Ustaz Nasharudin turun solat sunat Dhuha di Manek Urai |
SATURDAY, 11 JULY 2009 13:31 |
MANEK URAI, 11 Julai 2009 - Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersolat sunat Dhuha bersama-sama dengan Mursyidul Am dan Presiden PAS di Sungai Peria, Manek Urai, membuktikan tidak ada masalah antara ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS tersebut.
Isu tersebut juga dimainkan oleh pihak BN di atas ketidakhadiran beliau sebelum ini. Antaranya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu turun berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai dua hari telah memfitnah bahawasanya Tuan Guru Nik Aziz terpaksa membawa dan menarik balik larangan Ustaz Nasharuddin ke Manek Urai kerana terdapatnya sebilangan besar penyokong Pas di Manek Urai marah atas tindakan tersebut. Ketidakhadiran Ustaz Nasharudin ke Manek Urai sebenarnya adalah disebabkan beliau masih dalam proses rawatan kesihatan beliau dan bukannya disebabkan isu tidak sefahaman dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.
|
No comments:
Post a Comment