Search This Blog

Monday, July 27, 2009

Is PAS Really for All


Email SL C[pas4allroundan.png]han: Is PAS Really for All telah dikirimkan di sini pada 17 Julai untuk memahamkan ahli dan pimpinan PAS betapa sesuatu isu yang boleh dieksploitasi pihak lawan seperti isu UG dan sebagainya boleh merugikan PAS. Sekiranya timbul isu yang merugikan, jangan kita rasa ianya mudah dis elesaikan dengan mengeluarkan ‘gag order’ atau ‘arahan tutup mulut’ sahaja. Untuk ahli dan penyokong tegar ianya mungkin boleh dilihat selesai diperingkat itu.



Tetapi bagi masyarakat umum, termasuk mereka yang baru mula mengenali dan berjinak dengan perjuangan kita, ianya memberi satu persepsi yang menyebabkan mereka kembali sangsi terhadap sikap dan pendirian kita selama ini.

Berdasarkan komen-komen lain, amat jelas ramai dikelirukan oleh kita dan bukan sahaja saudara SL Chan.

Dengan itu usaha yang bertahun-tahun lamanya, semenjak zaman CCC lagi, untuk menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan Melayu dan Melayu tidak semestinya Islam, terjejas seketika.

Kalau kita hanya mementingkan ahli dan penyokong tegar kita, tidak apa lah. Tetapi hakikatnya kita memerlukan sokongan masyarakat umum. Oleh itu kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham dan kesangsian wajib dielak.

Walaupun ada yang saya tidak bersetuju dengan pandangan SL Chan tetapi amat penting untuk kita sedar kesan tindakan kita yang menghasilkan pandangan yang seperti itu. Kita boleh kata dia yang tersilap, dia yang tidak faham dan sebagainya, tetapi hakikatnya, tugas kita adalah untuk memaham dan menyakinkan dia dan golongan yang sependapat dengannya. Dalam soal ini amat jelas tindakan kita menyebabkan kekeliruan terhasil. Dalam erti kata lain, kita yang tersilap, bukan dia.

Dalam soal ini bukan kita yang hendak ikut sesiapa, termasuk SL Chan. Masalahnya kita yang telah mengelirukan dia dengan ‘mixed signals’ yang kita beri. Kecuali kalau apa yang dimaksudkan dengan kenyataan “kalau rakyat bertonggeng” pada komen terakhir itu bertujuan untuk menyamakan usaha menjadikan Islam sebagai pembela kepada semua golongan masyarakat sebagai ‘bertonggeng’! Kalau begitu maka jelaslah tukang komen terakhir itu yang tersilap. Yang ‘bertonggeng’ adalah UMNO yang mahu menyamakan Islam dengan Melayu dan perjuangan Islam dengan perjuangan Melayu. Kita ingin menyatakan sebaliknya dan itu jugalah harapan SL Chan! Ini bukan soal kita yang hendak ikut SL Chan.

Istilah PAS for all bererti PAS membela hak semua, Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu. Ini yang diharapkan beliau dan ini jugalah yang dipersoalkan beliau.

Adalah amat diharapkan bahawa melalui pendedahan tulisan saudara SL Chan kita semua memahami betapa pentingnya kita elak dari mengukuhkan lagi persepsi silap yang telah lama wujud di dalam masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

Kita kena faham juga bahawa masalah yang terhasil dengan kenyataan yang sedemikian tidak akan terhapus dengan hanya mengeluarkan komen:

“ado lagi ko isu U.G ni..bo bo lah..”

Masalah tetap terhasil dan kita sendiri yang kena menyelesaikan masalah ini dengan membuktikan sekali lagi keikhlasan kita dengan cogan kata ‘PAS for all’. Mahu harapkan siapa lagi? Takkanlah UMNO? Maka, sebaik-baiknya kita perlulah membuktikannya sebelum tibanya PRU ke-13. Adalah amat rugi kalau kita hilang undi masyarakat bukan Islam disebabkan signal yang tersilap dari pihak KITA sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

http://www.khalidsamad.com

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin