
Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.
Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibupejabat polis Klang.
"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," tulis blog tersebut.

Blog itu juga menyatakan bahawa pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.
Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.
Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.
Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".
"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

Orang ramai berkumpul sejak petang tadi untuk menghadiri jamuan tersebut dan sejurus selepas jam 8 malam, mereka masuk menyertai Santiago dan Kit Siang di majlis tersebut.
Anggota polis yang berkawal di situ tidak menghalang mereka daripada menghadiri majlis itu.
Sehingga jam 9.15 malam tadi, sumber-sumber DAP berkata, lebih seribu orang sudah hadir di majlis tersebut, tetapi pegawai-pegawai kanan polis memberi komen bahawa ia tidak seharusnya diadakan keran dianggap sebagai satu perhimpunan haram.
No comments:
Post a Comment