzri Mohamed Noor dalam bukunya, Politik Malaysia di Persimpangan; Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari (2009) menarik untuk direnungi: "Pembentukan Pakatan adalah satu respons pragmatik parti oposisi terhadaptrend perilaku pengundi dalam PRU 2008. Yakni, tindakan masyarakatlah yang memungkinkan Pakatan terbentuk. Di kalangan mereka terdapat pengundi yang muak, memprotes cara urus tadbir BN dan mengharapkan persekitaran kehidupan diubah kepada yang lebih kondusif dan lestari. Kejayaan Pakatan ... mungkin bukanlah satu sokongan yang benar-benar solid ... tidaklah lahir daripada sokongan pengundi tegar ... sebaliknya dibantu sokongan pengundi atas pagar dan penyokong BN yang memprotes. Sokongan dalam bentuk ini agak mudah dialihkan atau ditarik balik oleh pengundi di kemudian hari."

Oleh itu, bagi Nadzri, Pakatan mestilah benar-benar melaksanakan alternatif yang yang sedia ada, terutama janji-janji pembaharuan dalam PRU 2008 dan siri pilihan raya kecil berkenaan dengan keadilan, ketelusan, urus tadbir bersih, bertanggungjawab, responsif dan merakyat. Kedua, parti-parti Pakatan mesti bijak untuk bersederhana dalam merencana dan melaksanakan perjuangan bagi mengekalkan keberlangsungan pakatannya.

UMNO Serang Anwar Dan Nik Aziz Untuk Lemahkan Pakatan Rakyat

nampaknya, Umno menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai target serangan mereka akhir-akhir ini. Tokoh penyerang utama adalah tidak lain dari Timbalan Presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Ramai yang bertanya, kenapa Nik Aziz? Kenapa bukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Bagi saya, jelas sekali Umno sedar bahawa faktor penyatu utama Pakatan Rakyat sekarang adalah Nik Aziz di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai operator utamanya. Bolehlah diumpamakan, Nik Aziz adalah Pengerusi manakala Anwar adalah Presiden Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat adalah pesaing dan pemangsa kepada kedudukan Barisan Nasional (BN) kini. Servival politik BN terletak kepada sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat. Untuk membolehkan BN terus kekal, walau dengan apa cara pun, pakatan di kalangan PAS, PKR dan DAP ini perlu dirungkaikan.

Inilah usaha yang sedang dibuat BN sekarang. Pecahkan Pakatan dengan cara melaga-lagakan sesama mereka atau menjatuhkan mana-mana pihak yang menjadi faktor penyatu kepada mereka.

Saya yakin, sebagai pemimpin nombor dua parti yang akses kepada semua aparatus negara, Muhyidin sedar, kekuatan Pakatan adalah pada Nik Aziz. Jadi kalau mahu diruntuhkan Pakatan, Nik Aziz perlu dihancurkan dulu di samping Anwar.

Bertitik tolak dari sinilah, kedua-dua tokoh Pakatan ini menjadi sasaran Umno siang dan malam. Terbaru, Muhyidin menghalakan serangannya kepada Nik Aziz ekoran kenyataan Nik Aziz mengenai DAP.

Muhyidin sedar, selagi Nik Aziz mempertahankan tindakan DAP, selagi itulah Pakatan Rakyat akan mantop, kalau boleh saya pinjam ungkapan anak-anak muda sekarang.

Terlalu banyak contoh kenapa kesimpulan ini diambil. Apabila Setiausaha DAP Perak, Nga Koo Meng membaca beberapa surah ayat Al Quran, Umno marah. Kononnya ia menghina Islam. Mufti Perak, yang menjadi penyokong tegar Umno itu juga mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap Nga.

Namun, apabila Nik Aziz bersuara sahaja dan menyokong Nga, semua senyap sepi tidak berani melawan hujjah Nik Aziz.

Sebelum itu, apabila isu kerajaan perpaduan datang, semua para penyokong Pakatan Rakyat bimbang kalau-kalau ia sama sahaja dengan isu muzakarah iaitu PAS mahu bekerjasama dengan Umno untuk kepentingan Melayu dan Islam. Para penyokong DAP paling resah selain orang Cina dan India yang menyokong Pakatan.

Menyedari hakikat ada mesej negatif yang dihantar dari isu ini, Nik Aziz cepat-cepat menolak agenda kerajaan perpaduan. Bagi beliau, idea mungkin baik tetapi tidak sesuai dengan masa ini.

Siapakah yang paling lega dengan kenyataan Nik Aziz ini? Tidak lain dan tidak bukan rakan-rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat yang bimbang PAS meninggalkan mereka untuk bersama Umno. Perginya PAS bermakna hancurlah Pakatan Rakyat sebagaimana hancurnya Barisan Alternatif sebelum ini.

Terkini, isu penjualan arak di Selangor. Isu asalnya adalah kebimbangan ramai orang Islam di negara ini dengan langkah penjualan arak 24 jam melalui kedai 7-Eleven. Mereka merasakan, menjual minuman keras di luar waktu biasa (8 pagi - 10 malam) boleh menjerumuskan remaja dan orang dewasa Islam ke kancah minuman keras. Ini kerana, selemah-lemah orang Melayu dengan agamanya, dia akan malu untuk membeli atau meminum arak di depan orang ramai. Jadi, waktu selepas 12 malam, ketika orang ramai tidur, digunakan untuk membeli dan meminumnya.

