Monday, August 3, 2009
Demonstrasi: Tawaran Najib Kurang Masuk Akal
PERDANA Menteri Najib Razak hari ini membuka peluang luas kepada mereka yang suka menganjurkan tunjuk perasaan atau himpunan alias perarakan dan juga kepada mereka yang menyertainya dengan sedia mengadakan tempat khas seperti stadium dan seumpamanya. Katanya, di tempat itu para penunjuk perasaan boleh bertempik sampai ke Subuh.
Kesediaan itu bagi mengelakkan penunjuk perasaan atau himpunan melibatkan perarakan menggangukan orang lain dan para peniaga di ibu kota Kuala Lumpur yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setiap kali diadakan demonstrasi di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tawaran itu mungkin termasuk dalam bungkusan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, bagi menunjukkan PM itu sensitif atas tuntutan semua pihak. Ia juga mungkin ikhlas untuk mengelakkan berlaku kecelakaan atau tindakan menyusahkan orang awam semasa berlaku tunjuk perasaan. Sekali pandangan saranan dan kesediaan Najib itu nampak rasional dan perlu dialu-alukan.
Begitulah kalau difikir selapis. Semua kerja nampak senang kalau dapat dibuatkan seperti mana dirancangkan itu. Ia juga memudah dan tidak menganggu hak asasi orang lain. Polis tidak payah bergelut dengan penunjuk perasaan dan penunjuk perasaan juga tidak perlu ditembak dengan gas pemedih mata dan dipukul dengan belantan atau terpaksa diheret sampai ke mahkamah.
Bagaimana pun saya tidak fikir tawaran itu akan disambut oleh pengamal tunjuk perasaan dan himpunan dengan senang dan terbuka. Najib harus faham antara sifat ataupun tujuan penunjuk perasaan itu sendiri ialah mereka ingin mempamerkan perasaan mereka kepada umum. Mereka ingin meluahkan apa yang tersekang dalam dada mereka kepada dunia dan mengharap simpati dunia. Bahawa siri-siri tunjuk perasaan itu juga sebahagian dari provokasi kempen politik.
Sebab itu dalam tunjuk perasaan dan himpunan peserta melaung-laung dan menjerit-jerit berbagai slogan dan melemparkan kata-kata nesta kepada satu pihak macam dirasuk polong.
Mereka berbuat begitu untuk menarik perhatian umum. Mereka mahukan ianya didengar kemudian apa yang mereka tuntut itu dipenuhi. Yang paling mereka harapkan ialah sokongan orang awam dan simpati mereka. Selebihnya yang menyertai demonstrasi dan himpunan itu kerana memenuhi masa hujung minggu dan tidak memahami apa yang diperjuangkan sebenarnya.
Sementara kenapa mereka berbuat begitu kerana pintu rundingan yang sewajarnya ditutup oleh kerajaan. Saluran-saluran untuk mereka suarakan desakan hati itu ditutup dan dinafikan. Maka jadilah tututan ataupun desakan terbuka. Demonstrasi itu adalah protes dari jiwa yang terkurung.
Sebelum membuat saranan itu Najib seharusnya faham mengenai sifat tunjuk perasaan itu sendiri. Kalau tunjuk perasaan atau himpunan itu diadakan di satu kawasan tertutup dan jauh dari perhatian umum ia tidak memberi apa-apa makna. Tunjuk perasaan dan desakan itu tidak memberi erti kalau ianya berlaku dikalangan sesama mereka saja. Mereka sebenarnya tidak payah lagi disumbatkan dengan jeritan dan desakan kerana mereka sudah faham semuanya. Kalau tunjuk perasaan diadakan di satu tempat hanya kalangan mereka saja mendengarnya.
Lebih malang lagi kalau acara itu tidak dicover oleh tv atau pun media massa. Tujuan mereka membuat perarakan terbuka ialah untuk mendapat liputan media bukan saja dalam negeri bahkan di seluruh dunia hatta sampai ke Ethopia.
Seperkara lain lagi, Najib juga harus mengetahui bahawa tunjuk perasaan itu tidak menjadi menarik, dramatik atau mencabar kalau ianya tidak dihalang oleh polis. Sebab itu bagi sesetengah para penunjuk kalau sesuatu demonstrasi itu berlangsung dengan aman ia tidak memberi impak mendalam. Apa yang mereka mahu ialah demonstrasi itu dihalang oleh polis, ada tembakan gas pemedih mata ataupun disembur dengan water cannon.
Begitu juga dengan pergelutan dengan polis, kejar mengejar itulah yang memberi erti bagi sesetengah penunjuk perasaan. Mereka akan bangga kalau digari dan dimuatkan atas track polis. Dan kalau gambar aksi mereka itu disiartkan dalam akhbar, blog dan internet mereka akan merasa bangga. Seolah-olah aksi itu membuktikan keheroaan mereka.
Bukan itu saja setiap kali berlaku tun juk perasaan gambar itu akan dirakam dan diolah begitu rupa dijadikan VCD untuk dijual. Di zaman era Anwar Ibrahim ditangkap beribu VDC dihasilkan oleh mereka yang kreatif dan dijual kepada umum. Demonstrasi secara tidak langsung menjadi sumber rezeki kepada peniaga.
Lantaran itu bagi saya tawaran Najib itu sama ada ikhlas atau pun bermuslihat ianya tidak akan diterima oleh para pengendali demonstrasi. Mereka tidak akan menyambutnya dan akan merasakan tawaran itu sebagai tujuan memerangkpa mereka saja. Saya percaya akan berlaku lagi siri-siri tunjuk perasaan dari masa ke semasa di lokasi yang sama. Ia akan berlaku selagi tuntutan kubra mereka tidak akan tercapai iaitu menggulingkan kerajaan UBN.
Sesungguhnya tunjuk perasaan adalah senjata dan strategi baru demokrasi yang digunakan pembangkang tanpa perlu mengambil kira apakah tektik dan strategi itu menyusahkan orang lain atau sebaliknya. Bagi saya, seperti saya katakan, pun begitu adalah baik bagi Pakatan membuat kaji dan penyelidikan berhubung tindakan ini apakah ia menguntungkan ataupun memberi kesan negatif kepada persepsi rakyat umum terhadap tindakan itu. Adalah dibimbang tunjuk perasaan yang entah-entah menyebabkan rakyat akan muat kepada Pakatan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment