Search This Blog

Saturday, July 4, 2009

Jelas Kepuraan-puraan Slogan 1Malaysia

Oleh Mohd Sayuti Omar

NAMPAKNYA semangat 1 Malaysia yang digagaskan oleh Najib Razak tidak menyerap ke dalam diri Mnteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Ataupun mungkin Nazri belum bersedia untuk mempraktikan 1 Malaysia itu dalam konteks menyeluruh pada semua peringkat.

Kenapa dikatakan begitu, kerana kalau semangat 1 Malayisa yang membawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sudah tentu Nazri tidak bersedia untuk mengkritik Pengerusi Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Abu Talib Othman begitu rupa.



Kalau pun beliau tidak berkenaan dengan Abu Talib beliau akan menggantungkan kata-katanya sehingga tidak lancang begitu sekali. Tetapi Nazri yang dikenali sebagai seorang anggota kabinet lantang dan bercakap terus terang telah mengkritik secara terbuka terhadap bekas Peguam Negara itu di parlimen semalam ekoran pandangannya mengenai pergolakan politik di Perak baru-baru ini.

Pada pandangan Abu Talib rakyat Perak sepatutnya diberikan haknya bagi menentukan kerajaan yang mereka ingini. Ternyata pandangan bebas dan tanpa motif politik Abu Talib itu tidak disenangi Nazri kerana ia dilihat tidak memihak kepada UBN.

Nazri mentafsirkan kenyataan peribadi Abu Talib itu boleh mempengaruhi para hakim yang sedang membicarakan kes perebutan jawatan MB antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kader kerana beliau adalah bekas Peguam Negara.

Alasan Nazri, Abu Talib tidak berhak memberi ulasan begitu kerana soal politik Perak tidak termasuk dalam bidang kuasa Suhakam.

Terbukti sikap Nazri itu menunjukkan beliau tidak menghayati slogan yang dibawa oleh bosnya. Sekiranya beliau menghayati beliau tidak perlu berpandangan pesimis begitu dan membiarkan saja Abu Talib memberi pandangan itu kalaupun bukan atas sifatnya sebagai Pengerusi Suhakam tetapi sebagai seorang warganegara yang tertakhluk dalam slogan ‘rakyat didahulukan’ itu.

Apa yang difahamkan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ itu bukan saja bermakna rakyat perlu diberi khidmat, bantuan atau janji-janji molok tetapi juga termasuk dalam menerima pandangan dan kritikan rakyat!

Lagipun bukankah Abu Talib pengerusi Suhakam dan kedudukan itu juga sebagai haknya untuk memberi pandangan sebagai memastikan hak-hak rakyat umum terbela dan dijaga? Apabila pandangan begitu juga disekat ini jelas menunjukkan slongan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan tidak menjadi kenyataan.

Sekiranya semua menteri berpandangan seperti Nazri kita bimbang 1 Malaysia tidak lebih daripada slogan semata-mata yang sedang didengar tetapi sukar untuk dilakasanakan dan dihayati oleh para menteri. [wm.kl. 11:30 am 03/07/09]

Beberapa Perkara Tentang Ba-Bi Yang Anda perlu Tahu !

Apabila isu wakil DAP Kedah mengistiharkan bahawa DAP Kedah keluar daripada kerajaan Kedah kerana tidak puashati dengan tindakan kerajaan Kedah merobohkan kandang babi haram ni maka heboh satu Malaysia dengan laporan penuh semua media BN. Begitu hebatnya perkara berkaitan debngan babi ini. Justeru itu terdetik hati dan gatal-gatal tangan untuk berkongsi perkara berkaitan dengan babi ini untuk renungan pembaca DD yang budiman. Mungkin tidak sehebat tulisan Ksdir Jasin atau MSO tapi cukup untuk dijadikan pertimbangan bersama.



Sebut saja pasal babi ni, pastinya sebagai umat Islam terus timbul istilah haram untuk memegang binatang ini. Ini ketentuan yang telah diwahyukan oleh Allah kepada umat manusia melalui Islam. Justeru itu Allah mengingatkan manusia betapa bahayanya binatang bernama babi ini.
Justeru itu maka Allah mengharamkan penganut Islam untuk menyentuh dan memakannya. Sesungguhnya itulah wajyu yang dinyatakan oleh Allah SWT kepada manusia. Bagi yang mempercayainya maka selamatlah ia kerana Allah sentiasa mahukan umatnya sihat sejahtera. Berkaitan perkara menyentuh babi yang dikatakan haram ni, rasa terkejut sekali bila saya melihat dua wanita Islam bakal doktor dalam blog eddyra.Net begitu mesra sekali dengan binatang ni.
Mungkin dengan melawan larangan Allah ni mereka dapat menyelamatkan umat Islam malah menemukan lebih banyak ilmu tentang bahaya yang diamarankan oleh Allah terhadap binatang babi ini. Kita tunggulah kajian selidik dua orang doktot Islam ni berkaitan penyakit berbahaya babi ni. Dan sekarang ni berkaitan dengan Selsema Babi.
Entah macam mana wujudnya istilah babi pada nama binatang ni dalam bahasa melayu. Tapi yang pasti dalam negara kita bahaya pada babi ni seolah-olah terdapat pada nama gabungan parti yang memakai huruf B ni. Segala tindakan gabungan parti yang mempunyai huruf B ni seakan-akan menimbulkan ketrosakan pada negara kita ini. Kalau ia tidak dihapuskan pasti keadaan negara ini semakin bercelaru dan harubiru.
Contohnya dalam kes babi negeri Kedah ni, nampak sangat selama ni kerajaan yang berhuruf B ni tak pedulikan masalah babi ni hingga baru sekarang baru kerajaan PAS Kedah mengambuil tindakan merobohkan kandang haram tersebut.
Jika nak ditafsirkan tindakan kerajaan Kedah sebelum PAS selama ni bolehlah diberikan Babi pada huruf B tersebut kemudian N tu membawa maksud Namanya. Bolehlah dianggap begitu atas ketidakmampuan kerajaan sebelum ni mengawal kandang haram seolah-olah mereka membiarkan sahaja masalah tersebut dan akhirnya ia menjadi masalah kepada kerajaan PAS sekarang.
Sebelum saya berbicara tentang Selsema Babi, saya lebih dahulu menyentuh tentang H1 N1. Bagi golongan yang makan babi ni mereka menyatakan betapa enaknya daging ini.
Justeru itulah industri ini tidak dapat menampung keperluan permintaan terhadap daging ini di negara kita.
Malah penternak berlumba-lumba untuk memelihara binatang ini kerana permintaan yang cukup tinggi di pasaran. Bagi golongan peniaga pula kepakaran mereka memasak menjadikan hidangan babi ini mampu menarik ramap pengunjung hinggakan keuntungan perniagaan mereka kukuh bertapak.
Justeru itulah saya tertarik dengan istilah H1 N1 kerana ia boleh ditafsirkan begini ( merujuk kepada soal makan ). Bila pelanggan mahu makan hati babi ni, pastinya mereka akan cakap seperti ini :

"Tauke, Hati 1, Nyamannye, lagi 1 kasi sini".

Sekarang baru saya sentuh tentang Selsema babi ni pula. Kalau tak silap saya inilah istilah pertama yang digunakan untuk menggambarkan penyakit Influenza A, H1 N1 yang sekarang ni menggegar dunia.
Di Indonesia penyakit ni dikenali sebagai Flu babi. Tapi tiba-tiba di negara kita istilah istilah babi pada penyakit ini tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan.
Oleh kerana penyakit ini semakin menular maka DS Rais Yatim pula mahu menggunakan istilah Selsema babi ni semula untuk menyedarkan bahaya penyakit ni kepada rakyat.
Tapi Menteri Kesihatan tetap bertegas melarang penggunaan istilah Selsema babi sebaliknya terus menggunakan isilah H1 N1 sahaja.
Terfikir juga kenapa Menteri Kesihatan takut guna istilah Selsema Babi ni sedangkan di Indonesia Flu Babi diterima pakai.
Pastinya terlalu bahaya penyakit Selsema babi atau H1 N1 ni. Justeru itulak apabila tindakan DAP Kedah, Lee Guan Aik mengumumkan keluar Pakatan kerajaan Kedah maka nama babi ni nampak cukup bahaya sekali.
Hanya kerana tindakan kerajaan PAS merobohkan kandang babi haram di Kampung Berjaya maka ADUN DAP ni tak mampu bertahan.
Seandainya boleh diimaginasikan bahawa Lee Guan Aik ni sebagai penyakit Selsema Babi @ H1 N1 maka seharusnya beliau perlu dikuarantin oleh DAP Pusat dan Majlis Pakatan Rakyat dulu.
Berilah rawatan kepada beliau dahulu kerana seandainya penyakit ini merebak dalam Pakatan Rakyat pasti ia bioleh menyebabkan gabungan Pakatan Rakyat mati kerananya. Berdasarkan kepada keberkesanan tindakan mengkuarantin pesakit Selsema babi ni oleh Kementerian Kesihatan mengawal penyakit ini pastinya selepas Lee Guan Aik dikuarantin maka beliau akan sembuh dan mampu mengukuhkan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan terus BN nanti.

Jika seandainya Lee Guan Aik tidak mahu dikuarantin maka percayalah bahawa langkah yang paling selamat dan betul untuk diambil tindakan oleh mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat ialah merobohkan semua kandang haram babi ni. Dulu Selangor dah buat dan menggantikannya dengan kilang yang lebih moden demi menjaga keselamatan rakyat Selangor.
Maka sekiranya ada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat merobohkan kandang babi haram ni maka tak usahlah pemimpin yang berkaitan terlalu mudah menghukum tindakan yang diambil demi menjaga kesihatan rakyat dan Pakatan Rakyat.
Lihatlah penduduk Kampung Berjaya pun bersetuju dengan tindakan kerajaan PAS ini. Kalau tidak dirobohkan sekarang takut pula nama Kampung Berjaya tu bertukar pula menjadi nama babi ni. Huruf B tu boleh bertukar namanya kalau tindakan tegas tidak diambil dari sekarang. Ertinya kalau ada kandang babi haram , roboh je.

Sekiranya tindakan tidak diambil terhadp kandang babi haram ni nescaya satu hari nanti pencemaran yang disebabkan kewujudan kandang babi haram ini akan menimbulkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Tentu kita masih ingat bagaimana teruknya pencemaran babi di Melaka dan negeri Sembilan dahulu. Pencemaran babi di kedua-dua negeri yang diperintah oleh umNO ni begitu menjijikkan malah ia cukup menghinakan masyarakat Islam khasnya.
Mungkin agak keterlaluan pernyataan ini tapi semua harus terima kerana hakikatnya begitu nyata sekali. Dalam isu pencemaran oleh ternakan babi ni melaka dan negeri Sembilan saya begitu sensitif mengenai taik babi. Pencemaran penternakan babi di melaka dan negeri Sembilan dulu menunjukkan bahawa taik babi yang dibersihkan mengalir terus ke dalam sungai dan laut.
Saat yang paling menyedihkan apabila ditayangkan pada TV 3, sekumpulan pengnjung yang begitu seronok mandi d Pantai Port Dickson mandi air yang dicemari najis babi ni. Sebut saja mandi najis babi semua manusia tak suka perkara ni.
Tapi kelemahan kerajaan umNO Negeri melaka dan negeri Sembilan dalam mengawal penternakan babi ini telah menyebabkan anak bangsa mandi air taik babi. Tu baru mandi je. bagaiman pula kemungkinan masyarakat Islam yang makan taik babi.
Segalanya mungkin kerana ikan-ikan yang ditangkap oleh kawasan yang dicemari taik babi ni pastinya ada yang dimakan oleh anak-anak nelayan yang tertangkap ikan tersebut. Malah mungkin pula ikan-ikan yang makan taik babi tadi dijual di pasar terbuka untuk dibeli oleh orang Islam yang lain pula.
Begitulah kemungkinan yang telah terjadi akibat kelemahan kerajaan umNO melaka dan negeri Sembilan mengawal penternakan babi ni. Bila terjadi perkara ni tidak dapat tidak maka masyarakat melayu harus terima hakikat bahawa bangsa lain makan daging babi manakala bangsa melayu makan taik babi. Jadi janganlah kita bangsa melayu bersorak gembira dengan tindakan DAP keluar daripada Kerajaan Kedah kerana tindakan kerajaan Kedah merobohkan kandang babi haram ni terlalu besar nikmatnya kepada masyarakat melayu di negeri Kedah. Apakah kita sekali lagi sanggup makan taik babi melalui ikan yang sihat-sihat dan sedap rasanya hasil taik babi yang mengalir ke sungai atau ke laut ini ?

Begitulah cerita mengenai babi yang ingin saya kongsikan kepada pembaca DD ni. Ingatlah bahawa binatang bernama babi ni terlalu bahaya untuk kehidupan manusia. Allah SWT telah mewahyukan tentang bahaya ini. Jadi jika ada tindakan yang menghapuskan kandang babi yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita, mengapa pula kita orang melayu harus menentangnya. Malah kita pula bersorak gembira melihat ada orang yang sememangnya suka kepada binatang ni atas keperluan makanan mereka menentang tindakan yang mahu menyelamatkan situasi supaya tidak menjadi lebih teruk seperti yang pernah dialami oleh rakyat Melaka dan Negeri Sembilan dahulu.
Mungkin juga saya tidak sehebat pemimpin-pemimpin umNO yang bermatian-matian berjuang untk rakyat tapi merelakan anak bangsanya mandi dan makan taik babi.
Jika hanya kerana mempertahankan kandang babi haram di Kampung Berjaya ni, pihak DAP mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat, rasanya aku tak pernah kesal sama sekali. Pemikiran rakyat hari ini lebih bihjak untuk menilai mana perjuangan yang baik dan mana perjuangan yang menjahanamkan rakyat. Doa dan harapan semoga PAS akan terus menang di Manik Urai sekaligus ia akan menguatkan keteguhan Pakatan Rakyat dalam menguburkan parti yang boleh ditafsirkan sebagai binatang berbahaya ini Namanya.

Nizar vs Zambry : Perak Semakin Getir

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu… Nizar Boneka DAP… blah.. blah.. blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak… tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan… konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan… walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut.. Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa… Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak.. Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur… RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat… tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan… kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka.. iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno… sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang… sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

Thursday, July 2, 2009

Filem, Drama Seram Dikhuatiri Pesong Akidah

PROMOSI pameran hantu secara besar-besaran di sebuah muzium tempatan pernah mendapat liputan luas media tahun lalu apabila ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Khuatir menjejaskan akidah, teguran itu tepat pada masanya supaya masyarakat Islam tidak keliru atau terpengaruh dengan kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik. Penganjur akhirnya akur dengan tekanan, lalu menukar sebahagian program asal yang diatur.

Namun, unsur khurafat, mistik dan tahyul masih berlanjutan sehingga kini. Doktrin tidak sihat itu masih giat dipertontonkan menerusi slot drama tempatan dan filem tanah air. Pelbagai watak dan jenis makhluk hantu diketengahkan dengan memiliki kuasa tertentu yang boleh memberi mudarat.

Genre sebegini tidak harus dibiarkan berleluasa tanpa pemantauan. Isu pencemaran akidah bukanlah perkara ringan dalam syarak. Ideologi bercampur aduk dengan mistik, boleh menyebabkan seseorang terpengaruh lalu mempercayai ada kuasa selain Allah.

Akidah ialah tunjang Islam yang membebaskan kepercayaan animisme karut kepada mempercayai kekuasaan mutlak milik Allah. Sebelum kedatangan Islam dengan perutusan Nabi Muhammad SAW, masyarakat jahiliah Musyrikin Arab dipenuhi pelbagai kepercayaan bertentangan akidah tauhid diasaskan Nabi Ibrahim.

Dikisahkan dalam Sirah Nabawiyah Sahihah: “Hajar dan anaknya ialah dua penduduk awal bumi Makkah, kemudian datang Jurhum lalu mendiami bersebelahan telaga zamzam, selepas itu, Nabi Ibrahim membina Kaabah yang menjadi rumah ibadat pertama untuk beribadat kepada Allah.

“Nabi Ibrahim pula ialah rasul yang menyeru kepada akidah tauhid, maka Jurhum menuruti akidah yang dibawa Nabi Ibrahim dan menyempurnakan akidah generasi terawal yang menyaksikan pembinaan Kaabah.

“Kemudian, bermula penyelewengan akidah manusia selepas itu hingga berlaku penyembahan patung dan berhala. Menurut kitab periwayatan dan sejarah, Amru Luhai ialah orang pertama yang membawa patung dari Syam ke Makkah lalu menyeru menyembahnya.

Akibat longgar pegangan akidah dan lemah penjelasan terhadap ajaran akidah Nabi Ibrahim yang kurang memberi pengaruh kepada manusia pada zaman Amru, lalu menzahirkan persediaan manusia menerima syirik dan apa yang berkaitannya daripada kepercayaan batil.”

Kisah itu penting kerana penyeru kepercayaan batil akan terpahat namanya dalam catatan sejarah sebagai watak jahat serta diingati kerana usaha negatifnya itu. Imam Ibn Kathir menyebut perihal sejarah buruk Amru bin Luhai.

Katanya: “Golongan terawal yang menyembah berhala di bumi Hijaz diketuai pemimpin mereka, Amru Luhai yang dilaknat Allah kerana dia orang pertama yang menyeru perbuatan itu, seorang yang berharta banyak.”

Sedang Imam Dzahabi pula mengulas mengenai Amru: “dan dia ialah orang yang menukar agama Nabi Ismail.”

Kita harus sedaya upaya mengelak sejarah berulang sehingga tercatat nama orang sebagai pencemar akidah. Sejarah tidak dapat diubah apabila dibaca generasi akan datang. Kisah tragis seperti Amru tidak mustahil boleh menimpa semula jika tiada peringatan diberikan kepada golongan tertentu. Alangkah ruginya mereka nanti.

Peranan label halal haram wajar diperhalusi semula supaya tidak hanya membabitkan bidang tertentu, bahkan diperluaskan merangkumi muamalah seharian. Klasifikasi perfileman boleh diubah dan ditambah bukan setakat 18 SG atau sebagainya, bahkan boleh jadi seperti label mengancam akidah atau mudarat pada pemikiran Muslim.

Peranan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), boleh diperluaskan dalam proses kelulusan kandungan cerita dalam drama atau filem seperti di Lembaga Penapisan Filem, penentuan dasar penyiaran serta lebih penting, tidak terhad dalam skop yang sudah digariskan sebelum ini.

Syarikat produksi dan penerbit drama Muslim harus sedar mengenai sensitiviti akidah. Proses semakan fakta agama dilihat mampu membendung penyebaran doktrin yang bercanggah dengan akidah dalam produk mereka.

Mungkin kita boleh tanya kepada produser seperti David Teo, bagaimana timbul idea beliau untuk menerbitkan filem Syukur 21 pada 2000. Filem bergenre Islam dengan elemen futuristik dihasilkan oleh beliau dan bukan diterbitkan produser Muslim.

Justeru, ini menjadi cabaran kepada produksi Muslim tempatan untuk berani menghasilkan lebih banyak karya Islam berkualiti.

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap

· Dajjal

· Binatang melata di bumi

· Terbitnya matahari sebelah barat

· Turunnya Nabi Isa A.S

· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

· Gerhana di timur

· Gerhana di barat

· Gerhana di jazirah Arab

· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.

Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

Air Mineral Merbahaya?

Sudah lama orang bertanya tentang air mineral yang didakwa mengandungi air holy water. Berbagai kisah yang dipaparkan untuk meyakinkan dakwaan itu. Ada yang lengkap beri nama produk seperti Al-Mansur, Al-Mubarakah, Al-Barakah, Bestari dan bermacam lagi. Apa pendirian kita? Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".



Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".

Dalam hal ini bukan hanya air mineral tapi banyak lagi benda yang meragukan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang perlu dihindarkan. Ini termasuk produk-produk yang jelas tertera logo halal tetapi sering dipertikaikan statusnya. Apa lagi dalam keadaan hari ini dimana industri halal tidak diurus oleh orang yang kenal dosa dan pahala tetapi orang yang hanya tahu menghitung untung rugi semata...

Hadis diatas jelas menyuruh kita meninggalkan apa saja yang meragukan kerana ia termasuk dalam kategori samar atau "syubhat" yang boleh membawa kepada hukum haram. Oleh itu jika kita ragu dengan sesuatu minuman atau makanan atau apa saja, maka elakkanlah. Banyak lagi pilihan minuman dan makanan lain yang ada di pasaran. Berusahalah mendapatkan yang terbaik untuk keluarga kerana usaha mendapatkan yang terbaik itu adalah jihad. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Mencari yag halal itu adalah satu kefarduan..."

Dalam Islam kita dianjurkan melakukan sesuatu atas dasar yakin tanpa sebarang keraguan. Keraguan akan menimbulkan "was-was" yang mebuka pintu iblis dan syaitan untuk merosakkan ibadah kita. Dalam surah an-Nas Allah berfirman merintahkan kita berlindung dengan Nya dari gangguan al-waswasil khannas yang ditiupkan dalam hati manusia oleh Jin dan Manusia...

Was-was akan mengganggu hati dan hati yang was-was akan mengganggu ibadah. Ibadah jadi tidak khusyuk malah boleh menyebabkan seseorang itu malas melakukannya. Berusahalah kita mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga moga hati terus sentiasa bersih sebagai persiapan menemui Allah...

Tayar pancit diatas Jambatan Pulau pinang



Berititik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan dan akan bermula pada hari ini.

Sila Hebahkan.

cid:183095505@01072009-25ed

__._,_.___
maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kpd
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat dari Kami,
berkatalah ia dgn sombongnya "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yg ada padaku".
(Tidaklah benar apa yg dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya),
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu) - Azzumar: 49.

Khairi Pulas Tangan Nasruddin?

Umno sangat berminat dengan kerajaan perpaduan. Walau pun idea itu telah dinoktahkan oleh Pas, Umno tetap menyelinap mencari ruang untuk menghidupakannya semula. Ketua Penerangan Umno berkata, masih ada pemimpin Pas yang menyetujui idea itu.

Kalau benar ada pemimpin Pas yang menyetujuinya pun, itu tidak berbangkit lagi sebab idea itu telah dimuktamadkan untuk dinoktahkan. Ini keputusan rasmi parti.



Apabila Najib menolak pelawaan Mursyid Am Pas untuk berdebat, Pemuda Pas mengambil inisiatif menyambung idea debat itu dengan mempelawa Pemuda Umno pula. Menariknya, Pemuda Umno menyambut pelawaan itu.

Sambut Pemuda Umno dengan tolak Najib adalah sama sahaja dari segi taktikalnya. Najib menolak kerana pada pandangannya itu menguntungkan Umno. Pemuda Umno menyambut pun kerana pada pandangan mereka itu menguntungkan Umno.

Debat antara Najib dengan Nik Abdul Aziz bukan hanya soal siapa menang dan kalah dalam hujah, tetapi kehadiran Nik Abdul Aziz sahaja pun rasanya menyirnakan Najib.

Mungkin itu antara perkiraan Najib. Kalau Najib ingin menghantar ulama’ juga, siapa ulama itu. Adakah Nik Abdul pula bersedia untuk sepentas dengan orang selain Najib?

Jadi, debat Najib dengan Nik Abdul Aziz, bagi Najib lebih baik tak jadi daripada jadi.

Pemuda Umno pula menerima pelawaan itu dengan tujuan mengilas tangan Pemuda Pas. Sama ada Pemuda Umno mampu mengilasnya atau tidak, itu soal lain. Tapi apa yang kelihatan usaha mengilas tangan itu ada.

Bagaimana? Kenyataan Khairi Jamaludin bahawa pelawaan Pemuda Pas itu sebagai ‘menepati pandangan Pemuda Umno yang menginginkan kerjasama antara kedua-dua parti terjalin’ ada bau-bau idea kerajaan perpaduan.

Maksudnya, Pemuda Umno ingin terus mengaitkan debat ini dengan idea itu. Khairi mengukuhkan kenyataan Ketua Penerangan Umno bahawa memang benar ada pemimpin Pas yang bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan itu dan pemimpin itu ialah Ketua Pemuda Pas Pusat.

Nampaknya, Khairi sudah menyiapkan otot lengannya untuk memulas tangan Nasruddin.

Pemuda Pas sendiri mengaku bahawa media salah lapor mengenai cadangan Pemuda Pas itu. Ya, media arus perdana milik Umno, Khairi orang Umno dan tentulah laporan media itu menguntungkan Umno. Bukankah itu langkah Khairi memulas tangan Nasruddin?

Pelawaan Nik Abdul Aziz dengan pelawaan Nasruddin tidak sama dari segi nilai dan kekuatannya. Nik Abdul Aziz mempelawa dalam keadaan semua orang tahu dia sangat menentang idea kerajaan perpaduan.

Nasruddin pula mempelawa Pemuda Umno dalam keadaan dia dilihat sebagai penyokong idea itu. Sebab itu Najib menolak pelawaan Nik Abdul Aziz dan Khairi menerima pelawaan Pemuda Pas.

Bagi saya, Khairi telah mula memulas tangan Nasrudin. Ketua Pemuda ini perlu ada kekuatan untuk menahan pulasan itu dan memulasnya kembali. Kalau tidak, Nasruddin tentu memulakan era sebagai ketua pemuda dengan kerutan muka sebab terpulas tangan.

Harap-harap tidak.

MANEK URAI : Isu Kedah - Proses Mematangkan PR dan Pengajaran Utk Kerajaan Kedah

Pakatan Rakyat hari ini mebatalkan perjumpaan kerana menganggap bahawa masaalah kecil berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Kedah akan di selesaikan dengan kebjaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.



Wednesday, July 1, 2009

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa

Oleh Ustaz Ahmad Awang

Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:



"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."


Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).

Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:

  • Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
  • Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
  • Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
  • Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
  • Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.

Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).

http://usahmadawang.blogspot.com

Fadzil Noor :Pilu Mengingatimu

Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datan ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas robongan.



Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,”.

Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan.

Semakin hari dan setia p masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolihi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Rakyat terus datang tanpa henti. Apalah yang boleh dilakukan melainkan berdoa dan menunaikan solat hajat agar Ustaz segera sembuh. Itulah permintaan pemimpin – pemimpin PAS, supaya semua markaz PAS mengadakan majil seumpama itu.

Menjelang 7 petang, 22hb Jun 2002, saya menerima mesej daripada Dr Hatta supaya ke HUKM segera, umtuk menyambut Ustaz hadi. Setiba di HUKM, Ustaz hadi dilaporkan baru keluar untuk menunaikan solat dan dijangka akan kembali kemudia. Para doctor memanggil anak – anak Ustaz untuk diberi taklimat. Ustaz Nasaruddin mat Isa(Setiausaha Agung) sudah tiba di sana dan menghubungi semua AJK Harian PAS untuk berhimpun.

Ustaz dalam keadaan sangat kritikal.

Kami berhimpun . Ustaz hadi tiba dan membaca ayat Quran dan doa di sisi ustaz. Yang luar diminta menunaikan solat bhajat dan membaca surah Yassin.

Semakin ramai yang datang , kebimbangan berteusan sehingga 1.30 pagi, apabila di laporkan keadaan Ustaz ada sedikit perubahan,tetapi masih stabil.

Kami beransur pulang menjelang jam 3 pagi. Namun kebimbangan dijangkakan berterusan jua. Mnejlang subuh ,saya menerima panggilan telefon mengatakan keadaan Ustaz kembali kritikal. Malah sangat kritikal.

Tiada kata boleh digambarkan apabila pemimpin dan penyokong PAS yang berada di HUKM pagi itu mula berlinang air mata. Sedih dan sayu tidak tergambar.

10.30 pagi, pemimpin PAS yang berada di sisi katil Ustaz keluar dari wad ICU berkata dengan penuh kesedihan; “Kita Kehilangannya,”.

Kesedihan menyelebungi seluruh keluarga , ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong perjuangan Ustaz Fadzil . Berita pemergian Ustaz ke rahmatullah begitu cepat etrsebar, dan dilaporkan media sejurus selepas itu. Berduyun – duyun manusia berhimpun di perkarangan HUKM.

Petikan di atas diambil daripada buku 'FADZIL NOOR DALAM KENANGAN:PILU MENGIGATIMU


Buku ini merakamkan detik detik terakhir Al-marhum Dato Fadzil Noor. Al - marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor merupakan seorang tokoh dan pemimpin yang hebat. Perjalanan terakhir beliau ke alam Baqa disambut dengan kesedihan jutaan manusia di seluruh negara , malah turut dirasai kesedihannya adalah pemimpin - pemimpin gerakan Islam sedunia yang menyampaikan ucapan takziah melalui Ustaz Hadi.


Pengaruh beliau amat besar . Pengorbanannya kepada perjuangan Islam amat bermakna. Beliau meninggalkan sebuah warisan perjuangan yang penuh dengan susur galur dan sukar ditempuhi.


Seperti kata Ustaz Hadi pada malam tersebut, sebelum al-marhum dikebumikan, 'Almarhum Ustaz Fadzil telah membuktikan kepada kita bahawa beliau telah mengakhiri hayatnya dalam perjuangan Islam. Nasib kita belum tentu lagi,"


Kepada keluarga al- marhum Ustaz , terutama Kak Jah, Huda dan suami , Ammar dan isteri, Muna dan Sabkhi, Faiz dan isteri,Salwa, Fawwas dan Anas, walaupun perginya Ustaz tanpa meninggalkan harta yang banyak , namun warisan ilmu, amal dan perjuangan al-marhum merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan akan dikenangan ke akhir hayat:Al-Fatihah

(Buku ini disusun oleh Zabidi Bin Morad dan diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu,Kedah. )

Berminat :

Bayaran bolehlah dibuat melalu pos dengan mengunakan Wang Pos atau Cek di atas nama "ZABIDI BIN MORAD ". RM6.00 Untuk Sebuah

Hantarkan Pesanan Anda Melalui Pos Kepada :
Zabidi Bin Morad
No 51, Jalan Madrasah,
Kampung Raja, Mukim Jeram 06000,
Jitra Kedah.

Email: zabidi_morad@hotmail.com
http://www.iklan-buku.blogspot.com/

Tuesday, June 30, 2009

Istilah 'puaka' hantui pelajar UM
Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 09
10:33am
kemaskini 5.59pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata seorang pegawai penyiasat hari ini.

Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini.

Susulan insiden, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

Menurut laman web UM Today, polis sedang menjejak tiga lagi pelajar dalam siasatan mereka.

Exco kepemimpinan dan kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tujuan polis menggeledah.

Pada 26 Jun, sebuah rumah pelajar wanita di Seksyen 17 Petaling Jaya digeledah kira-kira sejam oleh empat anggota polis berpakaian biasa.

Polis merampas cat yang digunakan untuk membuat kain pemidang bagi menyambut kedatangan pelajar baru, Ahad lalu.

Keesokannya, polis menggeledah sebuah rumah pelajar lelaki di Seksyen 17 Petaling Jaya pada sebelah petang. Tiada rampasan dibuat.

Hujung minggu minggu, jam 3 pagi, sebuah lagi rumah pelajar di Seksyen 17 Petaling Jaya didatangi tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dengan membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin dalam keadaan bergari dengan berbaju tahanan lokap.

Kumpulan polis yang sama dengan dua suspek kemudian ke rumah pelajar lelaki di Seksyen 14 Petaling Jaya, kira-kira 3.30 pagi. Mereka berada lebih kurang setengah jam.

Mereka selepas itu ke rumah sewa lelaki Seksyen 17 Petaling Jaya, bagi kali kedua sejak 27 Jun lalu, lebih kurang jam 4 pagi.

Tiada rampasan di ketiga-tiga rumah tersebut.

Polis juga tidak menunjukkan sebarang waran geledah di semua rumah terbabit, kata Mohd Aizat lagi ketika diihubungi.

Beliau menjelaskan MPMUM sedang menyediakan khidmat guaman untuk kedua-dua pelajar tersebut.

rosmah mansor and anti rosmah videosRosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau suaminya Datuk Seri Najib Razak setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang pegawai Universiti Malaya berkata pihaknya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

"Biarkan polis kendalikan kes ini," demikian arahan yang diterima beliau, yang enggan dinamakan.

Seorang pegawai penyiasat kes tersebut di balai polis Brickfields gagal dihubungi - setakat ini - untuk pengesahan

Lelaki yang penuh misteri



Dia mampu untuk memiliki apa yang diingini dalam sekelip mata.Lalu tidak hairanlah seluruh dunia mengetahui, seniman yang asalnya dilahirkan berkulit hitam berani mengubah warna kulit sehingga menjadi putih menerusi pelbagai fasa transformasi.

Perubahan warna kulit masih belum memuaskan hati Jacko. Dia yang begitu obses dengan kecantikan mengubah wajahnya hampir 100 peratus.Lantaran terlalu kerap 'mengubah' wajah asalnya menyebabkan Jacko pada beberapa ketika terpaksa menyembunyikan wajahnya agar tidak dikenali peminat di sekelilingnya.Kalau sudah namanya superstar maka dia harus membayar harga yang sangat tinggi untuk mengecap kehidupan dalam penuh 'kesengsaraan'.

Sebetulnya, kalau mahu diulangkaji kehidupan lelaki ini, perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan apa yang berlaku pada Jacko ialah beliau seorang lelaki yang sangat misteri.Hidupnya mencetuskan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat dunia.Daripada cerita kejayaan mencatat jualan album terbanyak di pasaran antarabangsa, siri kejayaan konsert di seluruh dunia sehinggalah ke keberaniannya melakukan perubahan wajah menyebabkan Michael Jackson berdiri kukuh tanpa perlu bayangan orang lain selain dirinya sendiri.

Justeru, ingatan peminat-peminatnya terhadap Jacko tidak akan hilang biarpun kehidupan peribadi seniman itu sangat huru-hara.Karier Jacko tercemar dengan pelbagai kes saman yang dikemukakan padanya termasuk krisis kewangan yang teruk dialaminya sejak beberapa tahun kebelakangan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Demikian juga dengan pelbagai dakwaan lain yang dihadapi Jacko termasuk melakukan pencabulan seksual ke atas kanak-kanak lelaki.Uniknya Jacko, dia masih dikasihani oleh peminat-peminatnya. Simpati buat penyanyi itu sangat tinggi.

Dan bila difikirkan, barangkali sentimen itu melekat padanya kerana sumbangan besarnya pada industri hiburan dunia. Legenda ini merupakan pencetus kepada evolusi muzik pop antarabangsa.Kini, Jacko kini tiada lagi untuk mempertahankan dirinya dengan pelbagai lagi tuduhan lain yang barangkali tidak sempat untuk didakwa ketika hayatnya.

Biarlah dia pergi dengan tenang.Michael Jackson sudah meninggal dunia. Lelaki yang penuh misteri ini hanya meninggalkan kita karya-karya seninya saja untuk dihayati.Sebetulnya juga, kita semua ada dua pilihan untuk mengingati Michael Jackon.

Pilihan pertama ialah mengingati segala kebaikan Jackson sepanjang hayatnya menghiburkan kita.Kepada anda yang berusia 30-an seperti saya mahupun mereka yang menginjak usia 40-an, jangan cuba menafikan hakikat bahawa anda semua pernah membesar dengan lagu-lagu dendangan Jackson.

Jadi, setidak-tidaknya dia pernah menghiburkan kita bukan?Mahu tahu apa pula pilihan kedua yang ada?Saya fikir anda sendiri sudah ada jawapannya. Saya enggan mengulas panjang!

Menangani selesema babi

KES wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara kita semakin membimbangkan. Sehingga semalam, 124 kes dilaporkan, termasuk 12 lagi kes baru, membabitkan 11 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.

Disebabkan wabak itu, beberapa sekolah terpaksa ditutup seminggu. Malah, beberapa pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam turut dikuarantin selama seminggu, bagi memastikan ia bebas daripada wabak H1N1.



Apa juga natijahnya, wabak ini tidak perlu dipandang remeh. Ketika ini, penyakit berkenaan masih belum dianggap ke tahap serius di Malaysia sehingga memaksa pengisytiharan darurat. Namun, sebagai langkah berwaspada, kerjasama rakyat di seluruh negara amat diperlukan serta seharusnya lebih prihatin terhadap simptom penyakit.

Virus Influenza A H1N1 sudah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 11 Jun lalu sebagai wabak pandemik atau berada pada tahap 6. Ini secara tidak langsung amat membimbangkan kita, terutama ia mudah merebak dengan pengangkutan udara.

Fasa pandemik sesungguhnya sudah merebak secara berleluasa ke seluruh dunia. Jika dilihat keseluruhan kes ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Laporan terkini WHO memaklumkan, sehingga Jumaat lalu jumlah terkumpul kes H1N1 ialah sebanyak 59,814 kes dengan 288 kematian membabitkan lebih 100 negara.

Negara yang dilaporkan mencatat kes tertinggi ialah Amerika Syarikat iaitu (21, 449); Mexico (8,279), Chile (5,186), Kanada (6,732) dan Australia (3,280).

Perkara utama perlu diketahui masyarakat ialah penyakit itu adalah disebabkan jangkitan virus secara langsung daripada babi yang dijangkiti kepada manusia dan mula dikesan di Mexico pada April lalu.

Bagaimanapun, sehingga ini, WHO belum mengeluarkan sebarang larangan melancong ke negara terbabit, sekadar meminta mereka menimbang dengan teliti mengenai risiko berkunjung ke negara yang dijangkiti H1N1.

Perlu diingat, jangkitan manusia ke manusia boleh berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat Influenza A H1N1 seperti air liur yang terpercik ketika bercakap, cecair mulut dan hidung ketika batuk dan bersin terkena terus kepada orang di sekeliling mereka.

Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku apabila kita tersentuh bahan yang tercemar dengan virus seperti kertas tisu.

Bagi orang ramai yang mendapat demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa perlu mendapatkan rawatan segera ke pusat kesihatan kerana dikhuatiri mengandungi simptom jangkitan Influenza A H1N1. Dalam kes lebih serius, ia boleh menyebabkan radang paru-paru yang boleh membawa kepada kematian.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican meminta orang ramai menangguhkan perjalanan ke negara yang dilanda wabak kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan H1N1, sama ada ketika berada di negara berkenaan atau di dalam pesawat.

"Ini bukan saja akan menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain, malah anda dan keluarga akan dikuarantin jika terbabit dengan kes yang disahkan positif," katanya.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz, pula berkata pihaknya yang menjadi Urus Setia Jawatan Pengurusan Bantuan Bencana Pusat adalah sebagai platform untuk menyelaraskan sebarang perkara secara bersepadu dengan agensi lain yang membabitkan isu keselamatan.

Justeru, dalam kes H1N1 ini, pembabitan MKN juga dianggap penting untuk memastikan wabak penyakit itu dapat dikawal supaya tidak terus menular sehingga menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan empat mesyuarat berkaitan H1N1 dan mesyuarat akan terus diadakan dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.

"Setakat ini, wabak berkenaan masih terkawal dan orang ramai tidak perlu panik. Pelbagai langkah dan pelan tindakan sudah diambil kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dengan pencegahan dan pemantauan ketat.

"Walaupun ia belum mencapai tahap serius, tindakan berwaspada perlu diambil. Setakat ini, Malaysia mampu menangani isu itu. Tidak perlu lagi atau timbul isu kita wajar mengisytiharkan darurat. Situasi negara masih jauh untuk mencapai ke tahap itu," katanya.

Bagaimanapun, MKN tetap bersiap sedia dan segala tindakan juga tertakluk kepada arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, Muhammad Hatta menasihatkan orang ramai sentiasa bekerjasama dengan mematuhi arahan dan memahami isu wabak itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kemungkinan penyebaran yang semakin serius pada masa depan.

Hidup Mewah Agar Islam Di Pandang hebat ?

Rasuah amat dibenci dan di keji oleh Islam ajaran Islam meletakan penerimGo to fullsize imagea rasuah dan memberi rasuah di dalam neraka.Ketua dan pemimpin negara mengamalkan kehidupan tanpa rasuah dan tidak mengambil peluang di atas kekuasaan untuk hidup mewah berlebihan kepada diri mereka dan keluarga mereka.



Contoh yang terbaik sudah tentu ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul pemimpin dan ketua negara ungkapan yang selalu di petik oleh orang Islam dan bukan Islam ialah " Jikalau Fatimah mencuri nescaya ku potong tangannya".Islam amat benci rasuah dan pemimpin negara menggunakan harta awam amat di cela untuk peribadi dan keluarga sudah tentu Muhammad s.a.w di sebut sebagai uswatun Hasanah.

Ketua negara di zaman Nabi Muhammad s.a.w hidup mewah dan mempunyai pengawal lengkap adalah lumrah.Ketua negara Yemen, Mesir, Rome, Parsi hidup penuh kebesaran, kemegahan dan Kekuatan.Nabi Muhammad s.a.w. sudah diterima rakyat dan lumrah untuk hidup di dalam Istana dan mempunyai pengawal-pengawal yang lengkap mengikut waqy pada waktu itu tetapi ketua negara lagi Nabi memilih untuk hidup secara yang amat sederhana. Ketua Negara Madinah dan juga rasul memilih untuk tidak membina istana dan kehidupan mewah.

Isteri-isteri baginda merungut diatas kesusahan hidup bersama ketua negara bertaraf Nabi lagi rasul. Nabi Muhammad s.a.w memujuk isteri-isteri dan keluarga baginda dengan balasan syurga dengan bersabar dan terus mengerjakan amal soleh dan taat segala perintah Allah dan Rasul.
Keadilan sosial yang diperlihatkan oleh Nabi sebagai rasul dan ketua negara memikat hati rakyat untuk menerima Islam ataupun bernaung dibawah kekuasaan Islam.

Bayangkan kecepatan rakyat dan ummah menerima Islam sehingga di haji wida'. semasa kepulangan setelah selesai mengerjakan haji, Nabi berpidato di tempat bernama Al-Gadeen di dengar lebih dari 120,000 manusia, sedangkan di Makkah, Muhammad s.a.w. boleh dikatakan tiada pengikut".

Negara-negara Islam sekarang tidak langsung boleh di contohi. Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. tidak diikut, bahkan ulama-ulama upahan mencari bebagai contoh dan tauladan lain hujjah dan berbagai kitab untuk membolehkan ketua negara hidup mewah berlebihan, menindas rakyat, dan menyalahgunakan harta negara untuk bermegah.

Kononnya apabila ketua-ketua negara Islam hidup hebat barulah lahirkan kemegahan dan Islam akan dipandang mulia. Di cari hujjah untuk membolehkan ketua negara hidup mewah berlebihan, menindas rakyat, dan menyalahgunakan harta negara untuk bermegah.Kononnya apabila ketua-ketua negara Islam hidup hebat barulah lahirkan kemegahan dan Islam akan dipandang mulia. Di cari hujjah untuk membolehkan kehidupan mewah diluar kemampuan, dengan meninggalkan contoh terbaik Muhammad s.a.w "Uswatun Hasanah".

Ahli-ahli parlimen Britain dan menteri mereka meletak jawatan apabila berbelanja (claimed) lebih dari yang dibenarkan. Mereka malu terlibat rasuah atau tersalah belanja wang rakyat, walaupun Mahkamah belum menghukum mereka. Mereka mengambil sikap meletakkan jawatan terlebih dahulu. Mereka bukan Islam tetapi menjalankan cara hidup Islam yang bencikan rasuah dan menyalahgunaan kedudukan mereka.

YAB Lim Guan Eng memberi hadiah ganjaran kepada pegawai agama yang bertindak membongkar rasuah dan menyelamatkan wang kerajaan negeri dalam himpunan pegawai kerajaan negeri 23 Jun yang lalu. Benci dan anti rasuah cuba diterjemahkan dalam tindakan kerajaan negeri P.Pinang, walaupun kejayaan sepenuhnya masih jauh dari memuaskan.

Di kalangan kita (PAS) masih kedengaran supaya pemimpin yang berkuasa boleh mengamalkan hidup mewah dan hebat. Kehebatan kekayaan, kenderaan, rumah akan menyebabkan musuh pandang hebat kepada kita (PAS).

Mempamerkan hidup mewah ketika berkuasa seolah-olah amalan yang dipersetujui oleh Islam dan ianya perlu diamalkan. Masyarakat menjadi keliru di atas pandangan sedemikian, sehingga ada diantara mereka tidak rasa malu dan segan mendapat kekayaan secara tidak betul atau dilihat tidak betul. Islam tidak dapat digambarkan sebagai "egen pengubah" keadaan sosial sebaliknya kadangkala dilihat beban kepada perubah kearah keadilan. Sedangkan semua makhluk dilangit dan dibumi akui Muhammad s.a.w. adalah "Uswatun Hasanah" pembawa Islam agama penyelamat. Kenapa kita nak ambil contoh lain selain dari Nabi suci kita Muhammad s.a.w.

Monday, June 29, 2009

Wibawa Harussani Semakin Pudar

Zambry merayu supaya Harussani tidak dikritik kerana dia bukan ahli politik. Nampaknya Harussani kini perlu dibela oleh MB Umno itu dek serangan ke atasnya. Dia kelihatan seperti tidak lagi dihormati. Baca sini.

Banyak perkara yang kita boleh salut dengan Harussani. Antaranya, pendedahan murtad, ketegasannya menyanggah SIS, menentang Islam Liberal dan menghapuskan ajaran sesat.



Berbanding beberapa mufti seusianya di negara ini, dia dikira paling lantang. Kelantangannya dalam beberapa hal menjadikan dia disukai oleh orang-orang Pas. Malah orang-orang Pas akan berduyun-duyun mengerumuni ceramahnya di masjid kerana terpukau dengan kelantangannya itu.

Orang Pas kebanyakannya tahu mufti ini bukan Pas. Malah beberapa pemimpin Pas pernah mengunjunginya dan berbindang dengannya. Mufti ini dihormati kerana pendiriannya selari dengan Pas dalam isu-isu yang berkait secara langsung dengan kepentingan Islam. Itu sahaja.

Namun selepas BN tewas teruk dalam PRU 12 yang lalu, mufti ini nampaknya bukan bercakap membela Islam tetapi lebih untuk membela Umno. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan kenyataan menyalahkan Nizar dan menyokong Zambry.

Sepatutnya beliau mengambil sikap menjadi pendamai dalam kemelut di Perak dan bukannya menyebelahi Umno. Beliau juga tidak perlu menyebelahi Pas. Kenyataannya yang menyalahkan Pas dalam insiden di Perak menghitamkan imejnya.

Beliau tidak perlu bekerja untuk Umno sama seperti beliau tidak perlu bekerja untuk Pas. Beliau boleh membela Islam dan mempertahankannya walau pun Perak dan negara ini diperintah oleh Pas. Justeru mengapa perlu beliau membela Umno?

Mungkin Mufti Kelantan tidak selantang Harussani, namun mufti itu lebih profesional. Setakat diketahui, beliau tidak pernah bercakap atas warna Pas walau pun sudah mencecah 20 tahun Kelantan diperintah oleh Pas. Begitu juga Mufti Selangor dan Kedah setakat ini.

Apabila mereka tidak mencelup diri dengan warna politik tertentu, maka mereka kekal dihormati dan disanjung oleh semua walau pun mereka tidak lantang.

Apabila Mufti Perak menentang Sure Heboh, melawan SIS, menghentam Islam Liberal, itu bukan bermakna beliau bersama Pas. Cuma sikap Mufti itu yang selari dengan Pas dalam isu-isu itu menjadikan dia disukai oleh Pas. Beberapa pemimpin Umno pula kritikal dengan mufti itu dalam isu itu.

Maksudnya yang menjadikan Harussani dan Pas kelihatan selari adalah isu yang ditangani dan pendirian terhadap isu-isu itu.

Tetapi apabila Mufti itu secara nyata bercakap bukan atas isu tetapi atas warna parti politik tertentu, maka dia dikira telah mengundang orang Pas untuk membentuk pendirian terhadapnya, Mufti Perak adalah Umno.

Apabila telah ada label itu, maka Mufti Perak perlu menerima hakikat bahawa dia akan disisihkan oleh orang Pas. Tidak mustahul kehebatannya membela Islam selama ini akan turut pudar ditelan warna Umno yang disokong dan dibelanya itu.

Justeru, sebelum warna kehebatannya pudar, Mufti Perak wajar membersihkan dirinya daripada warna Umno dan dia kembali kepada warna asalnya, warna pembela Islam.

Mufti Perak itu perlu tahu, Umno bukan pembela Islam.

Sunday, June 28, 2009

Daulah Islamiyyah: Dulu dan Sekarang


KEBANGKITAN rakyat Iran membantah keputusan pilihanraya mereka menjadi berita hangat di seluruh dunia.

Anggapan bahawa pilihanraya mereka tidak telus dan adanya unsur penipuan dikongsi jutaan rakyat negara tersebut. Ini merupakan kebangkitan yang terbesar sejak revolusi negara ‘clergy’ tersebut.

Sudah pasti ada asas tertentu kepercayaan rakyat terhakis terhadap keputusan pilihanraya mereka, atau ada isu lain yang mendesak mereka bangkit, samada isu ekonomi, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.

Saya bukan ingin mengulas tentang pergolakan politik negara Syiah Imamiyyah tersebut. Namun adalah penting untuk kita tahu bahawa kebangkitan revolusi Iran 1979 mempunyai peranan yang penting mempengaruhi perjuangan gerakan Islam di seluruh dunia dalam memperjuangkan apa yang diistilahkan sebagai ‘Daulah Islamiyyah’ (Islamic State).

Kejayaan Iran membentuk negara yang dikuasai kelompok mullah atau ulamak membakar semangat Islam ramai pejuang daulah Islamiyyah. Banyak pihak kagum dan menyanjung tinggi Ayatullah Khomeini dan pemikiran revolusinya.

Sehinggalah isu-isu berkaitan Syiah timbul dengan jelas dan para penyanjung Khomeini seperti tokoh al-Ikhwan al-Muslimin Sa’id Hawwa mula menarik diri disebabkan perbezaan kefahaman aliran Sunnah dan Syi’ah.

Beliau menulis buku al-Khumainiyyah: Syuzuz fi al-‘Aqaid wa syuzuz fi al-Mawaqif (Khomeinism: Pelik Dalam Akidah dan Pendirian).

Ini kerana atas semangat revolusi tersebut, buku-buku Khomeinei seperti Hukumah Islamiyyah, Kasyf al-Asrar dan lain-lain mula dibaca oleh para pencinta Islamic State dan mereka mula mendapati perkara-perkara yang amat sukar untuk diterima seperti menyandarkan zindiq dan kekufuran kepada Saiyyidina ‘Umar bin al-Khattab r.a.

Apapun Iran telah melakukan usaha yang hebat dalam menempatkan pemikiran politik agama dalam dunia ini.

Apapun, Iran dengan aliran Syiah Imamiyyah ada keistimewaan yang tersendiri.

Mazhab Syiah adalah mazhab politik. Ia tercetus hasil dari pertelingkahan politik lalu dibentuk menjadi mazhab akidah dengan dimasukkan dogma dan elemen akidah. Ayat-ayat al-Quran dan nas-nas Nabi s.a.w ditafsirkan menurut asas kepercayaan politik tertentu.

Tokok-tambah nas-nas Nabi s.a.w begitu lama dan banyak sehingga menyebabkan mazhab itu stabil sebagai sebuah aliran politik agama. Hal ini tidak jauh dari apa yang berlaku kepada sesetengah gerakan atau parti politik agama dalam dunia ini.

Pertelingkahan yang bermula dengan isu-isu politik dibentuk menjadi isu-isu akidah sehingga ke peringkat mengkafir dan menyesatkan antara satu sama lain.

Namun Syiah Imamiyyah jauh lebih setabil disebabkan usia dan pengalamannya yang panjang. Begitu banyak hadis-hadis yang telah diwujudkan sepanjang tempoh kempen politik mereka yang berlarutan sejak hampir empat belas kurun lamanya.

Hadis-hadis ‘keluaran baru’ politik memenuhi mazhab mereka. Ini seperti kononnya Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang suka hidup seperti hidupku, mati seperti matiku, tinggal di syurga ‘adn yang ditanam oleh tuhanku maka hendaklah dia mengangkat ‘Ali selepasku. Juga mengangkat penggantinya.

Hendaklah dia mengikut para imam selepasku, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum keluargaku, diciptakan daripada asal-usulku, direzekikan kefahaman dan ilmuku.

Celakalah golongan umatku yang membantah kelebihan mereka dan memutuskan hubungan denganku. Semoga Allah tidak memberikan mereka syafaatku”. Pada nilaian ulama hadis aliran Ahli Sunnah hadis ini palsu, sanadnya (rangkaian rawinya) gelap, kesemua para perawinya tidak dikenali dengan pasti kecuali seorang iaitu Ibn Abi Rawwad. Nama-nama para perawi lain tidak pernah disebut oleh para ulama al-Jarh wa al-Ta’dil.

Apapun hadis ini disanjung oleh Syiah kerana ia penting dalam kempen politik yang dibawa oleh aliran tersebut.

Berbalik kepada isu pembentukan negara agama, Syiah nampaknya jauh lebih berpengalaman disebabkan itulah perjuangannya sejak awal kewujudannya.

Perjuangan merebut kerajaan dari tangan pemerintah-pemerintah muslim yang pernah ada sepanjang sejarah untuk membentuk negara yang tersendiri pada aliran dan pegangannya.

Adapun aliran muktabar ahli sunnah, mereka lebih cenderung menyerahkan urusan politik kepada sesiapa sahaja di kalangan umat Islam, dengan mereka mensyaratkan agar tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, berlaku keadilan dan memerintah atas asas kemaslahatan rakyat.

Sesiapa sahaja yang sanggup melakukan demikian dipuji dan disokong oleh para ulama Ahli Sunnah yang ikhlas, jika tidak amar makruf nahy munkar akan dijalankan. Bukan kecenderungan mereka mempolitikkan agama atau terlibat dengan politik agama.

Inilah yang kita lihat dihayati oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’I, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Ya, mereka merupakan pengkritik yang tegas dan berani, namun mereka tidak pernah menyeru untuk diberikan ‘kerusi’ kepada mereka.

Berdasarkan kepada tulisan dan kenyataan mereka, ternyata mereka ingin mengelakkan penumpahan darah sesama kaum muslimin. Ya, politik itu penting namun bukanlah segala-galanya dalam kehidupan muslim.

Juga politik bukan seperti ibadah khusus yang tetap dan tidak boleh diubah. Politik itu begitu anjal (fleksibel) terdedah kepada keadaan dan perubahan atas asas maslahah rakyat.

Apabila jatuh Khalifah di Turki dan Kuasa-Kuasa Barat menjajah Dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanahair Islam berkembang.

Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fekah lama. Apa yang wujud adalah ‘nation state’ atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri.

Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (islamic state atau negara Islam). Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini.

Dahulu yang ada dalam fekah sarjana silam (sebelum penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu Wilayah Islam. Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam.

Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan muslim dan bermusuhan dengan Dar al-Islam. Dalam ertikata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.

Adapun soal sejauh manakah komitmen seseorang pemerintah itu, ia diuruskan oleh umat Islam di bawah tanggung jawab menasihati pemerintah juga Amar Makruf dan Nahy Munkar.

Namun apabila istilah Daulah Islamiyyah muncul, maka lahir segelintir kelompok umat Islam yang mengkafirkan negara sendiri, bahkan mengkafirkan sesama muslim.

Mereka seakan menjadikan Dar Islam yang diistilah oleh Sarjana Fekah silam sebagai Dar al-Kufr atau Dar al-Harb yang wajib diperangi hanya disebabkan beberapa isu.

Adaptasi ini sebenarnya lebih mirip kepada apa yang dilakukan oleh Khawarij dalam sejarah awal krisis antara umat Islam (sila lihat: Fazlur Rahman, Revival And Reform in Islam 33-43, England: Oneworld Publications).

Bagi kelompok ekstremis ini, untuk mencari definasi yang tersendiri bagi Daulah Islamiyyah agak sukar. Jika mereka memakai penafsiran silam yang memberi maksud wilayah yang dikuasai oleh umat Islam, mereka terpaksa mengiktiraf negara-negara umat Islam sekarang adalah Daulah Islamiyyah. Sudah pasti mereka enggan.

Jika mereka memakai takrif lain yang dibuat oleh sesetengah sarjana silam iaitu negara yang zahir padanya syiar Islam seperti azan dan solat dan amalan-amalan Islam yang lain, sudah pasti mereka juga terpaksa mengiktiraf kebanyakan negara umat Islam hari ini sebagai Daulah Islamiyyah. Jika mereka menyatakan negara yang sempurna perlaksanaan Islamnya, sudah pasti tidak ditemui dalam sejarah umat Islam melainkan beberapa khalifah sahaja.

Akhirnya, mereka menetapkan negara Islam adalah negara yang melaksanakan hudud. Dengan kemunculan Iran, mereka menetapkan satu hal yang lain, negara yang dikuasai oleh golongan mullah.

Hari ini, disebabkan perkembangan globalisasi dan politik setempat, sebahagian gerakan politik Islam sudah enggan lagi berbicara tentang hudud dan hasrat untuk menegakkan hudud. Bahkan, pandangan bahawa golongan mullah (clergy) mestilah menjadi pemerintah mulai lemah.

Iran sendiri sudah goyah akibat rakyat yang tidak lagi hanya mahu melihat pakaian dan slogan agama semata, tetapi mereka inginkan kemaslahatan dan hak mereka dipelihara.

Hari ini sebahagian gerakan politik mungkin terpaksa memberikan takrif baru untuk ‘daulat islamiyyah’ atau negara Islam!

Blog Widget by LinkWithin