Apabila PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya membangkitkan isu ini, ramai para pemimpin DAP berhujjah pandangan PAS Selangor itu terlalu berlebihan. “Nik Aziz pun tak buat macam itu di Kota Bharu,” kata mereka.

Maknanya, mereka boleh menerima pendekatan pengawalan penjualan arak yang dibuat Nik Aziz di Kota Baru yang dinamakan bandaraya Islam itu. Tetapi, mereka tidak boleh menerima sesetengah idea yang dikemukakan pemimpin PAS di Selangor yang bagi mereka terlebih dari apa yang dibuat Nik Aziz sendiri.

Sebelum isu arak ini, di dalam PAS sendiri berlaku juga pertembungan antara sekolah pemikirannya. Apabila sekumpulan pemimpin muda PAS mahu parti Islam itu mengambil pendekatan yang sederhana dan realistik dalam melaksanakan idea Islamnya, mereka telah digelar kumpulan Erdorgan.

Yang dilabelkan sebagai pemimpin kumpulan Erdorgan ini adalah Datuk Husam Musa. Walaupun kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, Husam tetap menjadi idola ramai anak muda. Bagi mereka, inilah pemimpin masa depan negara.

Dan Husam adalah dikira anak didik Nik Aziz. Sebagaimana Nik Aziz, Husam bertegas, jika PAS mahu ke hadapan dalam memimpin negara ini, PAS perlu menggantikan Umno bukannya bekerjasama dengan Umno. Jika bekerjasama dengan Umno bermakna, PAS akan sentiasa di tempat kedua kepada Umno.

Apa yang Husam buat dianggap satu pemikiran dengan Nik Aziz. Inilah yang sangat tidak disenangi Umno.

Apabila Umno seolah-olah sampai ke peringkat gila talak untuk berbaik-baik dengan PAS, Nik Aziz dan Husam menjadi rakan (sparring partner) dalam menolak agenda Umno itu.

Inilah kekuatan Nik Aziz. Dia sudah menjadi icon Pakatan Rakyat. Beliau menjadi faktor penyatu Pakatan Rakyat. Jadi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, Nik Aziz perlu dijatuhkan terlebih dahulu. Bagi saya, inilah yang berlaku sekarang dan akan terus dilakukan Umno yang sudah kecewa selepas ‘pinangan’ mereka terus-terusan ditolak PAS hanya kerana Nik Aziz. -Zulkifli Sulong

Ulama’ Yahudi Isytihar Puasa Untuk Halang H1N1

oleh Ibnuyaacob

shofar

Hari Rabu akan datang iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.

Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.

Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.

Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.

Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.

Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.

Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi

Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.

Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.

Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.

Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.

Tanda-Tanda Syahid Lagi-Lagi Muncul Pada Jenazah Air dan Eko Peyang




Kalimat takbir, Allahu Akbar, menggema di kampung Brengosan menyambut kedatangan janazah Air Setiawan dan Eko Peyang. Doa para warga dan pendukungnya seperti yang tertulis dalam spanduk di depan rumah duka seolah tak bertepuk sebelah tangan. Betapa tidak, kedua "syuhada" tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan sabilillah. Tanda inipun mengingatkan pada trio syuhada Bom Bali.

Muslimdaily.net memperoleh laporan dari beberapa kerabat dan saksi mata yang telah melihat kondisi kedua jenazah.

Berikut adalah bukti dan persaksian kepada Muslimdaily di lapangan.
  1. Salah satu pelayat menyaksikan ketika keranda jenazah masuk, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan.
  2. Terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di tubuh keduanya. Keluarnya keringat ini sama seperti seseorang yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan, ingat !!! mereka berdua sudah enam hari meninggal.
  3. Aliran darah juga terlihat keluar dari telinga dan kepala jenazah seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka.

[muslimdaily.net]

Friday, August 14, 2009

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat

Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.

"Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."

Hari ini, dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak daripada lima kes - jumlah keseluruhannya 56 kes.

Dr Mohd Ismail menambah, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

7 Eleven memerangkap remaja melayu

Oleh : megat

Salam..,

Baru2 ini adik ipar abang saya (berumur 20thn) dan kawan sekerjanya (berumur 18thn) di tangkap dan sempat la meringkuk dalam lokap 1 malam disebabkan mencuri makanan serta barang2 kecil yang lain di tempat mereka kerja di 7 eleven di area Masjid Jamek, KL. Pada mulanya saya memang malas hendak ambil tahu kes/masalah ini kerana mencuri walaupun nilainya kecil tetap menjadi 1 kesalahan jenayah.

Namun setelah saya berfikir panjang dan melihat kerisauan berhari-hari pada wajah mereka terdetik hati ini hendak menolong namun apa kan daya saya hanya insan biasa yang tidak mempunyai nama dalam politik mahupun nama dalam kementerian pihak berkuasa.

Saya ceritakan serba-sedikit kenapa sedaya upaya saya untuk membantu mereka. Mereka ini masih kebudak-budakan serta datang dari golongan orang susah. Adik ipar abang saya baru datang dari kampungnya di Sabah dan menumpang dirumah abang saya baru 4 bulan. Abang saya beristerikan orang Sabah dan mempunyai 2 orang anak serta sebelum ini adik perempuannya juga abang saya jaga dan sekolahkan sudah selama 4 tahun dan sekarang menunggu peluang memasuki ke IPTA. Abang saya bukanlah bergaji besar kerana dia hanya tentera biasa sahaja tetapi disebabkan kasihan akan keluarga sebelah isterinya yang terlalu miskin dan daif serta mempunyai adik beradik seramai 12 orang maka dia mengambil adik isterinya sekolah dan tinggal dengannya. Apabila perkara ini berlaku kepada adik iparnya yang baru sahaja menumpang tinggal dirumahnya.. mahu tidak mahu saya lihat abang saya runsing memikirkan kes ini. Kesian pula saya tengok abang saya.

Pada cuti hujung minggu baru-baru ini kawan adik ipar abang saya menumpang saya pulang kekampung secara kebetulan kampungnya jugak tidak la jauh dari rumah parent saya walaupun berbeza daerah.

Apabila saya menghantar dia sampai kerumah tersentuh hati saya melihat keadaan rumah ibubapa dia. Hanya sebuah rumah buruk yang tunggu masa roboh dek kerana di makan anai-anai. Rumah dia jauh terletak kedalam kampung di kawasan sawah. Tersedu perasaan saya melihat keadaan mereka. Jadi saya rasa tak sanggup melihat keluarga sebegini menghadapi masalah lagi yang di lakukan oleh anaknya.

Disini bukanlah tujuan saya hendak membela penjenayah tetapi ingin saya membantu mereka menyelesaikan kes ini secara atas belas kasihan sebelum nama mereka dibicarakan di mahkamah nanti.

Sebelum itu saya pernah bertanya kepada pegawai polis dimana mereka di lokapkan samaada boleh atau tidak kes ini diselesaikan sebelum menyenaraikan nama mereka sebagai rekod penjenayah. Dan polis mengatakan boleh namun hendaklah pihak si lapor menarik balik laporannya.

Selepas dari itu saya pergi ke bekas tempat mereka berkerja dan berjumpa dengan SM (Store Manager) yang membuat laporan. Pada mulanya terkejut jugak saya kerana title manager itu hanya seorang perempuan yang hanya berumur 24 thn. Saya berbincang baik dengan dia dan saya bertanyakan kenapa pihak 7 eleven tidak memberi amran keras melalui percakapan atau berbentuk surat kepada mereka barulah di susuli laporan polis jika mereka masih melakukan kesalahan. Dimana dia mengatakan pihak 7 eleven ada bukti kukuh unutk menyabitkan mereka berdua ini mencuri semasa berkerja. Dan saya bertanya barang apa yang mereka ambil? Dan jawapannnya hanya nasik lemak dan sosej serta topup hp. Mereka tidak mencuri wang pun.

Saya tahu salah tetap salah namun kerana kes yang sebegini mendung masa depan budak2 ni. Saya tanya lagi kenapa mereka berdua kata ramai lagi yang buat perkara macamni tapi mereka tidak di tangkap? Adakah kerana mereka berdua ini baru berkerja manakala mereka ini protege2 yang tidak sebulu dengan awak maka awak melaporkan cuma mereka berdua saja? Dan jawapannya lagi sebenar dia sudah buat laporan semua yang melakukan kesalahan dan hanya menunggu masa untuk ditangkap.

Dan dia berkata lagi perkara sebegini sudah menjadi perkara biasa yang berlaku dimana-manapun di setiap 7 eleven. Terfikir hati saya bertapa ramai budak anak2 muda melayu yang secara totalnya berkerja di 7 Eleven. Dan mereka2 ini di gelapkan masa hadapan mereka dengan perbuatan kes mencuri di tempat kerja seperti ini. Malang sungguh nasib mereka. Dia berkata lagi sebenarnya salah adik ipar abang saya juga kerana bercerita tentang mekanan yang diambilnya di kawan2 nya yang berkerja di 7 eleven bangunan lain. Di mana mereka2 ini pun seperti dia. Namun malang adik ipar abg saya apabila kawan2nya di 7 eleven lain bercerita ke SM mereka dan SM mereka memberitahu kepada SM adik ipar abang saya. Setelah di tanya dan dia mengaku maka adik ipar abang saya pula mengaitkan kawan2 di tempat kerjanya.

Persoalannya kenapa SM lain tidak membuat tindakan seperti dia terus melapor kepada pihak polis? Mungkin kerana ada diantara mereka yang masih boleh berfikir matang serta tidak mengikut perasaan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Kerana hal sebegini melibatkan tentang masa depan mereka.

Sempat juga saya berceramah kepada SM tu dan mengatakan tak kisah samaada umur awak 23thn ke, 42thn ke mahupun 18 tahun..namun apabila memegang jawatan yang tinggi dan berada di atas kenalah berfikir secara matang dan bertindak mengikut akal kewarasan dan bukan mengikut emosi. Sekurang-kurangnya adu kepada pihak tertinggi di 7 Eleven dulu di HQ dan memberi mereka amaran keras terlebih dahulu. Ini seolah-olah satu perangkap untuk memendungkan masa depan anak2 muda melayu dengan rekod jenayah yang patut boleh diselesaikan cara lain yang lebih baik lagi.

Namun SM itu tidak dapat berbuat apa2 kerana kes ini sudah sampai ke pihak HQ. Maka dia tidak boleh membuat keputusan untuk menarik balik laporan itu. Maka di suruhnya saya berjumpa dengan FM (File Manager) di HQ.

Saya menalifon FM dan FM mengatakan pula kena rujuk kes ini kepada bosnya pula.

Namun sebelum itu saya bertanya lagi soalan yang sama kepada beliau kenapa tidak memberi sebarang surat amaran kepada mereka sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis? Dan jawapannya pihak dia ada bukti kukuh mengatakan mereka ini mencuri. Dan di dalam Appoinment Letter yang dorang tandatangan semasa mereka bersetuju hendak berkerja tertulis mereka akan di dakwa jika mencuri. Wah! Cukup senang mereka mencari jalan penyelesaian.

Namun saya kata kepada dia saya tahu mereka mencuri memang salah..itu memang tidak dapat dinafikan. Namun kita haruslah bertimbang rasa dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ini tidak..seolah-olah memasang perangkap. Sudah lah adik abang saya berkerja selama 1 bulan setengah tidak dapat gaji langsung. Ini salah satu faktor utama kenapa mereka mencuri. Mereka2 ini bukan berduit. Nak cari duit tambang nak pergi kerja pun pinjam duit kat orang. Harapkan gaji masuk untuk menampung hidup cukup2 untuk sebulan namun tak jugak dapat2 hampir 2 bulan. Pastu banyak pulak alasan yang 7 eleven buat mengatakan dorang buat bank akaun lambat la.., admin sekarang problem so byk kawasan pun tak menerima gali lagi. Sampai skang dorang ni tak dapat gaji satu senpun dari 7 eleven sepanjang mereka kerja disana. Sedangkan mereka berdua bercerita dorang punya OT lebat jugak. Takkan 7 eleven yang mempunyai nama kukuh di dunia dan Bos nya tergolong orang paling kaya di Malaysia nak buat taik carik duit lebih macamni kot..

Dengan apa yang saya tulis ini bukanlah tujuan saya hendak membela yang bersalah namun saya kesal cara pihak 7 Eleven menyelesaikan kes pekerja secara tidak perikemanusiaan dan bertolak ansur. Jika di biar begini saban hari ada sahaja anak2 muda melayu di senarai hitamkan sebagai penjenayah didalam rekod polis.

Rata-rata yang berkerja di 7 eleven ini masih muda lagi. Jika benar sekalipun banyak kes kecurian yang berlaku dari pekerjanya maka carilah inisiatif lain untuk membendung aktiviti begitu daripada berlaku. Kaji balik bagaimana supaya tidak wujud kes kecurian olah perkerja sendiri. Bukan cara dah jadi baru hapuskan. So perkara-perkara begini akan sentiasa berlaku tanpa henti kerana tidak ada pencegahan awal.. yang ada Cuma perangkap..Yang rugi nanti adalah anak-anak muda melayu yang baru mahu mengenali dunia perkerjaan.. .

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang 7 eleven ni teruk. Kawan saya ada berkerja di sana. Kesian saya tengok dia. Tak ada live langsung. Kerja dr 7 pg sampai 7 mlm. Balik kerja mandi, makan dan tidur. Esok pg rutin yg sama. Kalau kerja mlm pun macam tu. 7 mlm sampai 7 pg. balik rumah tidur sampai ptg. lepas itu bangun pergi kerja semula. Gaji tak banyak mana. Tiap2 bulan tak pernah cukup duit. Kerja pun meletihkan. Cuti pun susah nak dapat.

al amin ahmad berkata...

salam sejahtera YB,
saya salah seorang mangsa aniaya 7 eleven pada tahun 1996..kisah yang menjadi pengajaran buat saya agar tidak mempercayai orang selain dari diri sendiri..sehingga sekarang sesiapa pun yang mendampingi saya sebagai rakan atau kawan atau sahabat tidak akan mendapat kepercayaan penuh dari saya.

Kisahnya simple, saya mendapat kerja di 7E ketika zaman ekonomi mula gawat yang mengakibatkan ramai yang hilang pekerjaan. Syukur Alhamdulillah bila dapat kerja di 7E tatkala saya baru berhenti kerja kilang di kawasan Pandamaran, KLANG(merantau mengikut keluarga kakak saya ke sana).saya mendapat kerja di cawangan 7E Taman Selatan, Klang.

Pada mulanya saya bekerja sebagai pekerja biasa, memang seronok walaupun terpaksa kerja shift yang panjang. Supervisor, SM, dan Boss Cawangan memang baik sangat dengan saya...kiranya ajaib sekali 3 hari saya bekerja di situ sudah di lantik sebagai SUPERVISOR, dan supervisor yang lama di naikkan ke SM.Pemegang jawatan yang lama berhenti kerja kerana di tuduh mencuri wang...pada ketika itu saya hairan jugak kenapa orang sebaik ex-SM sanggup mencuri?saban hari saya bekerja, saya memohon cuti 2 hari untuk pulang ke kampung bersama keluarga kakak saya setelah mendapat duit gaji yang pertama selama seminggu.
Bila sekembalinya saya ke Klang, pada malamnya saya mahu kembali bertugas di shift malam..sebelum masuk kerja, lepak makan malam di kedai makan sebelah 7E tersebut. Salah seorang rakan yang kerja di 7E jugak ajak saya berhenti kerja..saya hairan jugak kenapa dia beria-ia ajak saya balik dan berhenti? Walhal saya seronok bekerja di situ..rakan saya ketika itu memberitahu dia telah pun berhenti kerja sehari sebelumnya..bertambah hairan saya ketika itu..

al amin ahmad berkata...

saya terus kembali bertugas..apa yg menghairankan saya, memasing pekerja termasuk SM memberi riak muka yang semacam...sejam selepas saya bertugas..geng2 bos cawangan dan SM menyerbu masuk 7E dan memaksa saya ke bilik stor..saya jadi terkejut dengan tindakan kasar mereka...saya di paksa mengaku pecah amanah RM20,000! mereka ugut mahu membelasah saya, di paksa menandatangani surat yang menyatakan saya mengaku saya pecah amanah RM20,000..Dalam kekalutan tersebut saya tetap tidak bodoh..saya tandatangan jugak tetapi no kad pengenalan saya tulis tak betul..bila saja saya tandatangan surat tersebut, tetiba ja ada anggota polis yang datang mahu bawak saya ke balai polis KLANG..untuk sedapkan hati saya yang mula mempersoalkan tindakan mereka dan mahu menghubungi keluarga saya, geng2 7E memujuk saya kata pi balai sekadar mahu membuat statement sahaja..

sesampainya saya di balai polis Klang,mata saya mula liar, sebab saya memang dari kecil telah banyak di beri nasihat untuk simpan dalam memori sebanyak yang mungkin jika berlaku sesuatu kejadian. Saya dapat lihat depan mata saya pegawai polis (inspektor) yang ada bersama anggota yang lain sudah pun bersedia di ruang depan balai polis.Dan pada ketika itulah saya sempat menyaksikan pegawai polis tersebut menerima wang dari pihak 7E serta anggota2 polis yang menerima bungkusan (maybe benda makan) dari 7E.

al amin ahmad berkata...

saya di soal siasat dan terus di bawa masuk ke dalam lokap tanpa sebarang pertuduhan yang jelas. Tetapi seorang anggota polis berpangkat sarjan (SINGH) yang menyiasat latarbelakang saya terkejut yang abang ipar saya adalah seorang pengurus bank yang telah meluluskan pinjaman peribadi beliau. Dan Sarjan ni memberi peluang saya untuk menelifon kakak saya untuk memberitahu kejadian tersebut.

Kejadian ni memang mengejutkan keluarga saya. bayangkan mak dan abah saya malam tu jugak dari alor setar datang ke Klang..abang ipar saya sempat datang ke balai malam tersebut..setelah mendengar cerita dari saya, abang ipar saya menasihatkan agar saya bermalam di lokap.

inilah kali pertama saya mengenali LOKAP.pengalaman memang ada manis dan pahit..disebabkan saya terlalu muda (lepas SPM)..saya menjadi perhatian OKT2 yang ada dalam lokap..saya di letakkan di sel bersama orang melayu sahaja..sebab bila buh bercampur..kira nak bergaduh ja melayu(termasuk indonesia) dengan geng OKT india. yang bertambah menarik..geng OKT yang memang memasing kesalahan menakutkan saya, mereka paksa saya solat Isyak!bagi mereka saya tak sepatutnya ada dalam lokap ni dan tak sepatutnya saya lupa pada ALLAH..dan mereka membuat pagar manusia ketika OKT india cuba mengganggu solat saya dengan menyimbah air dan memacam lagi, tetapi di tenangkan oleh anggota polis yang bertugas..tambahan pulak saya seorang yg peramah..memang mudah dapat kawan(tak semestinya kawan dengan orang jahat kita mesti jadi jahat)..banyak pengalaman hidup mereka yang saya dapat dengar..memacam jenayah yang mereka lakukan..tapi tak serik!

al amin ahmad berkata...

Pada keesokannya hampir keseluruhan keluarga saya hadir di balai..kiranya pertuduhan pada saya pada mulanya ialah pecah amanah 7E bernilai RM20k, pastu turun RM15k, pastu RM10k, pastu RM5k...sampailah pertuduhan jadi ke hanya mencuri barangan 7E.Dan bukti surat pengakuan saya pun tidak dapat digunakan sebab no kad pengenalan saya yang salah...
kiranya, Inspektor yang pegang kes saya berapa kali kena cekak lehernya oleh keluarga saya (semua anggota PDRM jugak, termasuk arwah pakngah saya yang jadi sarjan mejar di pulapol yang jugak cikgu kepada inspektor tersebut).mereka memang tak percaya saya ni pecah amanah..yer la..budak macam saya yang tak pernah ada rekod jenayah atau kesalahan mencuri..tetiba jadi camtu...

Saya menceritakan apa yang terjadi termasuklah kejadian rasuah yang di berikan oleh geng 7E dekat family saya.....akibat dah pecah lobang...inspektor tersebut berjanji akan gugurkan kes tersebut dalam masa yang terdekat..dieorang tak leh gugur serta merta kes tersebut kang nampak sangat ada yg tak kena..
kiranya reman terhadap saya selama 9 hari amat memeritkan..memang makan minum sentiasa di beri..tapi bila hidup di kalangan penjenayah2 dan terkurung..memang perit..akibat tidur atas simen lokap, pinggang saya sakit (sampai sekarang)..
Hari ke9..saya di lepaskan setelah kes digugurkan..walaupun keluarga saya di offer agar buat laporan polis terhadap apa yg geng 7E lakukan..saya menolak..sebab bagi saya..dekat dunia depa leh la lepas...kat akhirat nanti...takkan ALLAH nak biarkan orang camtu terlepas...

al amin ahmad berkata...

ketika hendak di lepaskan, inspektor berkenaan memberi penjelasan yang 7E selalu buat tuduhan pecah amanah terhadap pekerjanya agar mereka dapat menuntut pampasan Insurans akibat kerugian mereka..maknanya..dah ramai yg teraniaya sebelum saya..dan tuntutan mereka kali ini tidak berjaya bila inspektor tersebut kata "kes yang OKT silapharibulan mereka tuduh"
Dan alhamdulillah sepanjang saya di Lokap..sekali pun saya tak pernah kena sentuh atau kena pukul oleh anggota polis..
jika 7E beroperasi sejahat sebegini..ramailah yang akan teraniaya oleh mereka...sampai sekarang saya kesian dekat pekerja2 7E..adakah mereka selamat dengan kerja di 7E?

wallahualam

Al Amin Ahmad.

sahabat berkata...

sampai begitu sekali...teruknya... tumpang simpati



http://idhamlim.blogspot.com

Mahu Tengok Zahid Berlaga Dengan Anwar di Permatang Pasir

BELUM tiba hari penamaan calon Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran akan memecat mana-mana ahli Umno yang mensebotaj pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos depan. Katanya mereka yang sebotaj akan dipecat dalam masa 60 hari, dua bulan. Tegasnya juga dia tidak main-main dengan kata-katanya itu



Amboi, amboi beraninya naib presiden Umno seorang ini. Tegas sekali bunyinya. Mendengar kata-kata itu seolah-olah Zahid tidak main-main dalam perjuangan. Seolah-olah dia tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana pengkhianat. Seolah-olahnya dia juga seorang yang berprinsip dan tidak pernah melakukan kesalahan kepada Umno atau mana-mana individu. Baguslah kalau begitu.

Soalnya apakah ahli Umno mendengar kata-kata Zahid itu? Apakah ahli akan akur kepada kata-katanya?

Apabila awal-awal lagi Zahid sudah memberi amaran itu ia memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Semacam sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan. Mungkin Zahid sudah dapat menghidunya.

Kalau begitu lah gayenye (sling Perak sikit) bermakna UBN 'rohak'lah hendak merampas kerusi berkenaan. Kalau sama sendiri sudah mula tunjal menunjal ibarat kata Pas akan menang besar pilihan raya berkenaan. Kenyataan dan gambaran yang diberikan Zahid itu menjadikan Pas tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Sesungguhnya pilihan raya berkenaan penting bagi Zahid untuk menguji sejauh mana wibawanya sebagai ketua Umno Pulau Pinang. Permatang Pasir adalah ujian pertama buat Zahid. Walaupun sudah berlaku pilihan raya kecil di Penanti baru-baru ini, tetapi Zahid terselamat kerana UBN pengecut tidak bertanding dan berselindug disebalik alasan pilihan raya itu sebagai mainan politik PKR. Padahal hakikatnya tidak yakin boleh menang.

Saya rasa bukan saya saja ternanti-nanti untuk melihat pilihan raya Permatang Pasir itu. Tetapi orang lain juga kerana nak tenguk bagaimana Zahid akan ‘berjumpa’ dengan bekas bosnya Anwar Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan. Orang ramai tunggu nak dengar apakah Zahid juga akan turut sama menghirup air liur Muhyiddin untuk mengutuk Anwar sebagai pengkhianat bangsa di Permatang Pasir.

Jika diukur kepada peribadi Zahid kita tidak yakin dia tergamak mengutuk Anwar atau menggunakan isu pengkhianat bangsa itu melainkan dia terpaksa berbuat begitu. Dalam politik selalu berlaku tersalah sangka, orang baik sebenarnya jahat dan orang jahat boleh jadi baik. Sama-sama kita tunggu sebaik saja selesai penamaan calon pada 17 Ogos ini. [wm.kl.11:40 am 13/08/09]

Thursday, August 13, 2009

Hishamuddin Rais: H1N1 Konspirasi Kapitalis Buat Duit

Hishamuddin Rais: H1N1 Konspirasi Kapitalis Buat Duit


hishamuddin

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

  • Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat.
  • Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial.
  • Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi - bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

“There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability”.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.”

“The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin - penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan - inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap - bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

  1. mengurangkan penduduk dunia, dan
  2. menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja - dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan - apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU - akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan - ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran - satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini - atau menganggap ia hanya teori konspirasi - sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

(Dipetik dan disunting dari Malaysiakini.com)

Memahami Konsep ‘One World Government’

oleh Ibnuyaacob

pyramid_dollar

Salah satu agenda terpenting pada awal penubuhan Illuminati ialah memastikan seluruh kerajaan-kerajaan dunia bersatu menjadi One World Government (Satu Kerajaan Dunia). Konsep ini adalah idea utama yang dicanang oleh Adam Weishaupt untuk menarik golongan elit menyertai Illuminati.

Semasa menghasut dan memujuk golongan elit untuk menyertai Illuminati, Weishaupt berhujah bahawa seluruh peperangan yang berlaku di dunia hanya boleh dihentikan jika semua kerajaan-kerajaan bersatu di bawah satu payung pentadbiran sahaja.

Payung itu pula hendaklah dikuasai oleh golongan cerdik pandai yang berlatar belakangkan akademik dan profesional atau ahli ekonomi.

Weishaupt juga berhujah bahawa peperangan yang berlaku di dunia adalah berpunca dari sikap tamak golongan pertengahan dan kerabat diraja yang tidak mementingkan rakyat. Hujah Weishaupt ketika itu memang tepat pada masanya kerana Eropah ketika waktu tersebut sedang berada di zaman kegelapan.

Golongan bawahan dan ahli akademik sememangnya ternanti-nantikan seorang hero yang akan membawa revolusi menghapuskan kekejaman golongan pertengahan dan diraja.

Fakta dan idea yang dibina Dajjal untuk digunakan Weishaupt amat tepat ketika itu, maka dalam masa yang singkat ramai golongan elit teruja dengan idea One World Government.

Perbezaan konsep New World Order dan One World Government

Konsep New World Order (NWO) dan One World Government (OWG) adalah bersumberkan dari pertubuhan yang sama iaitu Illuminati. Perbezaannya hanya dapat dilihat dari segi tarikh pengenalan dan fungsi konsep kedua-dua idea tersebut.

Konsep OWG diperkenalkan selaras dengan penubuhan Illuminati iaitu pada 1776 oleh Adam Weishaupt. Konsep ini diguna pakai oleh Weishaupt untuk dijadikan matlamat penubuhan Illuminati dan objektif kepada gerak kerja masyarakat Yahudi elit.

Konsep NWO pula mengikut teori konspirasi mula diperkenalkan pada 1782 pada cop mohor kerajaan Amerika iaitu The Great Seal of the United States.

The Great Seal yang mempunyai gambar piramid itu juga mempunyai suatu perkataan latin yang ditulis sebagai Novus Ordo Seclorum atau New World Order.

Pada tahun 1935, kedua-dua cop mohor di atas telah dicetak di bahagian belakang wang kertas 1 dollar Amerika. Kemudian pada 11 September 1991, Presiden George H.W. Bush telah mengumumkan perlaksanaan New World Order di persidangan kongres.

Ringkasnya, NWO adalah perlembagaan tersembunyi bagi pentadbiran One World Government.

PBB ialah One World Government

Adakah One World Government yang dicanangkan Illuminati sudah tercapai? YA, ia sudah tercapai sebanyak 70 peratus dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penubuhan amat unik dan sama konsep penubuhannya seperti mana yang dihujahkan oleh Adam Weishaupt apabila ingin menarik orang ramai memasuki Illuminati.

PBB yang ditubuhkan pada 1945 itu diasaskan selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ianya ditubuh khusus untuk menghentikan peperangan antara negara dan memastikan setiap isu diselesaikan melalui dialog (walaupun Amerika sendiri tidak mempraktikkannya).

PBB sebenarnya adalah objek realisasi yang berasaskan konsep One World Government. Ciri-ciri asas sebuah kerajaan ialah ia mempunyai menteri-menteri yang membantunya di bawah setiap kementerian.

Kerajaan pula asasnya mempunyai peringkat Persekutuan dan Negeri. Di dalam PBB, ia berfungsi sebagai Federal Government dan negara-negara yang menganggotainya adalah State Government.

Manakala setiap kerajaan mempunyai tentera tersendiri dan PBB juga mempunyai tentera pengaman tersendiri. Begitulah PBB jika diperhatikan konsep penubuhannya satu persatu dan dibandingkan pula dengan kehendak One World Government.

Cuma yang terkurang di dalam PBB ialah ia tidak mempunyai Ketua Kerajaan sebagaimana sebuah kerajaan biasa yang diketuai oleh Presiden atau Perdana Menteri.

PBB hanya mempromosikan Setiausaha Agung sebagai orang terpenting di dalamnya, manakala soal dasar ekonomi, polisi luar adalah daripada keputusan majlis keselamatan yang dianggotai oleh negara-negara kuasa veto.

Kemungkinan kita perlu lihat nanti negara manakah yang akan mencadangkan bahawa PBB perlu seorang Presiden PBB (Ketua One World Government) dan siapa pula yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi pertama Presdien PBB.

Wallahu’alam…

Khairy Sedang Mencari Lubang Dalam Pembangkang?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEMALAM satu email dari Gerak Anti Korupsi (Gerak) masuk ke box email saya memaklumkan mengenai pembatalan debat antara Ketua Dewan Pemua Pas, Nasarudin Hassan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atas tajuk; Rasuah dan Masa Depan Negara: Di Mana Peranan Pemimpin Muda Politik. Debat itu sepatutnya berlangsung hari ini.



Menurut email tersebut pembatalan itu kerana ianya tidak mendapat persetujuan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Apakah Gerak sebelum menuar-uarkan mengenai perdebatan itu tidak bertanya dulu kepada Khairy sama ada setuju atau pun tidak. Adalah tidak profesional kalau atur majlis tanpa bertanya kepada tuan badan sendiri. Itulah jadi akhirnya, rosak!

Hairan juga saya kenapa Khairy kali ini tidak berminat untuk berdebat? Sebelum ini beliau suka mencari publisiti dan populariti menerusi debat. Apakah beliau takut dengan Nasarudin? Tidak akan terjawab hadith-hadith dan ayat-ayat Quran yang akan dibaca oleh pemimpin muda Pas asal Terengganu itu?


Saya tidak fikir begitu. Kalau dengan bekas naib presiden Pas beliau berani turun ke Kota Bharu untuk berdebat, kenapa dengan Nasarudin pengecut pula. Tidak logik. Apakah dalam perkiraan Khairy ilmu agama Nasaruddin lebih tinggi daripada ilmu agama bekas naib presiden Pas itu? Al maklumlah Nasarudin kelulusan timur tengah.

Atau apakah kerana minatnya kepada Umno ke belakangan ini sudah mengendur selepas tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang. Apakah ini menjadi puncanya maka beliau hilang keghairahan dan hilang keberanian untuk berdebat?

Ataupun juga menantu bekas Perdana Menteri itu malu untuk turun ke gelanggang kerana takut cemuhan Mahathir kepadanya yang menang kerana politik wang menjadi phobia. Khairy takut nanti dalam perdebatan itu ada penonton yang kurang senang dengan hujah-hujahnya akan mengajuk kata-kata Mahathir ke atasnya.


Dalam pada itu ada juga terdengar cakap-cakap senja minat Khairy kepada Umno akhir-akhir agak tawar. Beliau dikatakan kecewa dengan presiden Umno dan mereka yang menguasai parti itu kini. Lantaran itu dalam masa sama beliau dikatakan telah menghubungi orang-orang tertentu dalam pembangkang. Ada yang dihubungi menerusi perantaran dan ada juga yang dikirimkan SMS. Beberapa pemimpin pembangkang ada memaklumkan kepada saya mengenai SMS gannjil dari Khairy.

Seorang pemimpin pembangkang terkejut tiba-tiba beliau disapa Khairy menerusi telefon. Katanya sudah bertahun Khairy melupainya tiba-tiba saja nombor telefonnya diingat semula Khairu. Perbuatan Khairy itu satu mengejutkan kerana tidak pernah dibuatnya sebelum ini.


Tidak diketahui pula apakah maksud dan tujuan dia berbuat begitu? Apakah hubungan itu atas dasar persahabatan dan mengenali tokoh pembangkang itu atau kerana ada agenda lain?

Apakah Khairy kini sedang mencari ruang dalam pembangkang setelah ruang dalam Umno tertutup? Yang jelasnya peranan Khairy dalam Umno semakin mengecil. Ruangnya dalam Umno persis lubang buluh yang meruncing, makin lama makin sempit, makin sempit dan akhirnya menyebabkan dia akan tersumbat dan lemas.


Apakah Khairy menyedari ada pihak tertentu dalam Umno sedang berusaha untuk menyingkirkannya. Saki baki orang yang kalah dengan beliau dalam perebutan jawatan ketua pemuda tempoh hari terus berusaha untuk melenyapkannya dari Umno. Kepercayaan masih ada kalangan pemuda Umno, kepimpinan pemuda Umno ternoda dengan adanya Khairy di situ. Khairy menjadi libaliti kepada Umno bukannya aset lagi. Jadi imej ini perlu dikikis dan Khairy perlu dinyahkan demi memulihkan prestasi Umno.


Melihat kepada usaha puak-puak dengki dengan Khairy itu tidak mustahil kalau dalam pilihan raya akan datang Khairy tidak akan diberikan peluang bertanding di Rembau lagi. Khabarnya juga Umno sedang persiapan seorang tokoh untuk mengganti Khairy di Rembau. Kerja-kerja memburukkan reputasi Khairy di Rembau sedang berjalan.

Apapun penolakan Khairy untuk berdebat dengan Nasarudin itu saya rasa bukan kerana dia pengecut tetapi ada mesej lain yanh cuba hendak dihantarkan oleh beliau. Mungkin dia merasakan tidak perlu berdebat mempertahankan Umno sebab Umno sedikit pun tidak menjaga air mukanya.


Sebagai maskulin yang ada maruah dan integriti tentu Khairy terasa dengan apa yang dilakukan Najib Razak terhadapnya dan beliau sedang menyiapkan diri untuk membalasnya. Kejangilan Khairy sehari dua ini ialah apabila beliau tidak menyambut ludahan Muhyiddin ke atas Anwar sebagai pengkhianat bangsa. Yang jelasnya Pemuda Umno tidak angkat sepanduk ikut mengutuk Anwar. Kenapa? Adalah ceritanya.

AL-FATIHAH :Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.



Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Pada dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Arwah meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39, dan enam orang anak.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di U***** Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

Wednesday, August 12, 2009

1001 MANIS JANJI SYAITAN

anji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

H1N1- Mai kita pakat kenai apa itu H1N1

Oleh : Amin Fadzlan


Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

UMNO Semakin Tertekan Di Permatang Pasir, Tak Kemuka Bakal Calon

MNO Permatang Pasir dilihat semakin tertekan dan tidak meletakkan harapan akan menang di dalam Pilihanraya kecil Permatang Pasir akan datang kerana tidak mempunyai calon yang sesuai.

Bernama melaporkan UMNO Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir 25 Ogos ini sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata UMNO pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada UMNO bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata calon-calon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional.

Sementara itu calon PAS akan diketahui pada hari Jumaat ini dan PAS yakin akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas pada 31 Julai lepas. Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.



Asal Kejadian Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun
tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


..: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi
Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT
KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu
tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
:-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah
Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama .

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
Blog Widget by LinkWithin