Wednesday, July 8, 2009
Perlu Wujud Alternatif Bagi Syarikat Insuran
"Lebih 4.8 juta pemilik kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000 bakal berdepan masalah. Masalah ini berpunca daripada tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan tersebut, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.
Tindakan tersebut menunjukkan bahawa syarikat-syarikat insuran tersebut tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata.
Kerajaan perlulah bertindak rasional dalam hal ini. Langkah kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) yang bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu masih boleh dipertikai. Adakah jumlah caj adil dan penolakan dari NCB juga digunapakai?
Kalau kena pada kadarnya, maka syarat untuk memperbaharui Cukai Jalan perlu dipinda semula. Insuran kenderaan perlu bukan syarat wajib. Tanpa insuran, pengguna masih boleh memperbaharui Cukai Jalan. Namun bagi keselamatan, satu pakej lain perlu diperkenalkan agar lebih murah dan mampu.
Jika ini dapat dilakukan, maka syarikat insuran akan bersaing dan mengenakan caj yang lebih murah dan mampu. Ini akan memberi kebaikan kepada pengguna.
Saya juga memiliki beberapa kenderaan yang lebih dari 10 tahun dan menghadapi masalah apabila memperbaharui insuran pada awal tahun ini. Syarikat insuran agak angkuh dan tidak mahu melayan permohonan pembaharuan insuran kenderaan saya.
Saya agak bernasib baik kerana pihak insuran telah menghantar notis pembaharuan insuran saya sebelum itu, dan itu menjadi hujah saya untuk memaksa mereka memperbaharuinya. Mana boleh notis keluar tetapi dianggap tidak sah.
Bagaimana nasib masyarakat kampung dan golongan kurang mampu yang kebanyakan mereka mempunyai kenderaan lebih dari 10 tahun. Bagaimana tindakan mereka?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment