"Telah dinyatakan dengan jelas bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman dan tidak akan ada lagi yang lain selepas baginda. Yang ada selepas itu ialah ulamak yang mewarisi kepimpinan untuk meletakkan agama di tangga teratas bagi memimpin umat menjalani kehidupan menurut jalan yang lurus.

Terdapatkah mereka yang layak dipanggil ulamak dalam Umno?
Setahu saya, "Ular Dalam Semak" ramailah.
Tindakan kepimmpinan memburuk-burukkan Tok Guru Nik Aziz adalah satu perbuatan yang melampau,amat memalukan dan telah menghina seorang ulamak. Menghina ulamak samalah ertinya menghina Nabi.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno tidak mahu mengambil fadilat Ramadhan untuk belajar dan berusaha sedaya upaya bagi memperkuat dan memperkukuhkan iman dan taqwa mereka dan keluarga mereka di bulan yang mulia ini?
Kenapa terlalu ghairah menghina ulamak yang sepanjang hayatnya berjuang menegakkan Islam. Soalnya sekarang, ialah siapakah yang memperjuangkan Islam dan siapa pula yang secara terangan menghina Islam? Pemimpin-pemimpin Umno atau Tok Guru Nik Aziz?
No comments:
Post a Comment