Search This Blog

Wednesday, July 15, 2009

Pilihan Raya Kecil: Analisis Majoriti UNDI : Mengapa 65 undi?

Oleh jilfityan

"

Sebenarnya, tidak ada apa yang perlu dibanggakan sangat UMNO BN dengan kemerosotan majoriti undi PAS di Manek Urai. Perkara ini walau sukar untuk diramal, namun telahpun berlaku sebelum ini. Antara faktor yang jadi penyumbang adalah "Calon Wakil Rakyat Yang Dipilih." Kepada PAS,keputusan semalam (menang majoriti 65 undi) memperlihatkan PAS masih boleh berbangga dengan kejayaan itu.



Sejarah telah memperlihatkan, sejak dari dahulu lagi, warga Manek Urai memberikan mandat dan kepercayaan kepada calon PAS Ismail Yaakob untuk menjadi wakil rakyat kawasan mereka.

Namun setelah pemergian Ismail Yaakob yang dikenali dengan PakSu Will, dan diganti dengan calon lain, ia tidak mampu menarik ramai pengundi Manek Urai seperti yang telah berlaku pada tahun 2004, PAS kalah di tangan UMNO dengan majoriti sangat tipis, iaitu hanya 53 undi.

Meski pun tempoh khidmat Allahyarham Paksu Will tidak menyamai beberapa pemimpin lain, rekod tanpa kalahnya amat mengagumkan. Apatah lagi ia dicapai tidak secara berturut. Kita tengok kejayaan Pak Su Will sepanjang bergelar wakil rakyat Manek Urai.

Paksu Will mula memenangi kerusi Dun Manek Urai pada Pilihan Raya 1986. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan majoriti 594 undi. Paksu Will memperolehi 3650 undi berbanding Wan Zaid yang mendapat 3056 undi.Tahun 1990 adalah tahun 'sapu bersih' bagi PAS dan Parti Semangat 46 di Kelantan, yang bergabung membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Paksu Will turut mengekalkan kemenangan di Manek Urai dengan majoriti lebih besar.

Kemenangan selesa itu dikecapinya dalam dua pilihan raya berikutnya, sebelum mengambil keputusan tidak bertanding pada 2004 lalu. Nasib tidak menyelebahi calon PAS yang menggantikan Paksu Will di Manek Urai. Beliau kecundang dengan majoriti 53 undi.Ekoran itu, ada cakap-cakap yang mensabitkan kekalahan itu dengan pengunduran Paksu Will. Bahkan ada yang berkata, kalaulah Paksu Will yang bertanding ketika itu, adat katanya kerusi Manek Urai masih kekal milik PAS.Barangkali di atas keyakinan itu PAS Kelantan menampilkan semula Paksu Will dalam pilihan raya lalu. Suratan atau kebetulan, beliau membuktikan kekuatan pengaruh peribadinya masih kuat dan berjaya merampas semula kerusi berkenaan dari tangan BN.

Setelah pemergian Pak Su Will, Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dilantik mengganti tempat. Seorang pengganti yang hanya berlatar belakang pemborong ikan semata. Namun walau siapapun dia, ia tidak menjadi faktor yang besar kepada warga Manek Urai.Yang sebenarnya, mereka belum kenal rapat dengan calon PAS yang bertanding, sebagaimana mereka telah kenal lama dengan Arwah Pak Su Will. Justeru, menjustifikasi Mohd Fauzi Abdullah selaku pengganti yang baru terbaik seperti arwah Pak Su Will adalah mustahil. Warga Manek Urai memerlukan masa yang cukup untuk mengenali beliau selaku wakil rakyat yang baru . Dan Alhamdulillah, rakyat masih mahukan pemimpin yang berkopiah/berketayap serban sebagai wakil kawasan mereka. Warga Manek Urai telah membuktikan bahawa mereka masih mahukan PAS mentadbir kawasan mereka. Dan diharap sepanjang kurang satu penggal warga Manek Urai dibawah penjagaan Abe Uji, warga Manek Urai dan Abe Uji memanfaat kesempatan dan masa yang ada untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Komitmen Abe Uji akan dinilai dan dibandingtara dengan jasa dan bakti Arwah Pak Su Will, oleh itu, manfaatkan ia.

Apapun,keputusan semalam (menang majoriti 65 undi) memperlihatkan PAS masih boleh berbangga dengan kejayaan itu. Perkenalan yang singkat antara pengundi dengan Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah membibitkan kejayaan kepada PAS yang terus diberi mandat dan kepercayaan sebagai wakil rakyat. Tahniah sekali lagi kepada Abe Uji Kita. ~!

JilFityan

http://jilfityan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin