Saturday, August 8, 2009
Arak dan Babi Sukar Diatasi
Mereka tidak akan pedulikan lagi pada pandangan dan nasihat mana-mana pihak. Hatta budaya dan tradisi itu menyalahi hukum agama dan dibenci oleh agama masing-masing sekalipun, namun tidak akan dihiraukan. Mereka akan pertahankan meskipun terpaksa terkeluar biji mata.
Orang-orang bersikap begini bolehlah dianggap sebagai mereka yang zalim kepada dirinya sendiri! Zalim dalam konteks ini adalah kufur kepada diri sendiri.
Misalnya budaya memakan daging babi adalah sebahagian dari budaya masyarakat pemakan daging hewan itu yang begitu sensitif sekali. Mereka akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun sekiranya budaya mereka itu diusik. Walaupun memakan daging babi mendatangkan penyakit disahkan secara saintifik dan disebut oleh agama, namun mereka tetap memakan daging berkenaan. Kerana apa, kerana ia sudah menjadi adat dan budaya turun temurun.
Begitu jugalah minum arak atau minuman keras. Walaupun doktor menasihati minuman itu mudharat dan dicegah oleh semua agama, namun ia tetap menjadi kegemaran peminumnya. Peminum tidak akan peduli apa yang dikatakan kepadanya. Jsuteru kalau ada orang cuba menghalang atau menganggunya atas muslahat pihak lain, maka ia akan menentang habis-habisan walaupun terpaksa tercabut telinga dan terkoyak hidung.
Kerana kesebatian budaya dan traidsi itu kepada pengamalnya, saya tidak nampak usaha Pas Selangor untuk mencegah penjualan arak di negeri itu akan berjaya. Usaha itu hanya akan menjadi isu saja dan akan dieksplotasi oleh manusia politik lain. Apa lagi ada pihak yang tidak meminum arak seakan mempersoalkan tindakan Pas Selangor itu sebagai songsang dan dikesalkan. Anih, pihak penentangnya dianggap sebagai bersalah. Kononnya arak perlu dijual bebas atas alasan kemanusiaan dan kepentingan politik.
Nampak dalam soal ini mereka yang berkadas pendapat dengan Pas Selangor mementingkan politik daripada agama, ataupun cuba memisahlan tanggungjawab agama dari politik.
Pun begitu tindakan Pas Selangor itu harus disokong sepenuhnya. Umat Islam harus memberi sokongan dan semangat tanpa mempedulikan alasan-alasan duniawi lainya. Apa yang dilakukan oleh Pas Selangor itu adalah usaha yang baik dan murni. Usaha itu sebagai melaksanakan tanggungjawab dan kewajiban Pas sebagai sebuah harakah Islamiah.
Mencegah kemungkaran seperti arak, perjudian, pelacuran itu adalah fardu kifayah. Makanya tindakan Pas Selangor itu bagi menyelamatkan umat Islam seluruh Selangor daripada berdosa. Menyalamatkan Khalid Ibrahim selaku MB, menyalamatkan Khir Toyo bekas MB atau menyelamatkan Azmin Ali bakal MB.
Kepentingan ini nampaknya tidak dipandang di sebalik tindakan Pas Selangor itu kerana ianya dilindungi oleh kepentingan politik. Dalam hal ini kepentingan agama digadaikan kerana mengejar kepentingan politik.
Samaa ada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, Pas Selangor sudah terlepas daripada menanggung dosa. Pas Selangor sudah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti dan ahli serta penyokongnya. Perjuangan Pas telah dilaksanakan di Selangor! Soal menang dan kalah dalam perjuangan ia adalah subjektif, tidak bermakna menang itu benar dan kalah itu salah.
Kutukan ke atas Pas Selangor oleh ahlinya sendiri usahlah dipedulikan. Kutukan itu tentu lahir dari mereka yang berbeza pandangan dan iktikad politiknya atau ada masalah peribadi dengan pihak Pas Selangor. Yang jelasnya yang jahil mengenai agama.
Mereka yang mentang tindakan itu ialah mereka yang melihat kemenangan bagi Pas ialah kuasa; dapat jadi menteri dan sebagainya dan bukannya kejayaan mencegah kemungkaran walaupun dengan daya yang paling minimum seperti mengangkat sepanduk berharga RM5 untuk menentangnya. Mereka yang menentang tindakan itu ialah mereka yang mencagarkan agama untuk kuasa politik.
Seperkara lagi kepada orang politik yang menentang arak, maksiat dan babi di Selangor, itulah hakikat politik. Adakalanya tindakan dan keputusan dalam politik tidak sama dan berbeza walaupun berada di bawah satu lambang. Manusia politik sangat ego dengan diri masing-masing dan 'wahadah' hanyalan mainan bibir saja bagi mempengaruhi khalayak.
Hakikat ini kena faham dan diterima. Kalau anda sedia menerima perbezaan ini maka teruslah berpolitik dan kalau tidak dapat menahannya silalah berhenti menjadi ahli politik. Politik harus diserahkan kepada ahlinya saja yang bersifat rencam. Sebab dalam politik tidak ada haram hanya ada halal. Tidak ada makruh hanya ada mustahil. Tidak ada kalah hanya ada menang. Kadangkala fakta tidak diperluan yang penting keng yang keras di samping kuasa dan kewangan walaupun kewangan itu diambil dari kontong kerajaan!
Revolusi perisian sekuriti
rencana@kosmo.com.my
Selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun ia telah dilengkapi perisian-perisian antivirus?
DALAM masa yang terdekat ini, satu revolusi dijangka akan tercetus dalam industri perisian antivirus komputer. Anda bakal boleh mengoperasikannya tanpa perlu sambungan Internet dan tidak perlu mengemas kini perisian dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, kebanyakan pengeluar perisian antivirus komputer menyifatkan ia seperti tidak akan berlaku. Bagi mereka, adalah mustahil untuk sesuatu perisian antivirus itu bersifat stand alone atau beroperasi secara di luar talian Internet (offline) sepenuhnya.
Ia dianggap sukar untuk berlaku kerana produk antivirus konvensional mengesan atau mengimbas virus apabila ancaman itu berada di dalam memori capaian rawak (RAM) komputer. Kenyataan bahawa virus atau ancaman-ancaman seumpamanya turut disebar menerusi laman web Internet dan e-mel, maka sambungan ke Internet dilihat sebagai keperluan bagi mengesan kewujudannya.
Berdasarkan mekanisme biasa juga, produk antivirus konvensional mengesan virus-virus atau kolektifnya digelar 'malware', dengan menghubungkannya pada pangkalan data virus yang dibina syarikat pengeluar produk berkenaan. Ini juga perlu dilakukan dengan mengakses Internet.
Sebelum ini juga, perisian antivirus perlu dikemas kini selalu atau secara berkala kerana realitinya virus-virus terus terbentuk dari semasa ke semasa. Pakar-pakar teknologi menganggarkan sekurang-kurangnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke Internet setiap bulan. Maka, jika anda tidak melakukan kemas kini, anda mungkin tidak boleh mendapatkan 'ubat' bagi melindungi komputer anda daripada serangan virus terbaru.
Tetapi, itupun bergantung kepada sejauh mana syarikat pengeluar produk antivirus anda 'mengenali' virus berkenaan. Jika mereka tidak mengenalinya, perlindungan komputer anda untuk diselamatkan daripada virus tersebut mungkin sifar.
Produk antivirus konvensional memerlukan capaian ke pangkalan data virus sedia ada kerana mereka menggunakan kaedah signature atau padanan untuk mengesan virus. Dalam erti kata lain, sekiranya virus tersebut baru atau tidak dikenali, maka ia mungkin tidak dapat membantu pengguna. Justeru, timbul persoalan selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun telah menggunakan perisian-perisian antivirus?
Memang ada kaedah lain yang digunakan untuk mengesan virus terbaru seperti heuristic, namun kaedah itu tidak semestinya berkesan.
Bagi sesetengah orang proses mengemas kini agak melecehkan dan mengambil masa. Lebih buruk, jika ia menyebabkan operasi komputer menjadi perlahan.
Namun begitu, sebuah syarikat Ikonasoftware AG sudah membuktikan bahawa perkara yang dianggap mustahil itu boleh direalisasikan. Syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland itu bakal melancarkan produknya yang dinamakan Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware) tidak lama lagi. Didakwa sebagai produk antivirus pertama stand alone di dunia, ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, trojan, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.
Di peringkat global, syarikat ini berpangkalan di Switzerland manakala ibu pejabat Asia Pasifiknya terletak di negara ini.
|
|
"Pengeluar-pengeluar produk antivirus Amerika Syarikat (AS) mengatakan yang ia mustahil. Tapi, kami, anak Malaysia membuktikan yang mereka salah," kata ketua pegawai operasinya, Mohamad Razali Salleh ketika ditemui Infiniti di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
|
"Kita akan melancarkannya bermula di Malaysia sebelum di negara-negara yang lain. Walaupun 12 buah negara Eropah telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan kita, tetapi kita tetap mahu memulakan pelancarannya di negara kita sendiri. Sebuah negara Eropah bahkan mahu kita membantu mereka bagi sekuriti komputer dalam bidang militari," tambahnya sambil menjelaskan sistem sekuriti Ikona sesuai untuk segala peringkat daripada sekolah, rumah, pejabat, firma, bank, kerajaan sehingga ke bidang pertahanan.
Tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya menerusi pangkalan data virus, Mohamad Razali berkata, ia bermakna, Ikona mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali.
"Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus yang kita sudah kenal. Ini kerana, kita tidak memerlukannya. Ikona boleh membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak dikenali," katanya.
"Ikona adalah perisian pintar. Apa yang dilakukan Ikona hanyalah memfokuskan agar sistem komputer tidak 'mesra malware' dan melindungi data komputer daripada penceroboh. Ikona juga bukan membunuh virus apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum ia memasuki RAM lagi," katanya.
Menerima platform Microsoft XP SP1/2/3 dan Vista, ia juga mengawasi muat turun dan fungsi salinan. Ikona MAPS memudahkan kawalan sekuriti automatik sama ada pada dalaman dan luaran sistem serta memantau rangkaian sekuriti termasuk penggunaan peranti luaran seperti pemacu storan dan cakera padat.
Instalasi Ikona juga unik kerana menggunakan pemacu storan (thumbdrive) berbanding penggunaan cakera atau muat turun di Internet bagi produk antivirus konvensional. Ini kerana, kata Mohamad Razali, ia bagi mengelak sebarang bentuk penyalinan.
Semasa instalasi, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.
"Ikona juga boleh diadaptasikan menurut kehendak pihak pengurusan sesuatu pejabat yang tidak membenarkan penggunaan internet, komunikasi secara talian atau pengaliran keluar-masuk data dalam kalangan pekerjanya," katanya.
Ikona MAPS bakal boleh didapati pada harga di antara RM150 hingga RM500.
"Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana belum ada pesaing yang menawarkan perisian yang berciri sepertinya," kata Mohamad Razali sambil memberitahu pihaknya telah melakukan demonstrasi ujian produk di salah sebuah kementerian di negara ini, baru-baru ini.
Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai produk tersebut dan insan-insan di sebalik pembuatannya, Mohamad Razali berkata, ia hanya akan didedahkan apabila produk itu dijangka dilancarkan dalam pertengahan bulan ini.
Kepada pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Ikonasoftware bolehlah menghubungi talian 03-2164 0218RON95 vs RON97
irwan@majalahkereta.com.my
Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?
DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.
Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
|
|
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).
Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.
Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.
Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.
Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.
Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan membaca kosmo.com.WHO segerakan vaksin H1N1 H1N- Enam firma farmaseutikal menghasilkan vaksin selesema babi
|
|
LONDON - Penghantaran fasa pertama vaksin selesema babi (H1N1) akan dilakukan pada bulan depan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.
Pengarah Vaksin WHO, Marie-Paule Kieny berkata, ujian keselamatan vaksin selesema babi pada manusia masih berjalan manakala keputusannya akan diketahui awal bulan depan sekali gus membolehkannya digunakan secara besar-besaran.
Kieny berkata, walaupun pengeluaran vaksin selesema babi disegerakan, pihaknya tidak bertolak ansur tentang aspek keselamatan dalam memastikan ia selamat ke atas manusia.
Menurutnya, WHO menjangka vaksin itu tidak akan mendatangkan kesan sampingan serius kepada manusia.
Bagaimanapun, beberapa kesan sampingan seperti loya, demam dan cirit-birit ringan dianggap biasa apabila sesuatu vaksin itu digunakan.
WHO menyarankan supaya beberapa juta vaksin itu diberikan kepada kakitangan kesihatan diikuti dengan wanita hamil sebelum diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan.
Kira-kira enam firma farmaseutikal di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia bergegas menghasilkan vaksin selesema babi masing-masing dalam tempoh hanya beberapa bulan lalu. - Agensi
Mengapa polis terlalu bimbang referendum rakyat terlepas ke istana
Oleh TMJ
TINDAKAN pasukan polis ke atas Himpunan Mansuh ISA (Mansuh) di Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu wajar dipandang sebagai sebahagian kandungan 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Jika di zaman mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya anggota polis dari Batalion Ke-4 Pasukan Polis Hutan, Sungai Petani dikerah ke Kampung Memali, Baling, tetapi Najib menunjukkan rupa paras lebih rakus dalam konteks mempergunakan pasukan keselamatan apabila 1Malaysia pasukan polis dikerah untuk hadapi Mansuh
Dari larangan pegawai tertinggi polis, Menteri Dalam Negeri hinggalah PM sendiri yang disiarkan berterusan di media cetak dan elektronik termasuk pelbagai halangan melalui sekatan jalan raya, perkhidmatan pengangkutan dihadkan selain tangkapan awal pada malam dan pagi 1 Ogos itu, sememangnya himpunan Mansuh seolah-olah berjaya dikekang.
Malah, kesan kawalan ketat di lokasi-lokasi ditetapkan menyebabkan bakal peserta Mansuh berselerakan di seluruh ibukota. Mereka berada dipinggiran lokasi atau dalam premis-premis tertentu.
Dari laporan diterima juga, sudah ratusan ditahan setelah didapati membawa identiti sebagai bakal peserta Mansuh. Bas-bas yang membawa rombongan pula diiringi ke balai polis tertentu.
Di Sogo dan Kompleks Pertama kelihatan seorang pegawai tinggi polis berbadan gempal berbangsa Cina sibuk mengarahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) menangkap individu-individu tertentu.
'Special Branch' (SB) turut memainkan peranan mereka menyebabkan beberapa 'figure' ditangkap dan dibawa ke atas trak polis. Manakala ketika jam menunjukkan waktu pukul 1.30 petang, lebih 100 anggota PGA menyuraikan orang ramai di sekitar premis berkenaan.
Suasana 'sunyi' juga dilaporkan berlaku di Masjid Negara dan Masjid Jamek yang dipagari anggota polis hinggalah dibuka semula untuk solat Zohor, bahkan keadaan sesak yang biasa dilihat di Sogo dan Kompleks Pertama itu juga seakan-akan lengang.
Walaupun perarakan Mansuh dijadualkan bermula jam 2.00 petang, namun sehingga jam 1.55 petang tidak kelihatan tanda-tanda perarakan akan bermula seakan berjayanya tindakan polis.
Bagai semut keluar dari lubang
Tiba-tiba tepat jam 2.00 petang, bagaikan semut keluar dari lubang-lubangnya, para peserta Mansuh muncul dari pelbagai pintu berarak di jalan dengan laungan 'Daulat Tuanku!'. Kebanyakan mereka berlari-lari anak menyertai kelompok dipimpin Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bad) menjadikan jumlah kelompok itu lebih 5,000 orang dan bergerak menghindari sekatan polis. Turut serta berlari-lari menyelinap ke dalam kelompok tersebut ialah para SB.
Rupanya kelompok pimpinan Cikgu Bad merupakan kelompok awal, beberapa minit kemudian Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat bersama beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain mengetuai kelompok lebih 10,000 orang juga keluar secara tiba-tiba dari kompleks beli-belah Sogo.
Manakala Dr Mohd Hatta Ramli dilaporkan mengetuai lebih 5,000 peserta dari sekitar Masjid Negara. Juga dimaklumkan, masih ramai terpecah dalam kelompok-kelompok kecil di stesyen-stesyen Transit Aliran Ringan (LRT), Pasar Seni dan gedung-gedung perniagaan di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Polis bertindak ganas
Biarpun terpisah, barangkali kejayaan membentuk kelompok-kelompok besar menyebabkan pihak polis dari pelbagai unit antaranya PGA, Unit Anjing Pengesan (D-9), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), SB dan lain-lain mengambil pendekatan 'menyerang' para peserta Mansuh dengan tembakan gas pemedih mata, pancutan air bertekanan tinggi dari meriam air (water cannon), pukulan belantan, tangkapan selain adegan kejar mengejar. Malah Ustaz Hadi turut jatuh menghadapi ‘serangan’ pancutan water cannon.
Cara polis memperlakukan mereka yang ditangkap wajar dipersoalkan. Bayangkan seorang peserta dipegang hampir 10 anggota PGA dan SB. Ada yang lebih dari jumlah itu malah diperlakukan dengan lebih kasar.
Walaupun peserta tidak melawan dan 'dilumpuhkan' pergerakannya, masih ada anggota polis yang mungkin 'nakal' menyiku-nyiku kepala tangkapannya. Peserta yang menunjukkan isyarat 'bendera putih' juga ada menjadi mangsa keghairahan khususnya anggota PGA. Peliknya, apakah seorang atau dua anggota polis terlatih tidak mampu menangani individu yang tidak bersenjata?
Water cannon juga bertindak memancut air hingga ke dalam premis-premis perniagaan termasuk restoran menyebabkan tidak kurang ada orang awam yang berang. Maka terlihatlah beberapa individu bebal dipercayai SB membaling botol minuman ke arah kenderaan 'kebal' itu, mengumpan provokasi.
Manakala kedapatan SB-SB yang lain berlakon melaung-laungkan cabaran kepada trak water cannon dan anggota FRU dibelakangnya. Lakonan berakhir apabila pihak beberapa PGA menangkap SB terlibat.
Di hadapan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, walaupun program Mansuh seusai tamatnya diisytiharkan bersurai, dua water cannon dan satu ketumbukan FRU berserta kira-kira 100 anggota PGA dan SB 'menyerang' peserta yang sudahpun bergerak untuk bersurai.
Kali ini lebih ganas hingga dilihat antara sesama anggota polis terpaksa menenangkan rakan-rakan mereka yang emosi. Anggota PGA yang masih muda pula kelihatan ghairah mengejar peserta muslimat hingga sejauh lebih satu kilometer dari Pejabat Agung. Apakah semua tindakan seperti ini masih dalam ruanglingkup 'Standard Operation Practise' (SOP)?
Jenayah tidak terbendung
Ternyata polis di era Najib akan diperalatkan untuk kepentingan politik BN dan disibukkan untuk menghadapi pengaruh Pakatan Rakyat. Sedangkan masih banyak jenayah yang gagal diselesaikan pihak polis.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein beberapa minggu sebelum ini pernah 'merungut' mengenai jurang besar nisbah antara anggota polis dan penduduk awam. Najib juga kemudiannya bertekad menangani jenayah jalanan yang turut disahut penuh azam pihak polis untuk menjayakannya.
Kehadiran ramai anggota polis di ibu negara pada hari tersebut juga tidak membantu ke arah penguatkuasaan undang-undang. Misalnya antara yang kelihatan ialah sekumpulan anggota polis beruniform tidak mengendahkan perlakuan pelanggaran undang-undang jalan raya dihadapan mereka dan boleh memberi mudarat kepada pihak lain.
Malah ada sumber memaklumkan, anggota dari beberapa agensi berkaitan pemulihan jenayah seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia turut dikerah untuk ke Kuala Lumpur dipercayai bagi tujuan berkaitan himpunan pada hari tersebut.
Lumpuh ibu negara kerana 5,000 orang?
Najib dalam ulasannya kepada media mengenai himpunan itu berkata terserah kepada pihak polis untuk tindakan susulan terhadap pimpinan pembangkang yang terlibat dalam himpunan tersebut. Tentunya bagi pihak polis, 'terserah' diungkap Najib itu perlu dilahirkan dengan tindakan yang memuaskan hati bos mereka itu.
Pemimpin BN lainnya pula memberikan merit gagal terhadap himpunan tersebut selain didakwa hanya disertai 5,000 orang. Anehnya, 5,000 yang didakwa mereka itu juga dikaitkan dengan kelumpuhan ibu negara itu selain membawa kerugian mencecah RM200 juta. Besar benar penangan 5,000 orang itu.
Malah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyindir Najib kerana jika sekiranya hanya 5,000 orang berhimpun masakan beliau menawarkan sebuah tempat besar iaitu stadium. Sebenarnya memadai dengan sebuah dewan. Tawaran Najib itu juga ditempelak Mahfuz kerana permohonan sedemikian pernah diajukan tetapi tidak juga dibenarkan mereka. Malah sekiranya Mansuh gagal, kenapa para pemimpin BN begitu galak mengulasnya?
Siapa sebenarnya dalang?
Para pemimpin Pakatan Rakyat kata Hishamuddin akan disiasat sejauh mana 'mendalangi' himpunan tersebut. Tidak pastilah sejauh mana kamus dewan yang Hishamuddin miliki mentafsirkan maksud 'dalang'.
Bagaimana pula dengan banyak kebobrokan yang berlaku dalam negara dipimpin 50 tahun BN ini? Siapakah dalang semua itu? Yang pasti, setelah gagal menangani Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Hishamuddin tidak akan mengerti maksud 'dalang'.
Hanya rakyat dan pemimpin berjiwa rakyat sahaja mengenal 'dalang'. 'Dalang' bukan sahaja dibenci, tetapi juga cuba dijatuhkan oleh rakyat secara demokrasi kerana membiarkan negara diurustadbir secara 'dalang', bukan sepertimana 'dalang' yang memperalatkan kekuatan dan kekuasaan secara 'dalang' demokrasi.
Friday, August 7, 2009
Perang Konspirasi Dajjal: Persediaan Israel (Bahagian 3)
Kemungkinan Israel akan terlibat dalam peperangan ini dapat kita jangka apabila kita meneliti akan persediaan-persedia an polisi serta fizikal yang berlaku sejak akhir-akhir ini di negara Israel.Antara perkara yang kami jangka memungkinkan keterlibatannya ialah berkenaan elemen “pertahanan” negara.
Pada awal Oktober 2008 lepas, selepas sebulan kejatuhan Lehman Brohters, secara tiba-tiba Menteri Pertahanan Israel iaitu Ehud Barak telah membentangkan satu laporan berkaitan keperluan peruntukan tambahan untuk kementeriannya.
Laporan ini mendesak agar kerajaan Israel menyuntik NIS 1.5 billion bagi tahun 2008 untuk perbelanjaan peningkatan teknologi pertahanan negara Israel.
Kemudian, Barak membentangkan satu lagi laporan berkaitan perlunya tambahan NIS 1.3 billion bagi tahun 2009. Ironiknya, permohonan diluluskan meskipun dibantah keras oleh Menteri Kewangan Israel.
Pertengkaran mulut antara wakil Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan di Parlimen Israel disifatkan sebagai “a clash of giants” oleh Giora Eiland dari akhbar Canada Free Press.
Perlu kita ketahui bahawa jawatankuasa yang bertanggungjawab membuat laporan untuk dibentangkan oleh Ehud Barak ialah Brodet Committee. Jawatankuasa inilah ‘punca’ kepada wujudnya permohonan menyuntik peruntukan luar biasa itu.
Apakah Brodet Committee?
Harus diingat, bukan semua menteri-menteri di Israel sukakan peperangan dan perdamaian. Orang-orang Yahudi juga terdiri dari pelbagai ideologi walaupun dari agama yang sama.
(Penjelasan lanjut sila rujuk pada artikel berkaitan Yahudi Orthodoks)
Suruhanjaya Brodet (Brodet Committee) dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu Jeneral David Brodet. Beliau ialah bekas pengarah di kementerian kewangan Israel.
Menurut kebanyakan penganalisis politik, Brodet amat berpengaruh dalam soal penyelidikan peperangan dan pertahanan Israel. Sehingga kini beliau masih lagi berperanan sebagai penyumbang idea utama dalam polisi-polisi ketenteraan Israel.
Brodet bolehlah digelar sebagai mastermind halimunan dalam setiap agenda perang Israel walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu. Brodet tidak memohon wang untuk memenuhi poket kroni-kroninya malah Brodet juga tiada kroni pembuat senjata.
Brodet boleh dikatakan ’seseorang’ yang ditugaskan oleh mastermind-mastermi nd lain yang tidak dikenali. Tugasan yang diterima adalah khusus mengikut bidang masing-masing. Jika di Amerika mastermind perangnya adalah Dr. Henry Kessingger, maka Israel pula ialah Jen. David Brodet.
Dalam konteks permohonan peruntukkan tambahan ini, Brodet Committee berfungsi sebagai suruhanjaya yang memutuskan suatu bentuk polisi ketenteraan bagi kementerian pertahana Israel. Dalam erti kata lain, Brodet Committee adalah ‘otak’ kepada Kementerian Pertahanan.
Memahami Sistem Perang Antarabangsa
Di Israel, Perdana Menteri dan menteri-menteri bukanlah ‘penyebab utama’ tercetusnya peperangan. Mereka ini adalah boneka-boneka untuk wajah-wajah lain yang membuat keputusan di belakang mereka.
Biasanya mastermind untuk sesuatu konflik perang tidak popular tetapi amat berpengaruh. David Brodet adalah salah seorang yang dipercayai sebagai ‘mastermind’ kepada perang yang akan datang ini.
Namun begitu, Brodet bukanlah perancang utama, ia pula ada topeng bagi wajah-wajah lain di belakangnya.
Begitu juga di Amerika, George Bush adalah boneka yang terpaksa menebalkan muka untuk menerima kutukan masyarakat dunia. Tetapi hakikatnya ia diarah oleh beberapa orang lain di belakangnya yang amat berpengaruh.
William Kristol, Richard Perle, Henry Kessinger adalah contoh beberapa orang Mastermind agenda perang Amerika dengan negara-negara Islam. Tetapi mereka juga adalah kategori pengikut pula kepada mastermind lain yang lebih tersembunyi dan lebih berpengaruh.
Apakah kaitan budget pertahanan ini dengan Perang Konspirasi Dajjal?
Pada artikel bahagian 1, telah kami maklumkan akan perang yang bakal dicetuskan Israel sekarang sedang masuk dalam fasa pengumpulan dana. Kini isu Lehman Brothers agak ‘diam’ seketika.
Budget pertahanan yang dipohon oleh Barak ini kami teorikan ia sebagai suatu kos ‘persediaan peperangan’ yang akan datang. Ini berdasarkan kepada laporan akhbar-akhbar utama di Israel.
Penganalisis- penganalisis kewangan di Israel menyimpulkan bahawa budget yang dipohon oleh Barak bagi kementeriannya adalah budget ”terbesar’ dalam sejarah kewangan Israel.
Permohonan ini dilakukan secara mengejut oleh Barak kepada kabinet Israel. Permohonan dibuat berdasarkan alasan mempertingkatkan keperluan pertahanan dan keselamatan negara.
Walaupun nilai yang dipohon ialah NIS 1.5 dan NIS 1.3 billion untuk tahun 2008 dan 2009, namun ia telah menjadikan jumlah budget terkumpul kementerian pertahanan ialah sebanyak NIS 55 billion.
Persediaan Sistem Pertahanan
Ehud Barak yang bertindak sebagai menteri pertahanan telah mengumumkan pelancaran misil baru Israel pada 26 Oktober 2008. Menteri gila perang ini telah menamakan misil penangkis peluru berpandu dengan namanya sendiri iaitu Barak-1.
Menurut akhbar utama Israel iaitu Haaretz, misil tersebut mampu menepati sasaran pada jarak 500 meter hingga 10 kilometer. Kementerian Pertahanan dilihat sudah pun menguji 4 misil tersebut beberapa bulan sebelum Oktober lagi.
Persediaan Propaganda dan Provokasi Politik
Seperti biasa setiap kali ada tanda-tanda konflik maka Israel dilihat mengumumkan pelbagai senjata canggihnya. Sengketa dengan Hamas yang hanya berbekalkan roket buatan sendiri dijadikan sandaran ampuh untuk menguji senjata baru mereka.
Pada Perang Lubnan lepas telah pun dunia ketahui akan kemajuan bom berangkai yang menggugat penduduk selatan Lubnan. Manakala penghantaran tentera-tentera separa profesional berperang dengan Hizbollah adalah strategi dendam jangka panjang.
Israel tidak silap dengan perancangan penghantaran tentera itu walaupun ramai penganalisis politik Muslim mengatakan kemenangan Hezbollah adalah berpunca dari kesilapan Menteri Pertahanan Israel.
Ia tidak silap, ianya sengaja “disilapkan” untuk membentuk suatu alasan berunsur “dendam palsu” yang akan dibawa pada saluran media pada masa akan datang. Dan sekarang ini, konflik Palestin adalah peluang media Israel membawa isu ‘balas dendam palsu’ yang dicipta pada Julai 2006.
Pada 31 Disember 2008, kabinet Israel mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengumumkan bahawa seramai 2500 orang lagi askar simpanan akan ditempatkan di Semenanjung Gaza, sempadan Palestin. Kini jumlah rasmi askar Israel dilaporkan berada di sempadan ialah 8500 orang.
Kemungkinan ini salah satu “seni peperangan masa depan” yang dimiliki oleh Illuminati yang mengawal orang-orang pentadbiran Israel. Mereka mengamalkan “seni” ini sejak Revolusi Perancis 1789 di mana perancangan untuk mencetuskan revolusi itu sudah pun siap 13 tahun sebelum itu oleh Prof. Adam Weishaupt.
Rahsia “Persediaan Israel” Adalah Berasaskan Etika Zionis
Sebenarnya, persediaan Israel untuk menghadapi Perang Konspirasi Dajjal kelak adalah mengikut suatu kod etika perang yang dibangunkan 110 tahun dahulu. Kod perang ini dibina secara sistematik dengan ayat-ayat masa depan yang mengelirukan banyak pihak.
Israel akan dipandu oleh golongan Illuminati untuk terjun ke kancah peperangan secara berperingkat- peringkat tetapi nano-sistematik. Ianya mungkin mengambil masa tetapi amat sukar disyaki aliran peringkat-peringkat tersebut.
Kod perang yang digunakan dalam “Persediaan Israel” ini ialah Kod Protokol Zionis No.7(Bil.3) yang menyatakan;
” We must be in a position to respond to every act of opposition by war with the neighbors of that country which dares to oppose us: but if these neighbors should also venture to stand collectively together against us, then we must offer resistance by a universal war.”
Kod ini dibina dalam suatu mesyuarat rahsia pengasas Zionis iaitu Dr. Theodor Herzl bersama mastermind-mastermi nd elit Yahudi di Bassel pada 1897. Walau bagaimana pun ia berjaya dicuri keluar, dianalisis dan diterbitkan oleh Prof. Sergei A.Nilus dari Russia.
Kesimpulan
Memastikan perang berlaku bukanlah suatu tugas mudah, dan permasalahan yang perlu kita fahami ialah golongan Illuminati amat mahir dalam strategi merencanakan peperangan.
Di antara kaedah-kaedah klasik yang biasa ia lakukan sejak 300 tahun dahulu hingga sekarang ialah provokasi, propaganda, media dan krisis ekonomi.. Dan nampaknya bunga-bunga perang hasil dari strategi klasik kejatuhan Lehman Brothers pada September 2008 lepas kelihatan semakin jelas.
Kejelasan tentang tujuan sebenar kejatuhan ekonomi dunia dan Perang Konspirasi Dajjal terbukti apabila perancang ekonomi Israel mengeluarkan kenyataan ‘mencurigakan’ pada 27 Oktober 2008 iaitu:
“The world crisis is not relevant to the conditions of the Israeli economy, and therefore there is no need to take any action because of it.”
Wallahu’alam…
Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)
Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.
Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.
Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis- penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.
Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat.. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.
Presiden Baru Dengan Misi Baru
Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.
Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.
Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”
Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.
Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.
Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.
Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam
1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
3. George W. Bush (2001 - 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)
Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.
Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.
Takrifan Tugasan Baru Obama
‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.
Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?
(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld
Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.
Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.
Obama dan Israel
Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai ‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.
Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.
Dalam ucapannya Obama ada menyebut;
“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”
“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”
“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”
“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”
(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.
Operasi Perang Di Bawah Obama
Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.
Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.
Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.
Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.
Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanji an politik palsu dengan Amerika kelak.
Timothy F.Geighner dan Barrack Obama
Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.
Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.
Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin University khusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.
Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.
Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.
Wallahu’alam…
Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1)
Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.
Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?
Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.
Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.
Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.
Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa
Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.
Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”
Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.
Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.
Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.
Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.
Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut.. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.
Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi
Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.
Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana..
Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatny a.
Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion.
Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus.. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.
Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia.
Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.
Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.
(Kiri) Jeff Rense, bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfeffer, wartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.
Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular.. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel.
Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.
Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi
Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakah KETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist.
Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.
(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.
Perang Konspirasi Dajjal (PKD)
Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.
Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.
Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”
Wallahu’alam…
Amaran Rasullah Terhadap F.R.U
Oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya F RU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. .
Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa
Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan di luar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?
Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:
“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.
Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :
“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)
Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan
golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.
Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:
“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.
Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyem
burkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.
Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang
Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:
“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.
Thursday, August 6, 2009
Philip Morris – syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia
Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007.
Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?
Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.
Dr Wu Tao-Wei dalam artikel ‘Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh.
Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok.
Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia?
Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang.
Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya.
Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia.
Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus. Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok. Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok.
Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok.
Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia.
Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970.
Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion.
Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia.
Apakah kaitan Philip Morris, Yahudi, rokok dan memusnahkan masyarakat dunia?
Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.
Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi. Ia memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel. Di samping membantu rumah-rumah ibadat (synagogues) Yahudi, Philip Morris juga meningkatkan pengaruh mereka ke atas ahli politik dan kerajaan di negara-negara membangun dan dunia ketiga.
Di Amerika Syarikat, sumbangan kewangan terbesar kepada calon-calon politik dalam pemilihan 1995-96 adalah dari syarikat tembakau dengan jumlah US$4.2 bilion.
Di Kenya, Philip Morris menaja persembahan Third East African Jua Kali/Nguru Kazi Craft Exhibition 2001 atas nama memelihara warisan kebudayaan negara. Di Thailand, mereka menaungi ‘8th Art Competition 2001’ untuk memilih wakil Thailand bagi Asian Art Competition 2001 yang berlangsung di Bali, Indonesia.
Kempen secara sembunyi turut dilakukan di Turki. Philip Morris telah membelanjakan wang bagi membaik pulih Parlimen Turki yang dibuka semula oleh Menteri Kebudayaan pada 2001 di sebalik bantahan orang ramai. Di negara itu juga mereka membantu usaha menyelamat bandar purba ‘Zeugma’ dari ditenggelami air empangan.
Di sebalik tangan-tangan Yahudi yang tersembunyi di sebalik tabir bisnes rokok, Philip Morris menaja komuniti Yahudi di Amerika Syarikat seperti bantuan penajaan bagi Jewish Community Council of Greater Coney Island dan program pengajian Yahudi di Arizona State University.
Mereka juga menaja penyelidikan mengenai kesan-kesan genetik, persekitaran dan ciri-ciri psikologikal tabiat merokok ke atas wanita Israel. Sebanyak US$250,000 dilaburkan oleh Philip Morris USA dan Philip Morris International kepada lima pasukan penyelidik di Hadassah-University Hospital.
Philip Morris dan Atria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco dan Japan Tobacco. Penguasaan Yahudi melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris. Mereka melancarkan rokok jenama khas di Israel iaitu Maori Mix, memindahkan pekerja-pekerja Yahudi dari New York ke Richmond kerana pemikiran, sikap dan perlakuan Yahudi lebih terjamin di bandar itu di samping enam buah synagogue sedia ada. Rabbi Yahudi juga sedia melawat dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Yahudi di syarikat itu.
Inilah sikap Yahudi. Ketika orang lain menderita, mereka tetap menjaga sebaik-baiknya Yahudi yang bekerja di situ.
Philip Morris tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi. Itulah Yahudi, syarikat rokok Yahudi yang sangat berkuasa. Jadi siapa yang menghisap rokok adalah bersengkokol dengan yahudi
Utamakan Rakyat Dari Politik
Khabarnya ramai juga rombongan menyertai ekspedisi itu dengan menaiki empat buah bot yang digunakan oleh nelayan pukat dalam. Mereka terdiri dari ahli politik, pakar ukur laut, wartawan dan juru gambar profesional berbayar.
Hasil ekspedisi itu dan pengukuran yang dibuat oleh pakar menggunakan alat khas, jelas menunjukkan pelantar Cakarwala berada dalam kawasan Kelantan. Jaraknya dari Pengkalan Kubur sejauh 158 km. Selain pelantar itu, tiga lagi pelantar lain, Lawit, Bintang dan Jernih juga didapati berada dalam kawasan perairan Kelanan. Jaraknya dari Tok Bali, Bachok/Pasir Puteh kira-kira 68 batu. Jarak ini katanya lebih dekat daripada kedudukan pelantar minyak di Terengganu.
Bukti fizikal dan saintifik yang diperolehi itu menafikan sama sekali dakwaan pemimpin Umno yang cuba menidakkan hakikat itu. Kini kerajaan Pusat tidak boleh berdolak dalih lagi untuk menghalang Petronas daripada tidak membayar royalti petroleum kepada Kelantan seperti mana sepatutnya. Kelantan menuntut royalti bernilai RM1 billion.
Sebenarnya kalau kerajaan Pusat ikhlas dan jujur serta berpegang kepada semangat federalisme, ekspedisi itu tidak diperlukan. Sebelum ini pun sudah jelas bahawa Kelantan berhak menerima royalti berkenaan. Perjanjian yang ditanda tangani di antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan Petronas menjelaskan perkara itu. Para Exco sebelum ini juga sudah lama mengetahui kedudukan itu cuma mereka tidak hebuh dan berusaha dalam senyap bagaimana memujuk kerajaan Pusat.
Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sendiri mengesahkan perkara itu. Beliaulah yang menteraikan perjanjian usaha minyak antara Petronas dengan kerajaan Kelantan. Pihak kerajaan Kelantan ditandatangani oleh bekas MB, Allahyarham Muhammad Nasir. Perjanjian itu dibuat tahun 1979. Masakan perjanjian itu tidak pernah diselak oleh sesiapa?
Perjanjian itu masih valid dan menjadi dokumen sejarah yang tidak dapat dilupuskan.
Kepentingan perjanjian itu bila mana Kelantan diistyharkan sebagai sebuah negeri pengusaha minyak maka Kelantan berhak mendapat royalit sebanyak 5% seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu. Kelantan diistyarkan sebagai negeri pengusaha minyak dalam tahun 2004. Bermakna royalti itu perlu dibayar sejak lima tahun lepas lagi.
Ekoran pengesahan pelantar itu berada alam area Kelantan, pihak kerjajaan mendesak supaya Petronas membuat bayaran dan tidak perlu berdolak dalih lagi. Sebaik rombongan eksepedisi mengukur laut itu mencecah kaki ke pasir satu kenyataan akhbar dikeluarkan mendesak Petronas membuat pembayaran.
Iya kalau Perdana Menteri benar-benar tulus ikhlas untuk melaksanakan slogannya, Rakyat Didahulukan dan Pencapain Diutamakan, royalit itu perlu dibayar segera. Najib Razak tidak perlu berklu klik lagi. Tetapi apakah ianya segampang itu?
Lantaran itu rakyat Kelantan harus tidak mudah merasa lega dengan desakan itu dan merasakan Najib akan sedia melaksanakannya. Beberapa perkara dan sudut perlu dilihat untuk tidak mengecewakan diri. Jangan pula setelah mendengar bahawa pelantar itu sudah berada dalam kawasan Kelantan, menyebabkan ada antara kita bersikap mencurah air di tempayan kerana mengharap guruh di langit. Belum tentu lagi wang royalit itu dapat dikecapi.
Rasanya semua pihak yang cerdik faham kenapa kerajaan Pusat sengaja berbuat begitu. Saya cukup yakin Najib sendiri tahu benar mengenai kedudukan pelantar-pelantar itu. Sekiranya pelantar itu tidak berada dalam kawasan Kelantan untuk apa perlunya perjanjian antara Petronas, kerajanan negeri dan kerajaan pusat yang ditanda tangani Tengku Razaleigh dan Muhammad Nasir itu.
Tetapi kenapa ia tidak sedia untuk laksanakan kerana motif politik. UBN telah menjadikan wang royalti itu sebagai umpan politik. Saya yakin kalau UBN memeritah Kelantan, wang itu akan dibayar hari ini juga.
Tentu Najib akan bertindak bagaimana dilakukan Tengku Razaleigh tahun 1978, di mana sebaik sahaja keputusan pilihan raya mendapati Umno berkuasa, Tengku Razaleigh terus mengistyharkan tol di jambatan Sultan Yahaya Petra dimansuhkan malam itu juga. Begitu juga kalau UBN menang di Kelantan Najib akan mengistyharkan royalti itu dibayar malam itu juga.
Makanya atas motif politik itu saya tidak percaya Najib sedia akur atau simpati kepada permintaan Kelantan itu. Kalau pun Najib bersetuju tentulah ada syarat-syarat tertentu. Adalah kurang bijak bagi Najib kalau umpan yang dipeagng selama ini terlepas begitu saja tanpa mata joran menyangkut diperut kerajaan (Pas) Kelantan. Setidak-tidaknya Najib mahukan situasi win-win.
Sekiranya Petronas diarah membuat pembayaran, tentulah ia bukan menerusi kerajaan negeri. Pembayaran mungkin dibuat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Apa yang berlaku di Terengganu tahun 2004 semasa negeri itu diperintah Pas mungkin dilakukan. Petronas telah menggantungkan pembayaran royalti yang diberikan sebelum ini tetapi tiba-tiba ditukar dengan wang ehsan apabila kerajaan UBN tumbang. Semua rakyat diagihkan dengan wang esah berkenaan.
Apakah natijah dari tindakan Petronas itu? Hasilnya rakyat teruja dan menerima budi pihak pemberi wang ehsan itu lantas menolak kerajaan Pas dalam pilihan 2004.
Makanya saya tidak nampak angan-angan Pas untuk membahagikan dengan tangan sendiri wang royalit itu kepada rakyat. Tetapi tidak mengapa, kalau wang itu diagihkan walaupun menerusi agensi apa jua, janjinya rakyat Kelantan dapat menerima hasil mahsyul negerinya sendiri. Apapun kerajaan Kelantan tetap juga mendapat pahla kerana berusaha mendapatkan wang berkenaan untuk rakyat.
Harapnya kalau ini terjadi rakyat Kelantan tidak termakan dengan budi baik itu. Ambillah wang royaliti itu tetapi jangan pula lupa amanah agung Tok Guru, ambil apa orang beri tetapi undi Pas?
Pada hemat saya perjuangan untuk mendapatkan wang royalit minyak ini masih panjang dan tidak semudah kerja-kerja dilakukan rombongan ekspedisi itu. Ia bukan mudah dipenuhi oleh Najib. Melainkan idea mewujudkan kerajaan pepaduan yang dicandangkan baru-baru ini diterima Pas mungkin ia memudahkan sedikit. Sekiranya kerajaan perpaduan sudah wujud, pasti hari ini pihak kerajaan Kelantan sudah pun duduk semeja dengan Petronas untuk mengira berapa banyakkah pembayaran peringkat pertama perlu di lakukan.
Kalau Pas menerima idea unity goverment tidak ada sebab lagi bagi Najib untuk menolak atau melengah-lengah mengarah Petronas membuat pembayaran. Di sinilah bagi saya sikap yang diambil oleh sesetengah pemimpin Pas Kelantan menolak bulat-bulat unity goverment itu sebagai satu kesilapan dan kurang bijak. Tetapi mungkin juga ada kalangan orang Kelantan yang sanggup terus meleleh air liur daripada menerima ehsan dari kerajaan Pusat.
Apakah kesilapan menolak bulat-bulat kerajaan perpaduan itu sedang diperbetulkan sekarang? Hendaknya pertemuan sengaja atau tidak sengaja antara Tok Guru Nik Aziz dengan Najib Razak sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai sebulan akan merintis jalan keluar dari sikap jumud politik kedua pihak yang tidak menguntungkan rakyat dan negara.
Selepas ini pandai-pandailah pemimpin kerajaan Kelantan berpolitik dengan Najib demi mendapatkan hak rakyat. Jaya atau gagal bergantung kepada kebijaksanaan pemain utamanya. Rasanya tidak ada guna Pas mengharap pahlwan yang dalam penobatan untuk membantunya sedangkan belum pasti lagi sempat ditabal atau pun tidak. Jika Pas tetap dengan sikap jumud dalam hal ini saya rasa isu royalti minyak ini akan berakhir di mahkamah! [wm.kl. 7:50 am 06/08/09]
Wednesday, August 5, 2009
ISA
I.S.A : DIUPAH DAN POLIS BERLEBIHAN...
Polis 'berlebihan' tembak gas, air - PETIKAN DR MALAYSIAKINI
Ogos 4, 09
Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.
"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.
Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
Corat-coret ISA
CORETAN SATU – 200 JUTA
RM200,000,000.00, begitulah angka kerugiannya. Peniaga di lokasi berlangsungnya demo 1 Ogos lalu mengikut kata Raja Nong Chik kerugian sebanyak itu. Kalau diibandingkan dengan rumah agam bekas MB Selangor, sebanyak 12 buah rumah sebegitu boleh didirikan.
Kalau peniaga di situ ada 10,000 orang, maka setiap seorang kerugian RM20,000, hanya sekadar tiga atau empat jam sahaja.
Kalau peniaga di situ ada 100,000 orang, maka setiap seorang kerugian RM2000. Kalau berniaga dalam tempoh 3 hingga 4 jam boleh dapat sejumlah itu, Nong Chik patut tak payah jadi menteri.
Elaun menteri pun tidak sebanyak itu. Baik jadi peniaga di situ sahaja.
CORETAN DUA – DARURAT
Zahid bersedia mengadap SPB Yang DiPertuan Agong untuk memohon pengisytiharan darurat kerana demontrasi.
Selepas ISA, rakyat diugut dengan darurut pula. ISA dipertahankan kerana itu senjata Umno. Darurat pula senjata siapa? Umno nak ambil darurat buat senjata pula? ISA belum cukup ganas?
Adakah darurat juga senjata Umno? Rasanya kalau diisytiharkan darurat bukan lagi kerugian RM200 juta, tetapi Raja Nong Cik akan kata RM1 bilion.
CORETAN TIGA – PENDEMO DIUPAH
Rais kata pendemo pada 1 Ogos diupah. Menurutnya ini maklumat baru dan besar. Sangat bernilai.
Aha, orang yang punya ijazah undang-undang berjela-jela macam Rais melihat itu sebagai maklumat besar. Lebih besar daripada mudarat ISA?
Salahkah kalau ada mereka yang tidak mampu dari segi kewangan tetapi ingin turut serta bersama orang ramai membantah undang-undang kejam ini dibayar?
Eh, lupakah Rais bahawa dia juga dibayar untuk mempertahankan ISA. Kalau mempertahankan ISA boleh dibayar, menentang ISA tak boleh dibayar?
Mana lebih mulia dibayar untuk pertahan ISA atau lawan ISA?
CORETAN EMPAT – PEKIK SAMPAI PAGI
Najib kata dia sanggup bagi stadium untuk pendemo pekik sampai subuh. Kalau Najib tak bagi pun, itu ramai yang sudah tahu. Di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pun boleh. Itu semua orang tahu.
Najib, soalnya bukan tempat. Soalnya ialah, adakah suara orang ramai dimana-mana tempat pun akan didengar? Memorandum sudah dihantar, rayuan sudah dibuat, kes mahkamah sudah ada, pertemuan dengan menteri juga telah dibuat.
Air mata dan tangisan keluarga mangsa bukan lagi sedikit. Maksudnya, bukan soal tempat tetapi soal pemimpin Umno pekak badak.
Buktinya, PPSMI, hanya selepas demo barulah ada perubahan tetapi itu pun pada tahun 2012.
Betullah, pemimpin Umno bertelinga satu tetapi berlidah dua.
CORETAN LIMA – HUKUM IBU BAPA
Shahrizat kata ibu bapa atau penjaga kanak-kanak akan dikenakan tindakan jika babitkan kanak-kanak dalam demo.
Wah, baguslah kerana keprihatinan itu.
Kalau ibu bapa yang bawa anak-anak untuk menentang ISA adalah bersalah, apa pula kesalahan anak-anak yang dipisahkan dengan bapa yang ditahan ISA? Anak-anak Mat Sah Satray, apa salah mereka?
Mengapa anak-anak dibiarkan menderita kerana ayah mereka ditahan ISA? Apa salah bapa itu? Apa salah anak itu?
Kalau bapa bersalah mengapa anak dihukum? Kalau kedua-dua tidak bersalah, mengapa kedua-duanya dihukum?
(Keterangan gambar: Tahniah Cikgu Adnan Din, saya bangga menjadi sahabat kepada seorang engineer yang berani dan sanggup bersusah-payah demi kebenaran)